Huello Cafe TTDI, sedap boleh repeat lagi dan lagi

Aug 18, 2016

 

image

Assalamualaikum and Olla everyone!

Citer dia, hari tu my husband pastu my bro and me keluar gi cari makan. Pastu pusing kat TTDI sebab dekat ngan umah kitorang then ternampak Huello Cafe ni. Macam best kami pun try lah makan kat situ. Rupanya memang best. Jadi sebab best, tu pasal illy tulis review ni. So, korang pun boleh try nanti hehe Benda bagus kitakena share kan? Dah tu pun tujuan illy buka blog ni dulu. Nak share any good products and services yang illy sendiri pernah try. 

Location, korang boleh waze or google map cari Huello Cafe TTDI. Alamat full : -

Address: No, 125, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

Phone: +60 3-7732 7180

Opening Hours:  · 11AM–11PM

Nak senang, kalau dari One Utama punya middle bridge tu menghala ke ttdi nanti ada nampak cimb tepi jalan tu kan? Okay dorang kat kawasan tu sebaris 7eleven tapi belah hujung lagi. Okay la hujung sikit ut mudah sikit cari parking compare area 7eleven tu cam sesak sikit.

image

Ni counter dorang, kat sini concept order dulu bayar then nanti dorang anta makan. Illy tengah pregnant ni cam malas nak bergerak. Kasi my bro and husband yang gi order kan. Tapi takde masalah sebab korang duduk jer nanti dia anta menu. Kira boleh pikir2 dulu nak makan apa then baru gi order. Tak rushing chill jer. Kekadang tu kalau kita gi kedai pastu dorang tunggu jer kita nak ambik order pun tak selesa rasa cam kesian lak dorang tunggu jadi nak kena buat pilihan cepat2 kan? kat sini takda masalah camtu. Yes!

 

image

Ni yang husband illy order, fish and chip. Sedap the fish fillet juicy (tahu ni sebab illy sibuk nak rasa haha) illy suka tang fries kat Huello Cafe ni sebab fries dia jenis gemuk gedempul puas hati. Yang ni lupa harga berapa tapi yang pasti bawah RM20.

 

imageimage

Pastu adik illy order Peri Peri Chicken set. Siapa yang suka rasa cam english herbs pastu ada spicy skit boleh cuma yang ni sedap juga. Tak silap illy, Peri Peri Chicken ni antara menu speciality kat sini. Pastu air dia pergh sedap yang amat air belakang tu illy lupa nak apa. Yang depan ni strawberry youghurt smoothie. Sedap teramat sangat. Illy suka tak manis sangat, just nice pastu memang sedap. Bagus untuk digestion sebab ada youghurt tu kan. Dah order macam2 jadi konon illy nak balance lah.

image

Ni illy order grill burger tak silap nama dia. Sedap sangat. Daging dia tu bukan yang jenis packet. Ni style gourmet real food. so real meat dia bagi. Cheese pun sedap terasa masa makan tu ada tomatoes dengan salad plak memang lengkap lah. Yangn i harga tak silap RM15 ke RM18 camtu lah. Besar sebenarnya portion dia. Tengok lah fries tu OMG!

Angkara burger ni, my husband ajak gi lagi aritu repeat Huello Cafe.Dia plak nak order burger ni (sibuk tiru hahaha) illy for the second time to order shashuka tapi lupa plak nakmabik gambar. Dia macam ada minced meat pastu telur kat atas cicah dengan roti france.  Sedap tak yah cakap lah kan..

Boleh jadi, kitorang satu family akan repeat lagi dan lagi kedai ni. Nak bawa sofea plak. Illy selesa sebab kedai dia cam tenang, atmosphere best, pastu dekat ngan umah illy pastu plak dorang serve good real food lagi portion plak tak kedekut. Okay tu jer lah nak share kali ni. Esok pun hari minggu.. mana tau korang dah takda idea nak makan mana, harap post ni dapat membantu.. gi lah try best tak menyesal. Illy approved!

 

 

 

 

* I am not paid to write this. This is our personal trip and we paid everything with  our own hard earned money.I spent personal time and put in personal effort on this blogpost. As usual, I will test and review products or services regardless of whether they have been sent to me/paid for me or not with honesty. Unless stated so in the post or marked with an asterisk, all products featured on this blog have been bought with my own hard-earned pennies. I started this blog to give my two pennies worth of thought and have fun along the way and that is exactly how this blog shall remain.

6 comments:

  1. i nak gi try lah nanti

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tahu takpe aynaaa!! nanti kalua you datang damansara kita gi makan sini sama2 boleh dating dgn you <3

      Delete
  3. nampak sedap and harga cam standard cafe sekarang kan..bleh try nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa pun sedap Alyza <3 harga dia okay sebab portion pun banyak :) nanti kalau nak gi roger2 lah illy boleh gi sama2 <3

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)