Our Love Story

Nov 19, 2015

 

Gambar tunang kitorang, over kan? macam gambar nikah.

 

Assalamualaikum and Olla everyone!

Nervous nya, first time tulis kisah cinta kat blog. Risau apa orang kata.. tapi takpe illy niat nak tulis ni sempena ulang tahun perkahwinan special untuk my dear husband. Kitorang kenal dah 7 tahun dan Alhamdulilah hari ini genap 4 tahun kami lalui alam perkahwinan. Sekarang dah ada Sofea. Bersyukur sangat pada Ilahi sebab bagi peluang bagi illy untuk rasa semua ni.

Harini nak jiwang skit la nak cerita pasal our love story.. jangan muntah hijau k? Kalau tak nak baca come again esok or next week for beauty reviews and other write up.. Today illy jiwang, mood in love la kata kan. Masa dulu illy kerja kat Nokia pastu malam illy ada ajar tuition kat Pusat Tuition Math Clinic di setiawanga. Kebetulan Math clinic tu sepupu johan yang punya dan masa tu kawan baik dia kerja kat situ. Then Johan pun selalu lah datang.. dah kata sepupu dan kawan dia ada situ kan?

Johan cakap first time dia jumpa illy kat tuition center tu tapi sorry illy tak kira sebab illy tak perasan pun dia masa tu hahaha.. Actually, first time illy betul jumpa Johan is on his birthday. hahaha romantik tak? Citer dia camni… Masa tu kawan baik dia ni awal 2 minggu lagi cakap ajak illy pergi birthday kawan dia. Pastu illy macam pelik la apesal pula invite illy.. bukan nya illy kenal pun kawan dia tu. Punya la push asyik2 tanya eh datang ke tak.. memang tiap kali illy jawab sorry la tak kenal la kawan you buat apa I nak datang birthday orang tak kenal betul tak?

Tapi dah tuhan nak tetapkan.. masa tu illy duk serumah dgn girl friend kawan baik johan tu. Pastu pada date yang birthday tu, illy macam biasa habis ajar tuition nak balik rumah tetiba kunci takde la pula tertinggal kat office hadoi! Dah kena contact yg member illy tu. Then dorang pun datang nak pass kunci. Tengok tetiba kawan johan tu turun dgn johan “birthday boy” itu la first time kitorang jumpa eye to eye… chewah macam hindustan

then malam tu ya rabi berapa kali phone ily bunyi sampai habis battery tak habis2 suruh illy pergi birthday. Sorry la orang penat balik kerja nak tido bye! So, sampai ke sudah illy tak gi pun.

Then lama ke lamaan… mula la start pass number then apa lagi dah jodoh.. Walaupun banyak juga dugaan kami masa tu.  Pada 31 Jan 2011, kami selamat bertunang. Then tak sampai 10 bulan jadi tunangan kami pun nikah dah kawin on the same year bulan Nov 2011.

 

Majlis Pihak Lelaki

Tengah perasan princess, malam akad nikah

Terima kasih sudi jaga illy, sayang illy dan juga sofea.

Tepi tangga pun jadi la posing hehe

Boleh plak bantai borak atas pelamin kan?

Ni gambar kat sungai Pahang, masa lepas habis majlis di kampung kat Pahang.

 

One of my favourite wedding picture, lepak tepi sungai hehe mengada betul

Yang ni pulak kenduri belah mak illy.

 

Sebenarnya ada banyak sangat nak cerita nak start dari mana pun tak tahu. Sebab banyak sangat. Takpa nanti insya Allah rajin illy tulis lagi. As for now, terima kasih pada ibu bapa kami, seluruh ahli keluarga dan sanak saudara serta kawan – kawan yang bertungkus lumus bantu kami dari sebelum majlis sampai la kami dah beranak sekarang. Terima kasih banyak sangat sentiasa doakan yang terbaik.

Alam perkahwinan tak semudah yang di sangka. Bukan lepas kahwin tu terus happily ever after macam cinderella tu. Seriously memang lain. Ni realiti bukan fantasi. Dalam hidup ni macam dugaan yang tuhan bagi. Kami berdua sama dengan makhluk Allah yang lain tak lari dari buat silap. Terkasar bahasa, terguris hati dan macam – macam lagi.

Asam garam kehidupan.. but most important kena selalu improve untuk jadi yang terbaik. Illy bersyukur sebab suami illy seorang yang penyabar dan sentiasa support illy in blogging world ni. Ada juga la perangai buruk dia tapi tak baik buka pekung suami kan? (Selamat you! haha) Illy pun sama banyak kekurangan. Kita usaha sama – sama untuk jaga jodoh yang Allah bagi dan juga besarkan anak kita k?

 

Semoga we get to snap more n a more silly pose together in the future. hehehe kala umur panjang tuhan anugerahkan bole tengok anak membesar apa semua nanti, teringin nak recreate  this funny pose masa umur 60 haha

Okay tu jer la illy nak share kali ni, sorry la kalau korang bosan. Kisah cinta kami simple jer tade firework segala.. Semoga kami berusaha menjaga kebahagian ini insya Allah.

 

*This is obviously my personal post. I am not paid to write this.

11 comments:

  1. Best2 la your wedding pics, byk baju mcm cite Hindustan, hehehe =P Btw, alam perkahwinan mmg mcm tu, it's a lot of work, as long as we don't give up on each other, Insyallah the love will be stronger than ever <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awww! thank you ayna :) your wedding pic pun cantik i suka :) ni jer la kenangan nak bawa sampai tua nanti.. baju banyak tu sebab kenduri banyak al maklum kita parents banyak set haha

      thank you for the kind encouragement ayna, will try our very best. I doakan yang baik2 for your and your family tooo! <3 <3 <3 p/s: tolong kirim picit pipi amaar! haha

      Delete
  2. cantik2 wedding picca ily. happy annibeseri babe. smg kekal bahagia ke jannah. well alam rumahtangga mmg penuh dgn turun naik. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahamdulilah.. terima kasih JueLee :) amin ya rabal alamin... hehe betl tu illy setuju banyak turun naik :)

      Delete
  3. Aww... so sweet! Wishing you both many, many more blissful years together till all eternity!
    Semoga jodoh Illy & Johan hingga ke Jannah!

    Warmest wishes,
    Carrie Anne Long

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you so much Carrie Anne Long! amin amin amin :) Have a great day ahead ya! <3

      Delete
  4. Hi There! Aynal here.

    Even its far nak cakap jugak Congratulations! and happy anniversary. cantiknya bajuuu. Semoga berbahagia ya :)
    Salam perkenalan. Btw,
    i tag you in one of my post!
    http://letaknamaterlalumainstream.blogspot.my/2015/11/no-this-is-my-secret-its-tag.html

    No compulsion if you do not want to do it ya. Tiada paksaan :) This is just for fun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi aynal :) your name nama dekat ngan my besti haha Ayna :) and thank you for the kind wish!

      okay i try buat kalau sempat the tag k? thank you sebab tag illy

      Delete
    2. HAHA muka sama tak agak agak? anyway. i did received your parcel yesterday. i'm expecting it from Sab but its from you. Tapi Thanks ya. :))

      http://letaknamaterlalumainstream.blogspot.my

      Delete
  5. No muntah hijau but muntah rainbow ada...lol. Happy Anniversary Illy & Johan. Sofea is very blessed to have such cool parents like you both.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awww! Laura, I missed you! thank you sbeba drop by at my humble blog :) How are you? Hope everything is going awesome at your end :)

      hehe you know after you wrote about cool parents thing.. I cant help but to smile ( perasan nya!! hahaha) thank you for making my day! <3

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)