Minyak BeBe Anugerah yang Best

Jun 7, 2016

IMG-20160608-WA0006

Assalamualaikum and Olla everyone!

Hari ini illy nak share sedikit pasal minyak BeBe Anugerah. Pernah try tak minyak ni? Rasa nya mesti macam ramai dah cuba kan? Illy kali pertama cuba untuk Sofea. Wah bagus juga rupanya minyak ni. Apa pasal lah dari dulu tak dijodohkan? haha

To be completely honest, illy cuba pakai untuk Sofea dah nak masuk 2 minggu. Nampak kerberkesanan dia. Sebab Sofea ni kadang ada juga kembung malam. Dulu masa kecik memang kerap colic. Dah masuk dua tahun ni dah banyak kurang. Dalam masa yang pakai ni bila kembung jer letak minyak BeBe Anugerah ni, lepas tu usap urut sikit. Letak kat kaki, kat peha sikit, kat perut, belakang badan sikit kasi dia selesa. Tak sampai berapa minit lena balik dia tidur. Jadi memang memudahkan kerja kami as parents.

Bau minyak BeBe Anugerah ni lain dari minyak angin lain yang illy pernah cuba. Dia mild, ada bau angin menthol tu tapi tak menusuk. Kira sedap jer bau. Macam ada calming effect sikit bagi illy lah. Dah illy pun perasan, dia tak pedihkan kulit. Sebab Sofea kalau letak minyak angin yang lain tu memang kena hati portion dia. Kena pastikan memang 2 titik, kalau tak karang menjerit pedih. Sebab mungkin kuat sangat. Tapi dengan minyak BeBe anugerah ni tak macam itu. Takda nak risau pedih sebab memang tak pedihkan kulit langsung. Khasiat dia tu ada tapi tak pedih. So, masa sapu tu takda perasaan risau timbul.

IMG-20160608-WA0003

Minyak Bebe Anugerah ni semua diperbuat dari bahan yang asli. Kira nya natural product lah. Illy memang suka natural product kalau pakai pada Sofea. Minyak BeBe Anugerah ni diperbuat daripada minyak kayu putih, lengkuas, serai, pudina dan limau purut. Patutlah bau pun wangi ada limau purut rupanya haha..

 

IMG-20160608-WA0004

Nak bagitahu satu lagi, mungkin benda tak penting lah bagi korang kalau nak pilih minyak angin tapi bagi illy benda kecik tu lah kadang- kadang main peranan penting. For example botol dan cara packaging. Antara beza nya minyak BeBe Anugerah ni compare dengan minyak lain illy pakai, packaging dia botol plastik dan penutup dia jenis katup macam ni. Ni antara yang illy suka sangat. Pertama sekali, tak mudah pecah. Al-maklum minyak angin memang ibu bapa akan bawa kemana. Kalau boleh spare, dalam kereta satu, dalam hand bag dalam beg baby, tepi katil. Semua tempat kalau boleh supaya sentiasa ada bila perlu. Okay cuba bayangkan kalau botol kaca letak dalam beg risau, pecah ke kan? Anak pula jenis dah pandai selongkar beg kita, risau dia baling ke botol tu nanti. Risau dia capai tepi katil pastu jatuh pecah. Sorry lah illy ni semenjak jadi mak-mak memang over pemikir tentang keselamatan anak.

Bila botol ni buat dari plastic tak lah perasaan risau botol pecah. Lagi satu nak bagi tahu terima kasih lah sebab buat penutup jenis katup macam ni. Sebab dulu, banyak kali meraba katil tengah malam cari penutup minyak angin. Sekarang dah tak payah susah sebab dia terlekat sekali kat situ haha

 

IMG-20160608-WA0001

Minyak ni dia warna cam purple sikit, very light. Kot lah mana tau korang nak tengok kan. Nampak ke? hehe Bagi illy secara overall, amat berpuas hati. Lagi pun harga produk mampu milik dan amat berpatutan. Sebotol RM15 kalau kat Sabah Serawak RM20 dalam sebotol ni ada 50ml. Lepas ni akan continue terus pakai Minyak BeBe Anugerah sampai adik sofea lahir boleh kongsi dengan kakak dia. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh visit FB Minyak BeBe Anugerah atau  Website Rasmi

 

Okay tu jer lah illy nak cerita kali ni. Harap bermanfaat. Terima kasih sebab sudi singgah kat blog illy. Selamat Berpuasa and take care!

* This blogpost is brought to you by Minyak BeBe Anugerah. As usual, I will test and review products or services regardless of whether they have been sent to me or not with honesty. Unless stated so in the post or marked with an asterisk, all products featured on this blog have been bought with my own hard-earned pennies. I started this blog to give my two pennies worth of thought and have fun along the way and that is exactly how this blog shall remain.

8 comments:

  1. I love the scent too, very calming & relaxing =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa the scent is just nice not too strong :) <3 love!

      Delete
  2. my niece and nephew pun pakai brand minyak bebe ni. tak pedih bau best

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy to know :) tu la product ni memang bagus sangat

      Delete
  3. murah..boleh try nanti. tak pernah cuba juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju harga dia memang berpatutan :) nanti boleh cuba azlinda mana tau suka kan

      Delete
  4. memang best sgt kan illy, Princess pun suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe geng! <3 bau dia tu best tak menusuk sangat <3

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)