Pengalaman Patah Kaki dan cara sembuh yang pantas dalam 2 minggu

Jan 7, 2016

20151222_193848

Assalamualaikum and Olla everyone!

Harini illy nak berkongsi sikit la pengalaman illy patah kaki beberapa minggu lepas. Please take note illy bukan doctor k? illy share berdasarkan pengalaman illy yang baru kali pertama patah kaki. Honestly, illy tak pernah terseliuh atau patah kaki sebelum ni.

Jadi masa kejadian tu sebenarnya illy tengah mengecat bilik air tengah malam. Okay, memang cari penyakit kan? hahaha Yes la masa tu dah hujung tahun illy tengah sibuk make over rumah. Time malam jer la ada masa pun nak buat sikit. Pastu dah terjatuh apa lagi masa tu macam gymnastic la illy kat toilet tu. Habis cat bersepah hahaha nasib baik cat water base so bahagian tile bole bersihkan balik.

My point here is, masa jatuh tu kepala hotak direct terpikir.. aduh ni japgi nak kemas balik. then……. baru sedar rupanya tak boleh bangun. Apa lagi minta tolong husband angkatkan. Masa tu illy tak tahu pun yang illy patah kaki. Illy ingatkan terseliuh jer. Esok tu siap bawa my bro punya hiking tongkat gi kerja. Balik kerja tu baru gi check doc. 

Lepas dah x-ray baru lah tahu rupanya illy ada retak tulang dan tulang buku lali patah. Terkejut, sebab ingatkan biasa jer. Lepas pada tu doc bagi fiber glass cast dan ubat tahan sakit serta ubat kurangkan bengkak. Kalau ada option korang pilih fiber glass punya cast minta kat doc sebab yang tu canggih sikit dari cast simen. Sebab bole buka, nak mandi mudah lah sikit dan takde la beruwap dalam tu nanti gatal.

Dah kata jenis tak duduk diam, doc bagi mc 2 minggu tapi memang boleh kira berapa hari jer illy pakai cast dan tongkat. Jenis yang tak boleh duduk diam nak juga bergerak. Siap pergi family reunion kat Pangsun haha

For me, tentulah kita sembuh datangnya dari Allah. Jadi kita minta sungguh – sungguh dengan Allah kita nak sembuh cepat. Dalam masa yang sama minda kita akan move towards that direction. Pastu try minum susu banyak sebab kita pun dah belajar susu banyak calsium dan amat penting untuk kuatkan tulang. Jadi apa lagi minum banyak. Illy noticed memang banyak perubahan lepas illy minum susu kerap. Rasa macam lebih pantas recovery rate.

Bayangkan dalam 2 minggu illy dah sembuh patah kaki. Ada sesetengah case berbulan pun masih bertongkat. Kalau lah in the future (minta jauh) korang terjatuh atau patah kaki ingat think positive. Pokok pangkal nya kalau kita pikir nak sihat, kita akan usaha untuk nak sihat.

Tapi kalau kita pikir “lambat nya sembuh… kenapa lah jadi macam ni? apa la aku ni malang sangat” ishhhh ni semua ni negative energy yang bukan sahaja memenatkan otak dan badan malah drain korang punya energy (serta orang sekeliling sebab terpaksa layan korang merengek) dan tarik lagi more and more negative thing into your life.

Jadi nak life positive ke nak life negative? Pilihan kat tangan korang. Kalau nak sihat usaha untuk sihat k? Insya Allah, dah usaha dan tawakal sembuh segera. Dan boleh jalani hidup dengan happy and productive.

C360_2015-12-22-21-28-09-115

So, illy nak share Tips Kalau korang jatuh :

1) Kalau bole jangan bergerak terus. Gerak perlahan dan take note kawasan mana yang rasa sakit. Kalau ada dengar bunyi macam meletup tu. Kena lebih berhati – hati.

2) Kalau boleh, terus gi klinik x-ray dan pastikan apa sebenarnya yang jadi.

3) Kalau klinik jauh, dan hanya esok boleh pergi illy nasihatkan ambik ice balut dengan kain pastu letak kat tempat tu. ini akan kurangkan bengkak dan bantu process pemulihan. Ni tips doc bagi ni.

4) Masa tidur atau duduk, cuba letak bantal dan pastikan kedudukan kaki yang patah tu lebih tinggi dari biasa.

5) Doc ajar cara R.I.C.E itu shortform untuk Rest Ice Compress dan Elevate.

6) Rest tu suruh rehat. First few days korang rehat pastu cuba sikit ikut kemampuan untuk bergerak sikit. Kalau sakit stop. Kalau rasa boleh teruskan

7) Ice tu suruh letak ice la hahaha tapi ingat jangan direct letak nak takut ice burn kang lagi sakit. Balut dulu dengan kain baru letak. Kalau rasa penat nak pegang, pakai salotep yang besar tu kat kain.

8) Compress, ni kena pakai yang balut2 dengan cast.

9) Antara paling penting Elevate, selalu tinggikan kedudukan kaki biar senang darah nak pergi. Sebab badan kita ni memang mempunyai keupayaan untuk heal our own body. Jadi nak bantu perjalanan darah kat situ, tinggi kan. Nak tido letak bantal bawah kaki. KAlau duduk buat kerja kat laptop ambik kerusi satu lagi rehatkan kaki kat atas.

Okay tu jer la illy nak share kali ni. Illy berharap sangat bermanfaat untuk semua. But then again, jangan lupa jumpa doc sebab dorang bole check betul2 apa condition kaki korang. Sebab kita bukan sama jenis jatuh and lain jenis patah yang bahagian. So, best untuk dapat tahu betul status korang from x-ray dan dapat nasihat pakar.

 

* I am not paid to write this. This is my personal experience. As usual, I will test and review products or services regardless of whether they have been sent to me or not with honesty. Unless stated so in the post or marked with an asterisk, all products featured on this blog have been bought with my own hard-earned pennies. I started this blog to give my two pennies worth of thought and have fun along the way and that is exactly how this blog shall remain.

9 comments:

  1. Thanks.saya ada cracked ankle. Lepss sebulan igt boleh sembuh dah, tapi doktor kata kene lagi sebulan, so saya igt nak buat rawatan tradisional kot. Lama sgt 2 bulan tu, btw cast kene berapa rm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab case cracked ankle arif firdaus lebih serius. Dia depend on body recovery rate juga 😊 cast tak silap dalam seratus macam tu. Cuba try tengok kat pharmacy pun ada rasanya. Semoga cepat sembuh

      Delete
  2. salam sis minum susu ape yea for fast recovery. any suggestion sis. thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susu brand apa pun boleh janji susu 😊 saya minum dutch lady full cream tu

      Delete
  3. Maaf illy sy nk tumpang tanya fiber glass cast yg canggih dan boleh buka tu yg mcm mane ye..sy tertarik dgn apa yg illy kongsikan..sy mengalami madalah yg sama mcm illy..cuma sy terlwt seminggu baru x-ray dan pakai fiber cast..tp tak boleh cabut masalahnya..sukar bg sy utk mandi dan berwuduk..boleh illy bgbtahu sy mana klunik atau hospital yg ada fiber glass cast yg canggih dan boleh cabut ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Azlina, boleh pergi ke tropicana hospital. Tak silap illy nama cast dia pakai fiber glass. Boleh buka senang sikit nak mandi atau nak solat 😊 semoga Azlina cepat sembuh. Amin

      Delete
    2. Ok illy..thanks atas perkongsian ye

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)