Resepi Bebola Daging Cheese dan Spaghetti, Amat Sedap serta Mudah siapa pun boleh masak [Gambar dan Video]

Jun 20, 2016

 

Untitled

Assalamualaikum and Olla everyone!

Hari ini illy nak share sikit lah resepi untuk masak Bebola Daging Cheese dan Spaghetti. Sebenarnya husband illy yang teringin sangat nak makan, jadi kami pun pergi beli barang dapur weekend baru ni dah buat projek ni kat umah. Hasil nya?  Bertambah kami makan berapa round. Buat pun tak pedas jadi our daughter Sofea pun boleh makan. Paling penting bebola daging tu buat sendiri jadi makan tanpa was – was. Letak cheese banyak fuh memang sedap. Okay dah jom nak tahu camna nak masak? Mudah jer.

Bahan – Bahan Bebola Daging Cheese dan Spaghetti

1) Spaghetti – ikut lah nak banyak mana kami pakai sepeket

2) Daging – ikut pandai nak banyak mana, kami pakai dalam sekilo

3) Mozzarella Cheese – Husband illy nak dalam daging tu macam chewy tu pasal illy pakai mozzarella. Korang nak pakai cheddar pun boleh yang tu effect meleleh.

4) Italian Parsley/English Parsley – kalau takde daun bawang ke daun sup pun boleh

5) Lada hitam dan Garam

6) Minyak masak, nak grill daging tu jangan pakai olive oil sebab olive oil jenis cepat hangit kalau suhu tinggi. Pakai oil yang boleh tahan suhu tinggi. Illy pakai minyak masak biasa jer. Kalau nak grill with no oil pun boleh pakai non-sticky pan.

7) Bawang besar Holland- jenis yang putih tu yang tu sesuai untuk masak kuah spaghetti ada rasa manis skit.

8) Tomato puree – kalau boleh cari yang takda preservative k?

9) Fresh tomatoes – kami pakai 2 biji yang besar dan ranum biar kasi manis kuah

10) Mix herbs – ni ada jual dalam botol.

 

Cara – Cara Masak Bebola Daging Cheese dan Spaghetti

image

Tu tangan anak illy sibuk nak enter frame. Okay illy pakai yang jenis ni. Tak habis pun pakai separuh jer.

image

Gentel bulat – bulat macam ni. ikut size bebola daging nak besar mana, kalau bebola besar jadi buat inti pun besar lah k? kira anggaran macam ni.

 

image

Okay ambik daging pilih, kalau boleh buang bahagian lemak tu. Potong hancur, cincang kasi lumat atau masuk food processor nak masuk blender pun boleh tapi pastikan takda tulang karang rosak pula blender korang. haha

image

Dah lumat, masukan garam, lada hitam, then italian parsley. Gaul sampai rata. Dah nak ready ke step yang paling best.  

 

image

Buat macam ni masuk kan cheese tadi tu kat tengah jadi macam inti. Then dah boleh goreng. Nak grill pun boleh.

 

image

Siap dah korang punya bebola cheese yang teramat sedap dalam dunia! Paling best sebab buat sendiri tu yang buat lagi sedap tu. Home cooked with love!

 

 

image

Sekarang mari kita buat bolognese sauce yang teramat mudah serta sedap yang amat. Okay letak minyak then masukan bawang yang potong dadu. Bawang ikut lah korang nak buat kuah banyak mana. Kami suka kuah jenis chuncky gigit tu ada ketul – jadi bawang kami potong dadu besar skit.

 

image

Masuk isi daging skit, nak kasi kuah pun ada tergigit- gigit daging hehe.. pastu masuk tomato puree.

 

image

Masuk pula fresh tomatoes yang dipotong dadu. Jadi memang power sebab chunky masa makan bertambah syok.

 

image

Bila dalam 20 minit dia akan sebati jadi macam ni. Nak tambah air boleh, kalau nak kuah pekat, hati2 masak letak air tu. Kami suka pekat jadi ni lah consistency dia. Ni dah last baru illy masuk mix herbs. Untuk naikan lagi aroma dan rasa sauce kita ni

 

image

Okay dah kata pun spaghetti kena lah rebus kan? hahaha

 

 

image

 

image

Dah pun siap, Menu Bebola Daging Cheese dan Spaghetti bolognese sauce. Tanpa pengawet, tanpa perasa tiruan, halal dan toyiban. Hehehe Hias skit lah dalam pinggan tu jadi tambah selera. Letak cheddar cheese sikit pastu parsley skit kan.

 

image

Sedap, seriously, gi lah try. Masa gigit daging berbunga rasa hati sebab makan hasil penat lelah. Lagi best buat activity bebola daging tu dengan family. Sambil masak boleh bonding time sekali. Amacam kill 2 birds with one stone tak? hahaha..

Okay tu jer lah nak share kali ni, sajer jer lah kan ni bulan puasa.. share resepi mana tau korang takda idea nak masak apa ke kan? Pastu illy ada buat juga video kot lagi mudah nak paham ke macam mana nak buat. Harap membantu. Kalau nak copy paste nak share sana sini, silakan takda masalah. Illy halalkan semua nya., dont worry.

 

 

 

 

 

*I am not paid to write this. I spent personal time and put in personal effort on this blogpost. As usual, I will test and review products or services regardless of whether they have been sent to me/paid for me or not with honesty. Unless stated so in the post or marked with an asterisk, all products featured on this blog have been bought with my own hard-earned pennies. I started this blog to give my two pennies worth of thought and have fun along the way and that is exactly how this blog shall remain.

6 comments:

  1. Mark dulu nanti weekend boleh buat.
    Menyesal plak bukak pagi2 ni. Dugaan. Hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat mencuba! hehe :) sabar tau... esok pun dah cuti boleh masak2 <3 n selamat berpuasa!

      Delete
  2. Thanks for the recipe Illy, boleh la cuba bila dtg seru nnti =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome Ayna, hehe nanti ammar mesti suka gigit ball tu <3

      Delete
  3. kita tak sahur lepas tu bukak blog akak.. dugaan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry! hahaha. tak niat cam gitu haha <3 tak pe ni nanti boleh buat idea berbuka ke kan :)

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)