Collection of PocketBac by Bath & Body Works

Nov 16, 2015

image

Assalamualaikum and Olla everyone!

Today, illy nak share dengan korang my latest favourite product which is the PocketBac from Bath&BodyWorks. I remember last couple of years masa tengok video youtube mesti ada jer beauty blogger yang mention about this product tapi masa tu takda jual kat Malaysia. Nak order dari oversea pula mahal pastu nak kena tunggu lagi, jadi masa tu lupa kan jer la hasrat nak try. Kalau nak sangat kena tumpang order kawan2 yang beli jalan oversea.

That’s why masa Bath&BodyWorks buka kat Malaysia illy happy sangat sebab bole beli with a good price takde all the shipping cost akhir nya! hehe last time illy focus more on dorang punya candles and body range. Ada pernah buat haul video dulu.. jap illy paste kat bawah ni senang tak yah korang nak cari

 

 

Anyway, bukan nak citer pasal tu.. harini nak cerita pasal my humble collection of pocketbac! hehe finally dapat juga kumpul sikit – sikit. Buat penyejuk hati ku hahaha I mean so comel and so practical. Bole letak dalam handbag or gantung kat key chain pun boleh. Illy suka sangat rasa nak kumpul lagi la geram. Design dia cute harga pun tak mahal untuk collect. Yer… serious pocketbac ni consider yang paling affordable kalau korang nak start collection. Satu ketul baru RM10 pastu kekadang dorang ada discount beli 4 percuma satu so kira satu dalam RM8. Okay kan? Dapat dalam 29ml of products. Bagi illy berbaloi sangat.

One of the other reason illy beli pocketbac ni sebab senang nak pakai. Just picit jer pastu wangi dan free from bacteria. Bayangkan makan kari la, masak lemak cili padi la.. Lepas basuh tangan cam mana pun mesti cam ada bau lekat kan? Okay, takpe takde masalah picit sikit pocketbac ni, korang nak bau apa semua ada hehehe.. Tu yang illy suka sangat tu.

Bau dia pun bole tahan lama juga actually, pastu kalau korang tengok closely dia macam ada bulat biru kecik tu kan? itu dia panggil triclosan beads also known as vitamin E moisture beads. Jadi, selain dari bunuh bacteria kat tangan, this porduct juga bantu to moisturized and replenish vitamin E kat kulit tangan. Well, untuk harga nya for me personally memang worth it.

Banyak tak membebel? Sian korang.. hehe kalau excited memang camni, tulis tu rasa tak penat.. nak tulis lagi sebab memang suka sangat. Okay cukup merapu, jom tengok yang mana yang best jom….

 

image

This one nama dia Pink Party, bau sia sweet dan floral yang ni specail collection dia ada glitter sekali dalam tu. 

 

image

This one Iced Blackberries, yang ni sedap bau dia rasa nak makan hahaha

 

image

This one Winter Candy Apple, bau apple la apa lagi tak kan bau rambutan kan? hehe

image

This one Fresh Sparkling Snow. Illy tak pernah bau snow so tak bole la validate betul ke tak ni bau snow haha but what ever it is bau dia best bukan fruity and bukan floral and not even musky. Dia punya scent tu lain skit slightly refreshing but still ada hint of sweet notes.

 

image

Yang ni pun best bau Winter Cranberry. Actually one of my favourite. Bau dia memang mood lifting. Kalau tengah pening kepala buat kerja kat office, try pakai ni kat tangan terus cam rasa bersemangat nak buat kerja hehee

 

image

This one okay la not too bad, actually illy ambik yang ni sebab cartoon dia comel haha ade ke patut? Siapa suruh korang buat packaging comel? kan dah terbeli

 

2015-11-17 12.34.59

image

And ofcoz dorang pun ada jual holder yang comel sangat korang bole pilih, illy pernah tengok ada youtuber tu ada sampai berpuluh jenis pocketbac holder! omg tak tahan comel sangat tapi takpe kita kumpul sikit. So far, illy ada 2 ni jer and the glitter one with the happy sign is my absolute favourite as I rasa memang reflect my personality. Chewahhh perasan nyer kan? hehe takpe la syiok sendiri..

 

Okay tu jer la illy nak share kali ni, hopefully next time dorang buat discount bole la kumpul lagi. Plus benda ni berguna untuk jaga hygiene. Jadi tak rugi sangat rasa nak collect tu.. alright, sampai kat sini jer post kali ni. Harap bermanfaat.. And if korang pun jenis yang suka kumpul pocketbac ni, share la dengan illy yang mana korang punya favourite nak try juga!! hahaha  Till next post, rememebr to take it easy and smile!

 

 

 

 

* I am not paid to write this review. This is my personal collection. As usual, I will test and review products or services regardless of whether they have been sent to me or not with honesty. Unless stated so in the post or marked with an asterisk, all products featured on this blog have been bought with my own hard-earned pennies. I started this blog to give my two pennies worth of thought and have fun along the way and that is exactly how this blog shall remain.

11 comments:

  1. All of them looks delicious <3 <3 <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. cant agree more! :) <3 <3 <3 thank you for dropping by ayna

      Delete
  2. Hi Illy, mmg bestkan bbw ada kat malaysia. senang nak bau sendiri. kalau beli online lebih min belasah je beli.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza!! best dorang ada kat sini bole test2 bau dulu before beli hehehe :)

      Delete
  3. Replies
    1. yeay! geng! glad we have same taste haha

      Delete
  4. wow... nampak menarik.. suke suke.. nak cubala nanti :)

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)