iQStudio.my Studio Photoshoot Paling best kat Hulu Langat

Jun 12, 2016

 

Assalamualaikum and Olla everyone!

Korang ada macam teringin nak ambik gambar kat studio tak? Sebab illy ada tempat photoshoot nak recommend ni. Tempat nya nama IQStudio.my lokasi dia Hulu Langat. Mudah nak nak sederet atas Secret Recipe di Hulu Langat.

Sebenarnya kami satu family ni first time nak berphotoshoot dalam studio. Sebelum ni Sofea adalah buat shooting dalam studio masa dia buat job huggies dulu. Tapi tu kerja bukan personal pictures hehe.. Kalau nak baca pasal yang tu ada illy tulis kat sini pengalaman sofea bershooting chewah.

Masa berlalu cepat, sebenarnya kitorang pernah kengkonon plan. Lepas kahwin every year on anniversary nak ambik gambar dalam studio buat kenangan as our own little family ritual. Then gedebuk gedebak dah kahwin masuk 5 tahun ni baru kali pertama ambik gambar sama-sama kat studio hehe. We can always plan tapi Allah yang tentukan betul tak?

 

Nak di jadikan rezeki, owner IQStudio.my ni ajak gi pergi Soft Launch dorang punya studio kat hulu langat. Sampai sana jumpa kawan – kawan blogger illy. Best posing2 pastu borak dengan dorang. Walau tak sempat nak borak panjang sebab masing pun sibuk nak posing. Tapi memang happy lah everytime jumpa. Sampai jer tu, ada sediakan makanan. Memang terbaik lah. Terima kasih layan kami semua baik – baik pda hari tu.  

Sofea pun alhamdulilah behave walaupun tak berapa nak pandang camera. Biasalah budak kan? Tapi memang seronok lah pengalaman kami sekeluarga photoshoot kat sini. Nak parking pun mudah tempat dia.  Amacam nak tengok tak hasil nya?

Yeay! Alhamdulilah, Happy nyer tengok gambar ni. Ada yang cakap muka husband i macam i sebiji cuma tak pakai tudung.. hahhaa sorry lah i tak tahan memang gelak habis ada ke patut korang cakap camtu, sian husband i tau hahahaha

Ni lagi gambar ala-ala sweet candid gitew. boleh la simpan buat kenangan. Sofea pun cepat jer membesar. Kami pun cepat jer tua.. so buat kenangan lah kan?

 

Ni ha, terkantoi sofea cuba meloloskan diri nya haha.. Woit budak kecik, jangan lari

 

 

Ni pula gambar cintan cintun kami berdua. Segan sebenarnya. Tapi senyum jer la. bila tenung gambar ni, tak sangka lah pulak dah kenal johan ni 7 tahun dan dah sah hampir 5 tahun bergelar suami isteri. Rasa bersyukur sangat pada Allah sebab kurnia kan jodoh dengan my husband dan juga hadirkan cahaya mata dalam hidup kami. Lepas ni Sofea nak timang adik pula. Harap semua nya berjalan lancar amin.

 

Jadi, kalau korang nak ambik gambar product shoot ke, gambar graduate ke, gambar feeling2 ke atau pun gambar raya satu family dalam studio. Boleh lah pergi ke IQStudio.my  tempat nya selesa. Ada sediakan colouring sheet dan crayon lagi untuk budak kecik. Ada sofa tempat melepak. Pastu lengkap lah bagi illy.

Owner and wife pun baik, peramah dan ceria orang nya. Jadi mudah nak berurusan. Nak bergambar pun tak kekok sebab dorang semua very friendly. Buat masa sekarang ada promotion tau. Murah amat sangat, sangat berpatutan. Jadi book lah slot korang awal sebelum nanti harga promo dah tamat k? Masa tu jangan menyesal hahaa

13423868_1355728524456697_4779099522620363050_n

13423846_1355727554456794_1319477227858056741_n

For more info, boleh deal dengan dorang terus, gi fb dorang ke atau pun call terus pun boleh :

FACEBOOK IQStudio.MY

@iqstudio.my
@iqprintshop
Call/Sms/Wa
+60107607211
+60124300430

Okay tu jer lah illy nak share kali ni. Sebenarnya illy pun dapat goodie bag masa pergi soft launch tu. Ada banyak juga product yang menarik. Nanti ada masa illy share apa yang illy dapat k? Illy paling excited nak try tudung baru and mascara fiber tu. nanti illy try share ada masa nanti. Okay lah korang. Harap bermanfaat post kali ni. Selamat Berposing!

*Services courtesy by  IQStudio.my   I spent personal time and put in personal effort on this blogpost. As usual, I will test and review products or services regardless of whether they have been sent to me/paid for me or not with honesty. Unless stated so in the post or marked with an asterisk, all products featured on this blog have been bought with my own hard-earned pennies. I started this blog to give my two pennies worth of thought and have fun along the way and that is exactly how this blog shall remain.

6 comments:

  1. Sweetnye Sofea posing, macam wanita melayu terakhir <3 <3 <3 Btw, mane ade same your face & Johan, jauh gler tau, hahaha =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tang duduk diam Ayna :) nanti i bagi tau johan hahahahaa

      Delete
  2. suka yg picture sofea nak gelongsor tu. muka kak illy pun ceria sngat naturally

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Liz, selamber jer dia nak main terjun haha

      Delete
  3. Replies
    1. terima kasih nanie sudi singgah sini! :)

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)