Resepi Udang Masak Lemak yang SEDAP ala Thai

Apr 14, 2016

20160412_202715

Assalamualaikum and olla everyone!
illy nak share skit hari ni resepi udang masak lemak ala thai yang sedap sangat. Nak buat pun teramat mudah. Husband and my brother suka tambah nasi berapa kali masa i masak. Jadi I share lah kat my blog mana lah tahu kot korang dah takda idea nak masak apa kan hehe.. Sebab illy pun selalu takda idea nak masak apa.  Sekarang ni kalau tengok i punya snapchat dah macam channel masakan pun ada. Kalau nak skodeng my snapchat boleh click kat sini. Nanti i add korang balik. I suka tengok snap chat best hehe  Tapi takpe, siapa yang malas nak download snap chat, i ada juga upload kat youtube jadi boleh tengok juga.
Okay dah cukup tu banyak nyer membebel hehe.. Mari kita mula kan yer puan – puan (hehehe tengah berangan chef wan)
Resepi Udang Masak Lemak yang SEDAP ala Thai
Bahan- bahan nya :
Udang
Santan
Belimbing buluh - ni kalau takda tak jadi, payah nak cari di kl, korang boleh try tengok pasar tani or pasar borong. illy dapat sebab husband punya kawan office bagi yang dia tanam.
Sweet Basil – bukan thai basil tapi sweet basil, boleh cari di jusco
Cili padi – ikut selera nak pedas mana
Serbuk kunyit – kalau dapat yg fresh pastu tenyeh lagi sedap, illy ada serbuk jer kat umah jadi pakai yang tu pun boleh.
Garam – ikut sedap mulut
air limau nipis – pakai limau nipis sedap untuk resepi ni. orang thai banyak pakai limau nipis pada masakan instead of asam jawa
Cara – cara nya :
1) Masuk santan dalam kuali panas.
2) Masuk serbuk kunyit, agak2 dia punya portion jangan banyak sangat. just nice tengok kuantiti santan dan udang.
3) Kasi mengelegak dan jadi pekat. Kemudian masukan udang.
4) Lepas masuk udang, boleh kecilkan api. Masuk belimbing buluh.
5) Gaul sikit then masuk semua bahan yang lain. Cili padi, sweet basil dan garam.
6) Sebelum hidang, tutup api perah air limau nipis gaul sikit sebelum hidangkan.

20160412_203749
Pastu nak pesan sila masak nasi lebih sikit sebab kalau yang suka pedas masam and manis akan tambah banyak round hehehe. Hari tu illy ganding kan sekali dengan sayur zuchini dgn tomatoes dan isi udang. Untuk yang kat rumah ada anak kecik tak boleh makan pedas nak kena buat lauk dia juga kan? cara pun senang yang amat. Just masuk tomatoes yang dah potong dadu pada minyak panas. Kalau boleh pakai olive oil sihat sikit nak bagi bubdak makan orang tu pun makan bagus. Tapi kalau takde minyak masak biasa pun boleh jer sama jer rasa. Okay lepas tomatoes tu macam dah nak jadi puree gaya dia masuk kan zuchini bila dah lembut masuk oyster sos dan isi udang. Tu jer. Senang kan? rasa pun sedap.
Selamat mencuba! and jangan lupa subscribe to my youtube channel.. banyak lagi illy akan share resepi masak in the future.

4 comments:

  1. Dah lama tak makan Udang besar2x macam ni, terbaik.

    ReplyDelete
  2. thanks illy sebab share, nanti mieza nak cuba buat sendiri ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. more than happy to do so Mieza. Thank you sebab dropby kat sini. Selamat mencuba!

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)