Resepi Pho yang Simple dan Sedap

Apr 4, 2016

maxresdefault

pic credit

Assalamualaikum Everyone!

illy nak share resepi buat pho. Ada siapa yang minat makan pho tak? Pho ni antara makanan traditional vietnam. Bagi illy sihat, simple dan sangat sedap. Dia macam noodle soup. Boleh pakai ayam atau daging. Mostly illy suka pakai daging sebab soup dia lagi terasa.

Bahan pun tak pakai banyak. Bagi yang nak diet sesuai sangat sebab makanan ni sangat berkhasiat dan juga mudah di hadam. Illy selalu gi makan kat kedai kalau teringin pho ni. Tapi kalau buat kat umah lagi jimat, pastu puas hati sebab boleh tambah banyak kali hehe. Semalam illy ada snapchat cara buat, pastu kawan illy si Ayue  minta resepi. Jadi alang- alang illy share kat sini korang semua pun boleh try kalau teringin.  (P/s: boleh add snapchat illy kat sini : CLICK )

Okay jom lah share macam mana nak buat dan bahan – bahan nya.

20160404_200623_Richtone(HDR)

1) Daging – Kalau boleh yang potong nipis, pilih lah suka bahagian mana

2) Bawang Sebiji, belah 2

3) Halia – 2 ruas, setengah buat masuk sup, lagi setengah masuk dalam sambal

4) Fish sauce – untuk masakan vietnam penting ni,  buat tambah dalam soup jadi tak payah pakai garam.

5) Green Onion /daun bawang – buat tabur atas soup

6) Fresh taugeh

7) Thai Basil – yang ni payah skit cari tapi kalau takde tak jadi pho ni sebab dia ni yang kasi the aroma and taste of pho. Illy beli kat jusco ada jual sepeket dalam rm4

8) Cili Padi

9) Tomatoes

10) Rice Noodle – pun boleh cari kat jusco atau supermarket

11) Lime/ Limau

Cara masak soup Pho :

1) Rebus air dalam periuk, masukan bawang yang potong 2 tadi bersama halia masa iar tengah mendidih.

2) Masukan daging masa dah mendidih. Pastikan daging yang di potong nipis.

3) Masukan fish sauce, kalau suka masin letak lebih. illy suka biasa jer so letak 1 sudu.

4) Perah limau, masa nak hidang tabur daun bawang kat atas.

Cara masak rice noodle :

1) Kuar dari packet letak dalam air mendidih 2 minit (jangan lama sangat nanti lembik)

2) Then lalu kan bawah air sejuk. Okay dah ready.

Cara buat Sambal :

1) Cili padi, lime juice, tomatoes, halia – tumbuk atau blend. illy suka tumbuk sebab lagi sedap the pieces tu chunky instead terlalu hancur.

Cara prepare Sayur :

1) Thai Basil, basuh. Paling penting kalau takde thai basil ni tak jadi pho.

2) Taugeh Fresh, basuh.

3) Limau potong untuk siapa yang suka masam nanti boleh perah.

4) Susun cantik-cantik dalam pinggan. Selalu dorang letak kat tepi makan dengan soup.

Itu sahaja. Senang kan? Sedap tau.. nanti cuba k? Bagi yang takde kat illy punya snap chat nak ni illy upload masuk youtube, boleh korang tengok mana tahu membantu.

Selamat Mencuba! and terima kasih sudi singgah blog illy. Jangan lupa subscribe kat youtube channel illy k? banyak illy share tempat-tempat menarik dan tips serta resepi. Terima kasih!

*I am not paid to write this. As usual,  I will test and review products or services regardless of whether they have been sent to me or not with honesty. Unless stated so in the post or marked with an asterisk, all products featured on this blog have been bought with my own hard-earned pennies. I started this blog to give my two pennies worth of thought and have fun along the way and that is exactly how this blog shall remain

2 comments:

  1. Selalu tgk Pho dlm tv je, x pnh lagi try,mcm sedap =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia macam mee hoon soup tapi ada rasa lain skit sebab the thai basil tu :) nanti lah ade rezeki you datang my house then i can masakan :) <3

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)