Our Raya 2016 Experience

Jul 11, 2016

13557940_10154234833750030_5450555858039644163_n

Assalamualaikum and Olla everyone,

Masih mood raya ke ni? Hehe ke dah masuk kerja? Siapa dah masuk kerja meh sini nak sep tangan.. illy dan keluarga balik beraya di kampung ibu mertua illy kat Masjid Tanah, Melaka. Semenjak dari kahwin kami memang ada giliran. Setahun dgn illy, setahun pula dgn suami. Baru lah adil saksama. Jadi boleh rapat dengan semua pihak keluarga.

Seperti tahun-tahun yang lepas mak mertua illy masak laksa. Tu memang dia punya core lah, sedap masakan laksa dia.Dah pengalaman bertahun – tahun kan? Pastu ada juga nasi impit bersama kuah kacang dan rendang. Tang lemang tu sepupu suami illy yang buatkan. Sedap lemang yang dia masak. Dengar cerita dia jaga api lemang sampai 9 jam. Pergh.. gigih disitu.

Kami tahun ni warna olive green. Sebenarnya kannnnnn tiap tahun ikut colour ayah illy pilih. Tahun ni dia pilih warna pink terang benderang hahaa johan tak sanggup nak memakai nya. Sebab johan jenis penyegan dia tak berapa minat attention. Kalau boleh nak blend dengan dinding atau invisible jer.. illy pula dah makin matang ni (tak nak tu pakai perkataan tua hahaha) selera pun dah berubah – ubah. Skang tengah minat simple and kosong jer. Tu pasal tahun ni juba hilly kosong jer, sofea pun pakai plain baju kurung. Paling best lupa bawa balik butang baju melayu johan last2 pakai brooch.

Dia cakap nasib takda orang tegur.. haha tu kira okay lagi, illy ingat lagi masa kecik kan, balik beraya kampong ayah kat perak. Punya lah jauh perjalanan kami dari kl. Dah sampai tu kira malam raya kena gosok baju lah kan? Ayah illy tertinggal baju raya dia HAHAHAHA dah tu semua benda bawa baju raya yang tinggal, jadi dia sorang lah baju tak ikut colour tahun tu. Kenangan tu memang illy ingat sangat sebab terlalu lawak. Benda lain semua ingat, tang baju raya plak lupa bawa haha

Cerita pasal baju raya ni kan, antara benda ritual adalah tempah baju melayu. Ada lah satu kedai kat Dato Keramat Kl ni. Kira macam kedai favourite ayah illy lah. Tiap tahun tempat baju yg anak lelaki dan baju dia kat situ. Tiap tahun juga lah kedai tu buat lawak kat kitorang. Berapa tahun berturut kitorang duk kat kedai dia sampai pkul 2-3 pagi mengunggu baju raya siap. Bayangkan dah nak balik kampong, beg semua dah dalam kereta. Baju raya yang dah tempeh awal tak siap2. Pernah satu tahun tu tunggu dorang tebuk lubang lah, potong kain lah hahaha Lagi best one of the year, baju siap sempat. Cuma terkecik ukuran. Dah macam pakai baju renang fit nyer baju melayu adik dan ayah illy. LAWAK weyh…

Macam- lagi kalau pasal raya ni, kenangan masa kecik dengan cerita hantu dengan sepupu pastu kenangan gi rumah mak sedara di Kuantan. Tooo long to be written here. Satu jer illy harap, that my daughter pun dapat kenangan manis raya yang boleh dia abadikan sampai dia tua.

Illy sebenarnya memang suka lepak dengan budak. Best, dengan dorang borak tengok gelagat dorang jadi happy jer terus. Rasa tenang (okay fine bile dah start bising ofcoz serabut) tapi most important ihklas tu. Budak ni ikhlas dia lain macam, mudah memaafkan dan happy go lucky. Banyak benda illy belajar bila lepak dengan budak kecik sebenarnya.

Okay tu jer lah nak share kali ni. Sajer lah sharing sekali sekala.. asyik citer pasal product jer pun boring yer dak? Okay, selamat hari raya korang and maaf zahir batin. Kalau ada terkasar Bahasa atau kecikan hati korang, illy dengan rendah diri nak minta maaf.

8 comments:

  1. Selamat Hari Raya illy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, Intan :) <3

      Delete
  2. Ayat blend in dgn dinding tu mmg x boleh blah babe, hahahahhaha =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha tu la johan dia memang penyegan skit :) :P

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)