Pengalaman ke JW Marriott Junior Suite Kuala Lumpur

Aug 1, 2016

 

13718571_10154280945640030_4660504549576085526_n

Assalamualaikum and Olla everyone!

Harini illy nak share pengalaman kami husband and wife menginap di Junior Suite di Hotel JW Marriott Hotel Kuala Lumpur. Actually pergi celebrate birthday husband illy. Patut nya celebrate on his birthday weekend tapi disebabkan masa birthday dia tu kebetulan dia tak sihat jadi tunda ke tarikh lain.

The date came, and we are both super excited. Great thanks to mak mertua illy sebab tolong jagakan sofea masa kami pergi sini. Masa mula check in tu cam ada masalah skit dengan check in. Dorang cam tak boleh locate our booking. Pastu kena tunggu 10mins. Takpa lagi last-last sejam kitorang menunggu kat lobby. Pukul 4 lebih baru boleh masuk bilik. My husband nego for late check out for the inconviniece and then dorang pun bagi so lega lah skit hati kan.

We all stay at level 20th, selalu kalau junior suite and above memang dorang located at high floor untuk dapat pemandangan yang lebih cantik. I personally am a sucker for a good view. By theway the rate was RM698 lepas tax apa semua jadi RM8++ . Actually kalau korang book awal ada banyak lagi promo, so best to plan early kalau  nak book hotel. Boleh dapat rate yang bagus.  Terima kasih kat my husband sebab belanja. Eh.. birthday dia tapi dia belanja? hahaha Tu yang makin sayang tu. Kitorang tak ambik the breakfast sebab jenuh lah makan buffet. Lagi prefer in room breakfast.Sebab gi buffet pun last bukan makan sangat. Jadi rasa cam membazir. Pastu kali ni kitorang cam nak private time together. Lagi prefer makan berdua dalam bilik. Boleh berborak, pastu more privacy.

Ni ada video buat simple room tour, kalau berminat boleh jemput tengok. Alang – alang tu, jemput lah subscribe youtube channel illy. Illy suka share resepi dan tempat menarik yang kami pergi.

Personally illy rasa bilik dia luas, pastu sangat selesa. Katil pun empuk sangat. Dia ada provide macam living area with tv, workstation pun ada untuk yang nak kena catch up kerja ke kan? Pastu bilik air pun luas ada bath tub, ada shower. Amenities in the toilet pun yang high quality. Illy suka the bath salt and provided. Dia punya shower gel bau lavender from essential oils. Memang very theraputic sangat. Keperluan macam payung, bath robe dan weighing scale pun provided. Lengkap lah bagi illy.

 

IMG-20160724-WA0006

Illy kalau gi hotel memang jakun part bath tub, kat sini dalam bath room not provided with tv. Kalau ada memang  lagi lama lah illy berendam berangan cam princess hahaha..

 

4months along the way for my second #pregnancy it is about time to list down potential baby name!

A photo posted by illy ariffin (@illyariffin) on

 
Sempat illy posing tangkap gambar kenangan. Dah nampak sikit dah baby bump. Lagi 5 bulan insya Allah boleh timang anak kedua. Rasa bersyukur sangat sebab Allah bagi peluang membesarkan sorang lagi umat. Kami akan cuba yang terbaik jalankan amanat ini. Illy sebenarnya tak sangkat yang akan sampai tahap ni. Like seriously, tak pernah terbayang diberi peluang jadi ibu pada 2 kids. Perasaan dia happy sangat tuhan jer yang tahu.
 
Illy bersyukur sebab ada suami yang penyayang, bertangung jawab kerja keras siang malam sebab nak jaga dan berikan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Terima kasih sebab being the best husband I could ever asked for. Biasalah dalam perkahwinan ada pasang surut. Kitorang pun kahwin muda masa tu umur baru 24 tahun. Take time sikit nak serasi dengan cara dan gaya masing – masing. Umur dah sedikit lanjut jadi matang tu datang dengan sendiri. We learn to tolerate and love each other.
 

IMG-20160724-WA0009

IMG-20160724-WA0005

Tu dia in- room breakfast yang kami order. Illy mula tu cam nak diet sebab malam semalam dah bantai pizza dengan mushroom soup. So, illy order fruit platter jer. Last tengok Johan punya breakfast cam sedap jer hahaha bantai lah juga. Tak tahan hahaha

 

20160724_134208_Richtone(HDR)

Kitorang tidur satu malam jer, lain kali kalau lebih dimurahkan rezeki boleh tidur lama skit berehat. Tapi kan sebenarnya 1 malam pun dah cukup. Rasa rejuvenated. Tidur cukup, rasa cam relaks. Tenangkan fikiran tukar mood sekali sekala. Ni tangkap gambar husband illy sementara kitorang tunggu lif nak turun nak check out. Cantik tak view kat belakang tu? 

 

20160724_140536

Lepas check out, kami pergi lunch lah sebab kami check out dalam pukul 1.30pm so memang perut ngam tengah berkeroncong. Pergi makan kat mana? Tu pun nak citer juga nanti sebab sedap yang amat kedai tu. Nanti next entry illy share pasal the restaurant review pula k?

Okay tu jer lah nak share kali ni. Pengalaman kami ke Juniour Suite Room JW Marriott Kuala Lumpur. Harap korang enjoy baca post ni. Till next blogpost, dont forget to take it easy and smile!

 

 

 

 

 

 

 

* I am not paid to write this. This is our personal trip and we paid everything with  our own hard earned money.  I spent personal time and put in personal effort on this blogpost. As usual, I will test and review products or services regardless of whether they have been sent to me/paid for me or not with honesty. Unless stated so in the post or marked with an asterisk, all products featured on this blog have been bought with my own hard-earned pennies. I started this blog to give my two pennies worth of thought and have fun along the way and that is exactly how this blog shall remain.

6 comments:

  1. best nya illy, nanti nak ajak husband intan lah pula. dah lama nak berjalan alasan takda masa. ni kalau staycation 2d1n tak kan takda masa juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala kan intan? hope you and husband will have a good stay cation soon!

      Delete
  2. cantiknye bilik ek.. btw i miss u la illy.. lama tak hang out kan.. take care ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah memang cantik kak lily, itu lah illy pun rindu gak lama tak jumpa nanti kita catch up, kalau ada kat area ou nanti contact2 la illy boleh kita lunch ke teatime sama2 :) take care juga kak lily! <3 hug

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)