Resepi Nasi Minyak Tomato Bersama Ayam Masak Merah dan Acar yang Sedap, Mudah Confirm Makan Bertambah

May 29, 2016

Assalamualaikum,

Harini citer dia illy teringin makan nasi minyak, sampai google tu ada tak company delivery kat area kota damansara hahaha.. okay last sekali citer dia start engine kereta gi beli bahan buat sendiri. Settle.

Okay ni nak share resepi Nasi Minyak Tomato bersama Ayam Masak Merah dan Sayur Acar tanpa mengunakan cuka.



Ni bahan nak buat acar buah. Potong siap-siap, buat dulu acar pastu simpan dalam peti ice kang nak makan dia sejuk best. Cuma lupa ambik gambar gula sesudu. Acar ni sedap manis masam sejuk.


Ni dia perah limau jgn masukan biji. Rahsia buat acar tanpa cuka buatan. Gunakan limau instead. Gaul air limau dengan gula sesudu. Sebelum masuk segala bahan acar. Then masuk peti ice. 




Siap masuk peti ice. Kalau boleh timun potong tebal jadi dia crunchy tak cepat lembik. Ada orang suka rendam air kapur dulu. Tapi sebab illy suka fresh kalau boleh tak nak pakai air kapur. 



Beras basmathi, masuk periuk bersama ghee. Sukatan ikut berapa pot beras. Satu pot satu sudu ghee. Masuk susu cair ikut 1 pot 4 sudu. Anggaran macam tu kasi lemak berkrim nasi minyak nanti.


Masuk kacang peas.


Tomato puree, setiap pot beras masukan 1 sudu besar. Illy buat 5 pot jadi 5 sudu.



Ni rahsia kejayaan. Tomatoes gemuk and ranum. Illy masuk 2 biji. Nanti dah masak dia jadi lembut gaul sebati sebelum hidang. Ish memang sedap.



Masuk bunga lawang n kayu manis. Nasi masak nanti naik bau perghhhhh!


Gaul sebati sebelum letak dalam rice cooker.


Eh lupa plak ni ha. Masuk kismis. Illy campur dua jenis. Budak suka kismis ni alang bagi makanan sunah sekali. Banyak khasiat rasa pun sedap.


Ni bahan nak buat ayam masak merah paling sedap dalam dunia. Tu rahsia nya tu. Santan fresh yang perah punya bukan dalam tin tau. Itu yg buat rasa lain pada lain, lemak berkrim disukai ramai haha


Gaul ayam dengan kunyit dulu. Then goreng garing.


Amacam, Seksi tak ayam ku? Hehe


Bahan tumis. Masuk minyak goreng ayam tadi skit pastu masuk ghee and bawang putih, halia and rempah tu. Kasi naik bau. Api jangan besar risau bawang putih hangus. Api kecik jer kasi naik bau and serasi.


Masuk yang lain. Kasi empuk.


Tomato puree. Ya habi ya maulana sedap nyer lah hai.


Ni masuk bahan rahsia which is santan fresh. Ni yang menyebabkan ayam masak merah illy lain dari yang lain. Kena datang umah illy rasa k? Hehe



Masuk ayam goreng tadi.


Kasi sebati.


Hidang kan.



Selamat mencuba dan menjamu selera. Illy halalkan resepi ni. Cuba lah kat umah. Nak ambik gambar nak share dgn kawan ke sedara ke dgn mak ke, ambik lah illy halalkan semuanya. Dah banyak kali orang ambik gambar and resepi kat blog illy, share kat page dorang lah kat blog doranglah.. tapi tak credit. Takpelah.. yang penting point pahala Allah kira amin. Mana tau ada yg ternampak resepi pastu buat banyak pastu bagi sedekah kat masjid ke kan? Uish tak pasal pahala kan?

Hidup kena think2 positive. Tak reward kat sini, reward kat sana. Amin. Okay tu jer la.. selamat mencuba!

9 comments:

  1. Tomato rice, tomato chicken.. sweet sour savory! woaaah sedap menjilat jari jemari!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe not so hard to make as well :) everyone can do it!! <3

      Delete
  2. Boleh la try utk Ramadhan nanti, thanks for sharing babe =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, sesuai for ramadhan, lagi best makan ramai2 satu family <3 lagi seronok.. hehe more than happy to do so ayna! <3

      Delete
  3. omg nampak so yummy and it's easy!! mungkin boleh try for berbuka nanti!! thanks for sharing illy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. glad you like it.. cuba lah k? hehehe selamat berbuka! <3

      Delete
  4. Hi Illy, ghee tu is a must ke? Kalau tak letak, cacat tak rasa nasi tu? Hee sorry baru nak belajar masak nasi tomato :)

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)