Betul ke budak kecik nampak hantu/mahkluk halus?

Aug 28, 2016

spooky-pictures-3

Assalamualaikum and Olla everyone!

Hari ni illy off topic sikit, tapi nak cerita ni pastu nak tanya pendapat korang. Sebab benda dah jadi 3 kali. Orang kata budak kecik nampak beda halus, tapi illy kalau tak jadi kat keluarga sendiri illy malas lah nak percaya benda pelik2 ni. Those who know me well memang tahu illy memang bukan jenis yang buka topic ni.

Tapi kan lately ada beberapa kejadian yang agak seram bagi illy. Kan my daughter dah 2 years old plus. Jadi dia macam dah boleh start communicate dengan kita as adult. Tapi yang seramnya tu… apa yang dia nampak dia pergi cerita.

First encounter tu masa dia kecik sgt lagi malas nak type. Nak cerita pasal yang second encounter and paling latest sekali jadi. Ada sekali tu kami balik malam dari umah mertua illy. Selalu nya okay jer, tapi on that specific night.. Masa dah sampai kat parking rumah.. anak ilyl cam merengek nak suruh dukung. Illy dah la pregnant tak larat nak dukung dia pastu ayah dia pula tangan dah penuh kiri kanan angkat barang. Jadi pujuk dia jalan.

Dia punya buat perangai.. menjerit nangis2 nak suruh dukung. Sampai depan umah, kami bagi salam nak masuk. Tertiba, boleh plak sofea tanya “ Dia nak masuk” “sofea takut” Omg apa yang kau cakap ni nak? siap yang nak masuk??? takda sapa dah ni.

Husband illy terus tanya sofea, dia ke yang kacau sofea buat sofea nangis? Terus sofea angguk. Bulu roma ku terus menegak. illy minta husband bacakan ayat kursi. Nasib bagi salam before masuk rumah. Jadi benda2 ni tak boleh masuk rumah. Bayangkan kalau dia ikut kedalam sekali? Tu yangada kes budak menangis tak berhenti tu kot? Sebab dia nampak apa kita tak nampak..

Paling latest sekali recent weekend, kitorang gi shopping complex (nama tempat di rahsiakan) pastu pergi makan kat satu kedai steamboat ni. Then kat situ my daughter merengek duk tunjuk at certain area cakap “uncle..” pada hal mana ada sape kat situ. Mula tu dia good mood jer, tapi tertiba nak nangis la pastu nak duduk kat husband illy sebab dia takut. Asyik pandang atas tunjuk atas. Gosh seram gila.. dah la kitorang nak makan ni. time ni pula dia nampak benda pelik. Masa tu siang jadi cam tak seram sangat. My husband pasang doa kat phone pastu letak kat sofea baru dia cam berani skit. Tapi memang tak selesa kat kedai tu. Kejap – kejap dia tunjuk atas

Ada orang cakap sesetengah kedai pasang pelaris “tak tahu la apa benda dorang pasang” ada yang juga cakap sebab budak – memang nampak benda macam ni. Tapi siang kot!! So tak tahu lah nak cakap apa.

I just decided to document this journey sebab when I sign up to be a parent, tak pernah terfikir akan lalui pengalaman macam ni. Harap benda ni is just a phase dan tak melarat amin.. korang pernah tak alami benda macam ni? selalu kena buat apa yer?

 

8 comments:

  1. Salam Kak,

    Saya dulu pernah jadi macam ni. And I am lucky that my parents believed me. Bila kakak cakap tak ada apa2, anak kakak akan rasa yang kakak tak percaya. Nanti dia tak akan selesa bercerita. Apa yang husband kakak tanya depan pintu tu memang bagus sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Miss M, terima kasih sudi singgah sini and comment. terima kasih bagi kesedaran pada i.. i will try my best bagi support to my girl and lepas ni i akan cuba bagi dia rasa selamat jadi pape nanti kalau dia nampak ke apa biardia cerita takda lah dia takut sorang2.. boleh kami ambik langkah berjaga baca doa ke baca yassin ke amin2... semoga tak berpanjangan situasi ni :) <3

      Delete
  2. ops. kesian sofea, yela dia kecik lagi tp tak tahu smpi bila dia blh nmpk. ofismate liz chines, dia nmpk benda ni dari kecik smpi skrg. tp dia pretend bt xnampak kalau tdk nnt benda tu suka usik dia, kdg2 saje dtg dkt main rambut. i'm not trying to scared u kakak, just share experience dia je. tapi tk ada apa teruk pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. liz!!! seram nyer sampai besar ke jadi gitu? camna ni.. i harap benda ni phase jer nak doa kat tuhan minta jauh.. sian kawan liz tu sampai tua mesti berdebar jer T.T

      Delete
  3. Illy, budak2 memang senang nampak benda yg kita tak nampak and benda ni memang selalu tunjuk kat budak2..if kalo balik malam tu, cuba singgah mana2 dulu kejap umpama tinggal benda tu dulu baru balik. Pastu before masuk rumah, rehat few minutes kat luar sambil baca-baca, then baru masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alyza 😘 terima kasih banyak sebab share tips! Okay pasni illy akan practise macam tu πŸ’•πŸ’•πŸ’•

      Delete
  4. Hee...mmg scary...
    Adriana pun pernah jugak ckp mcm tu bila ktorg masuk kt lift shopping mall ni...
    Eiii kenapa rmabut dia panjang papa...
    Alahai....alahai dia ni kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa mungkin budak2 ni ada yg hijab terbuka :) adik illy cakap ni illy baru tahu lah sebab dia cakap.. kalau jadi camgitu lagi baca ayat kursi pastu sapu kat mata dorang minta dengan Allah tutupkan hijab mereka. jadi biar tak nampak

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)