Mohd Chan Chinese Muslim Restaurant Review

Feb 24, 2016



Assalamualaikum and Olla everyone!

Siapa suka chinese food? Nak tahu kat mana kedai yang sedap, halal dan harga berpatutan? Boleh lah check out Mohd Chan Chinese Muslim Restaurant.

Illy hari tu try yang outlet kota damansara. Tak silap illy kat uptown pun ada satu. Banyak kali juga lalu depan kedai but baru hari tu berkesempatan nak cuba.

Kami try 3 lauk. Kisah nya konon nak makan dim sum pastu datang maybe dah lewat jadi mostly dim sum dah habis. Fine takpe, ada rezeki cuba lauk.

Satu jer illy nak cakap, SEDAP. Portion generous, masak pun cepat sampai. Staff friendly dan ish memang sedap lah. Kitorang tak tahu nak order apa semua nampak best. Yang illy suka kedai ni. Setiap masakan dalam menu dia letak gambar yang very clear. Jadi takda lah kita nak tanya2 waiter banyak kali. Pastu memang membangkit selera. Tengah lapar tengok gambar dalam menu...pergh rasa nak order semua nak cuba. Tapi tak baik tamak tu Allah tak suka.

Kami order ikut kemampuan perut. Pergi 3 orang dewasa and satu budak kecik (sofea lah tu haha)

Ni nak share menu dorang. Harap bermanfaat.






Kitorang akhirnya buat keputusan order, sotong goreng nestum.



Pastu tahu lembut pastu roti lupa nama dia rasa siew apa ntah.. macam tu la lebih kurang. Roti tu sedap, dia letak kat depan kedai dia. So, kalau nak beli bungkus roti tu pun boleh.




Okay tu jer lah nak share kali ni. Kalau korang teringin nak makan chinese food yang sedap, halal serta harga berpatutan. Boleh lah consider tempat ni. Hope you enjoy this post!



P/s: This is our personal trip and we are not paid to write this.

Ni sambil type pun gigil teringat sedap betul haha

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)