Visiting my nenek comel

Sep 6, 2016

 

WhatsApp Image 2016-09-06 at 14.54.27 (2)

Assalamualaikum and Olla everyone!

That is my nenek. We call her tok. Basically she is sofea’s great granma orang melayu cakap moyang. hehe Beruntung sofea dapat jumpa moyang. Illy dulu masa kecik tak sempat. Belah ayah pun tak sempat. Dapat jumpa atuk belah ayah pun sampai umur 5 ke 6 tahun pastu dia meninggal. Belah maklagi lah pula tak sempat langsung jumpa atuk sebab dia arwah masa mak illy umur belasan tahun. Belah husband illy pun dia cerita macam tu juga lebih kurang. Tak sempat nak jumpa atuk nenek belah pak mertua illy, belah mak mertua rasanya sempat tok yang perempuan jer.

illy sebenarnya jarang dapat jumpa nenek illy ni sebab dia duk kat Kuantan. Punya lah sibuk hal dunia hal kerja sampai nak jumpa setahun 2 kali pun payah. Apa punya cucu lah illy ni kan? Nasib lah teknologi dah berkembang boleh call tanya khabar nak kirim duit pun boleh bank in.. jadi masih boleh kekalkan hubungan walaupun jarang jumpa.  illy selalu rasa bersalah bila tak dapat jumpa spend time dengan nenek illy sebab dia baik n comel. Tapi apa kan daya, harap lepas ni bole buat lebih more trip melawat tok kasi dia happy.

Masa kita sibuk kejar kerjaya, kejar kehidupan di bandar.. our parents, our in laws our sedara mara semua makin tua. Jadi kalau boleh bila ada kesempatan nak spend more time with all of them sebab tak nak menyesal. Haritu before gi rumah nenek illy, sempat tidur umah mak illy 2 malam tapi lupa plak nak ambik gambar haha.. next time lah ambik gambar.

WhatsApp Image 2016-09-06 at 14.57.19

Alang- alang tu singgah gi rumah sepupu illy, kak rohai. Sempat lah ambik gambar dengan anak dia paling last. Kira ni anak sedara 2 pupu illy lah. Nama dia Mukhris. Sofea cam malu2 si Mukhriz ni baik siap nak share bola sengan sofea ajak main.

Terima kasih pada kak rohai dan mak iti sebab masakan kami nasi minyak, pastu mee kari siap dengan pudding lagi tu., Langkah kanan kitorang.

 

WhatsApp Image 2016-09-06 at 14.54.27 (1)

Alang – alang dah sampai dekat dengan Pantai. Apa lagi!! 2 kali kitorang repeat gi pantai. Lepas gian terus. Sofea memang suka bila jumpa air. Dah macam mermaid, ajak naik payah hahaha happy bila dapat spend time dengan keluarga macam ni. Tak payah nak pikir masalah dunia. Just spend good quality time together. Kan best kalau hari – hari boleh lepak pantai? Kenapa kl takda pantai??? Uwaaa!

WhatsApp Image 2016-09-06 at 14.54.27

Sofea, kenapa daddy posing cam gitu? hahaha anyway thanks to my bro sebab tolong ambikan gambar kitorang. hehe takda plak gambar dengan dia hahahaha

WhatsApp Image 2016-09-06 at 14.53.47

Antara favourite kitorang kalau dah sampai kat pantai timur mesti lah makan benda alah ni. Ikan dia fresh celup tepung memang terbaik. Manis sangat rasa isi dia. Udang pun sedap sangat. Keropok lekor tak yah cakap lah kat sini mostly dorang buat sendiri fresh terus goreng. Sedap makan hari – hari pun takpe.

 

WhatsApp Image 2016-09-06 at 14.53.47 (1)

Kamu bau apa tu sofea? tak yah nak check sangat lah hahaha.. bedal aja sedap ni

Okay tu jer lah nak share pengalaman kami balik gi jumpa nenek illy yang comel. Illy doakan korang pun akan ada banyak kesempatan melawat ahli keluarga nanti. Dah nak hujung tahun ni dah boleh la plan cuti tu. Harap next time boleh gi jumpa lagi aminnnn!

Terima kasih sebab sudi visit blog illy. Kalau rajin tinggal lah komen ke nasihat ke apa.. nanti illy visit blog korang balik. Illy rajin visit blog kawan yang dah biasa and juga kawan-kawan baru. Seronok kongsi pengalaman kongsi idea.. Yang baik yang sesuai boleh praktikan dalam hidup illy pula. Till next blogpost, dont forget to take it easy and smile!!

6 comments:

  1. i setuju pasal ikan goreng tepung tu, ni yang rindu gi area pantai timur

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay! high 5! ada geng nak buat kat rumah pun boleh tapi kena ikan yang betul2 fresh baru kick :) hehe

      Delete
  2. Replies
    1. hehehe nanti i bagi tau dia mesti dia senyum2 :) <3

      Delete
  3. Seronoknya ada nenek lg....
    Untung sofea ada moyang

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)