Resepi Bubur Udang Sedap and Simple

Apr 29, 2016



Assalamualaikum and olla everyone,

Hari ini nak share sikit pasal resepi Bubur Udang Sedap dan Simple. Bagi illy lah, mana tau bole bagi idea kat korang ke kan. Kalau ada apa2 bole improve korang ubah lah sendiri ikut selera dan cita rasa masing-masing.


Ni yang illy share ni based yang illy suka buat. Skang ni pun doc suruh makan non spicy untuk 3 minggu jadi tak bosan.. ada tukar2 selera skit betul tak?

Resepi Bubur Udang

Beras setengah cup
Air 3 cup
Tomato masak ranum 1 biji
Daun bawang hiris2
Garam himalaya (garam biasa pun boleh tapi kalau nak extra sihat and nutricious bole pakai garam himalaya)
Udang ikut suka nak banyak mana, illy pakai 6 ekor size sedang sekali portion.


Cara masak
1) Basuh beras dan masak dengan air dalam periuk.
2) Masuk tomato potong atas jer.
3) Bila texture jadi bubur, masuk daun bawang sikit.
4) Then 5 minit sebelum angkat masuk udang.
5) Dah angkat dalam mangkuk baru masuk garam ikut selera. Lagi bagus amalkan kesederhanaan.

Okay tu jer lah nak share, kalau korang nak improvise atau ada resepi bubur yang best lagi.. share lah kat komen k? Nak try juga.

Itu jer lah nak share for today. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)