Family Reunion di Lopo Blue River Chalet & Camp Pangsun, Hulu Langat I 3D2N I

1916781_10153785895430030_8886826131410707900_n_thumb[2]

Assalamualaikum and Olla everyone!

Hope it not to late to wish Happy New Year! hehe terima kasih sebab sudi visit blog illy. Hari ini illy nak cerita pasal pengalam illy dan family pergi ke Pangsun. Actually memang 2 tahun sekali kami akan berkumpul ramai – ramai bile hari raya. On top of that, sekali sekala kami akan berkumpul bila ada saudara kahwin, birthday ahli keluarga dan juga bila ada waktu yang sesuai.

Kali ni kami berkumpul kat Lopo Blue River Chalet & Camp di Pangun, Ulu Langat. Tak jauh tempat ni dari rumah illy tak sampai sejam. Kalau korang tak tahu jangan risau boleh waze jer. Those yang family dengan Ulu Langat mesti tahu tempat ni. Ayah illy, booking 6 bilik untuk kami sekeluarga. Ikut family la kan.. cuma tak semua dapat join kali ni so siapa yang ada jer pun okay.

Bilik ada banyak jenis, sesuai kalau korang nak buat family reunion ke atau company punya team building. Sebab memang close to nature la tempat ni. Bilik nya harga berpatutan dan juga simple kelengkapan dia. Macam rumah kampung, simple ada katil pastu kipas. cukup lah kan untuk buat tidur jer. Walau takda air cond sejuk tau kat sini tengah malam. kan tepi sungai, tidur pun dengan bunyi air. Tenang jer rasa. Hilang stress kerja ke apa semua.

Untuk kami, ayah booking sederet bilik betul – betul berhadapan sungai. Jadi bangun pagi ke memang itu yang nampak dulu. Sedara illy, pagi, tengah hari, petang hingga ke malam bergilir mandi sungai. Seronok tengok dorang main volley ball kat sungai. Siap ada trademark tu kalau siapa menang hahaha..

Illy duk tepi jer la tak berapa dapat nak join sebab masa illy pergi tu baru hari keempat illy patah kaki. Jadi ke hulu ke hilir memang bertongkat terhencut – hencut. Terima kasih banyak pada ma and faten sebab banyak bantu jaga sofea time ni.

Feeding the fishes!

A video posted by illy ariffin (@illyariffin) on

Kat sini best tau.. bayangkan korang bole mandi atau celup kaki sambil bagi makan ikan tepi sungai. Ya rabi memang rasa macam Puteri Gunung Ledang bak hang.. Memang feeling duk tepi tu hehehe ikan banyak pula tu dan jinak. Tapi illy tak tahu la nama ikan dia.. korang tahu ke?

On second day kami kat sini, my bestie Ayna bawa husband and the handsome baby ammar jumpa kitorang.  Sebab alang – alang dia nak pergi kat chalet Ajlaa Village. Terima kasih Ayna sebab dropby jumpa kitorang. Happy rasa!

During this trip, my husband terjumpa bakal terpendam.. hahaha tahu bakat apa? bakat susun batu. main balancing susun- susun batu bertingkek tingkek tengok until which level dia tak jatuh. Sampai illy pun terikut la pula hahaha. Tengok tu muka dia senyum bukan main bangga dapat susun batu hahaha.

Petang yang second day tu, kami decide gi melawat Ayna kat Ajlaa Village. Ish cantik betul tempat ni. Siap ada chalet atas air tu. Illy tak sabar nak pergi lagi, johan and hafiz pun berangan nak gi pancing dari balcoby bilik hahaha..

Orang lain brunch kan? Kami tak sebab dah breakfast pastu makan lunch lambat so kira luntea ke hapa? Lunch + Tea time = Luntea? main belasah jer haha.. pergi kedai yang dekat jer dengan Lopo Blue River Chalet boleh jalan kaki jer.

Kat sini dorang juga sediakan tempat untuk barbeque. Betul – betul depan bilik menghadap sungai. Seronok sedara mara illy gotong royong membakar. Terima kasih semua!! Sedap korang masak, next t ime buat lagi k? hahaha
 
 

Family Gathering is not complete without a bbq

A video posted by illy ariffin (@illyariffin) on

A video posted by illy ariffin (@illyariffin) on

Nak cari barang untuk bakar pun senang kat sini. Just pergi kat pekan hulu langat tu banyak kedai tepi jalan. Harga pun berpatutan. Kalau pergi hari jumaat pun takda masalah sebab masjid pun tak jauh dari lokasi. Kami mostly masak ala cowboy jer. Terima kasih pada semua mak saudara dan sepupu yang bantu gotong royong sediakan makanan untuk kami semua 3 hari 2 malam kat sini. Malam terakhir special sikit la buat barbeque pastu ada cake untuk celebrate birthday ahli keluarga.

 

received_1540028639651518

received_1540028786318170

tu jer la illy nak share kali ni. Harap bagi korang idea mana tau tengah planning nak buat family reunion ke atau team building company atau pun saja nak melepak dengan kawan. Tak perlu budget banyak, tak perlu pergi jauh kat Ulu Langat pun ada tempat best untuk eratkan silaturahim.

Honestly, illy sekeluarga memang suka back to nature macam ni, Bayangkan tidur pun dengan bunyi air sungai.. ish memang best la tenteram jer rasa hilang semua stress. Sekali sekala seronok juga. Korang pernah pergi ke kat sini? Korang tidur kat mana? best tak? share la nak tahu juga hehe next time illy bole cuba.

 

 

* I am not paid to write this. As usual, I will test and review products or services regardless of whether they have been sent to me or not with honesty. Unless stated so in the post or marked with an asterisk, all products featured on this blog have been bought with my own hard-earned pennies. I started this blog to give my two pennies worth of thought and have fun along the way and that is exactly how this blog shall remain.

Comments

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Popular Posts