Resepi Seafood Ala Shell Out yang Mudah, Sedap dan jimat!

Dec 6, 2015

 

image

Assalamualaikum and Olla everyone!

Teringin nak makan macam kat Shell Out tapi nak jimat and buat sendiri kat umah? Okay nak cerita hari tu illy challange diri untuk buat make over living room, lepas tu illy janji kat diri sendiri kalau berjaya illy buat make over illy akan reward diri dengan shell out.

Lepas dah siap semua tu illy pun google la review shell out, seabab memang banyak kali dengar and memang interested. Hambik kauuuu illy search ada jumpa review tu 8 orang makan bil dia seriu pergh pengsan baik pergi vacation hahaha

So, illy pun kaji punya kaji. dorang ada offer Louisiana punya style cooking. Jadi buat la research.. jumpa banyak juga recipe ala-ala shell out tapi illy compare dengan gambar tu lain pastu tengok recipe Louisiana crab tu lain.. yang malaysian style letak telur la letak cili boh la.. hurm.. okay takpe ikut selera masing-masing.. tapi kita nak yang betul2 hehehe.. Hasil research yang tungkus lumus jadi lah project kami nak buat shell out kat rumah. Siap pergi beli mahjong paper tu punya la nak real. Sebab kat shell out dia punya special tuang terus food atas table atas kertas tu.. memang nampak menyelerakan

Okay jom illy share cara nak buat. Resepi ni memang mudah sangat bahan pun tak banyak and seriously memang tersangat simple. Rahsia nya pastikan seafood yang di beli fresh. Itu pokok pangkal dia, kalau seafood tu tak fresh masak la macam mana pun rasa dia memang tak sesedap pakai seafood fresh sebab manis dia tu lain. So, ingat try your very best cari seafood yang fresh. Kalau korang jenis duk dekat pantai beruntung nya! illy jauh dari pantai paling dekat nak cari seafood kat jusco seabb dia ada jual life mud crab, tinggal pilih pastu dia terus tolong siang siap. Berat ikut gram.

Hari itu kebetulan ada promo udang galah RM4.99 for 100 gram apa lai terus beli. Ambik dalam 10 ekor baru RM11 murah kan? Kalau makan kat kedai 1o ekor udang galah dah berapa kan? Okay dah malas nak merepek.

image

 

 

Bahan – bahan Resepi Seafood ala Shell Out

1) Seafood – suka hati, nak mud crab, or nak clam or nak udang or nak sotong. Ikut perut korang nak makan apa.

2) Veggies – makan seafood ni tinggi kolestrol dia jadi makan sayur lebih skit kasi balance senang nak hadam nanti. illy pakai brokoli, jagung, and tomatoes. Jagung n brokoli tu potong pastu rebus and tos kan. Tomatoes potong and hidang fresh macam tu baru juicy.

3) Lemon

4) Perasa - Cayenne powder, paprika powder, cajun powder and mix herbs. Mix herbs tu pakai masa nak buat butter garlic prawn.

5) butter – untuk tumis

6) garam

7) Bawang putih- dicincang

 

Cara – cara masak Ketam atau clam

1) Buat air rebusan. Masuk sedikit garam, sebiji lemon di potong, cayenne powder, paprika powder serta cajun powder dalam air dan biar mendidih.

2) Rebuskan ketam atau clam. Supaya masak dan juicy kalau goreng karang kering tak sedap. Rebus lagi best.

3) Okay, dalam kuali asing tumis butter (pakai butter lagi sedap compare dengan pakai minyak biasa, rasa lemak tu masuk dalam seafood) bersama cayenne powder, paprika powder, cajun powder. Masuk ikut la kalau nak pedas letak lebih. Illy memang suka pedas so masuk lebih skit. Jangan lupa masukan garlic, letak lagi banyak lagi flavourful korang punya seafood. Sedap!

4) Masukan seafood yang sudah di rebus tadi ke dalam kuali tumisan tadi. Gaul dan masak sehingga sebati dan hidang atas meja time panas-panas. Pastu perah lemon skit before makan.. Pergh! tulis ni pun air liur dah kecur.

 

Cara – cara masak Butter Garlic Prawn

1) Cara sama juga, rebus dulu udang. Udang masak sekejap jadi jangan rebus terlalu lama nanti overcook dan udang jadi kenyal. Tak sedap dah gitu, so be extra careful k?

2) Guna butter juga pakai kuali asing, masuk kan bawang putih. Sampai naik bau masukan mix herbs. Gaul dan masukan udang.

3) Masak semua sebati, apa lagi tuang atas meja.

 

image

Veggies, bole letak veggies lain kalau korang nak.

image

Air rebusan – lemon, garam, cayenne powder, paprika powder, cajun powder.

image

illy rebus macam ni. Nak tengok lebih lanjut step by step? Illy siap buatkan video hahaha semangat tak? Yer la, menda baik apa salah nya di kongsi betul tak? Asyik makan cara masak sama jer, kita try la cara ni pula…

Kalau korang rasa bermanfaat, please give the video a thumbs up and jangan lupa untuk subcribe k? illy ada share pasal tempat menarik dan juga insya Allah akan upload lebih banyak lagi resepi menarik yang mudah untuk masak. Bole kita kongsi – kongsi ilmu. Okay tu jer la nak share hari ni.

Terima kasih sebab sudi visit blog illy dan sentiasa bagi support. Illy hargai semua nya. and ofcoz Selamat Mencuba!

 

 

 

*I am not paid to write this. This is our personal experience. We paid for everything with our hard earned money like everybody else.  I spent personal time and put in personal effort on this blogpost. As usual, I will test and review products or services regardless of whether they have been sent to me/paid for me or not with honesty. Unless stated so in the post or marked with an asterisk, all products featured on this blog have been bought with my own hard-earned pennies. I started this blog to give my two pennies worth of thought and have fun along the way and that is exactly how this blog shall remain.

15 comments:

  1. Sedap nya illy!! I tak sabar nak cuba buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe alahamdulilah kenyang kami sekeluarga, pocket pun selamat hehe.. kena rajin skit jer buat sendiri :) nanti intan cuba lah k? harap sedap hehe kena selera intan

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih datang singgah and tinggalkan jejak! Salam perkenalan :)

      Delete
  3. wahh menarik kak.. dah lama nak buat ni.. tp jue alergic seafood.. kang makan jenuh mengaru.. hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala sian nyer ia allergic pula.. okay takpe bole cuba pakai ayam pun bole :) rasa lain la skit tapi takde la mengaru heehe

      Delete
  4. Ramai yang tiru style shell out kak. kita penah cite dengan mak nak buat gini.. mak kata apa... haihhhh rimas aku makan takde pinggan semua hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh cakap kat mak try dulu sekali sukaaa hehehe :)

      Delete
  5. Kitorang dah terai tadi memang menjadi... Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah :) happy nyer dengar menjadi.. thank you sudi singgah sini

      Delete
  6. serbuk paprika cayen dan cajun tu pakai byk mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut selera :) nak pedas or lebih rasa herbs then letak lebih. kalau tak suka pedas sangat then letak sikit. <3

      Delete
  7. Replies
    1. boleh dapatkan di jusco

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)