Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Paling Sedap dan Mudah Bahan pun tak banyak

Jan 6, 2017



Assalamualaikum and Olla everyone!


Hari ni illy nak share resepi masak lemak ayam cili padi yang paling sedap pastu mudah teramat sangat bahan pun tak banyak.



Bahan :
1) kunyit hidup - nak pakai serbuk pun boleh tapi kalau pakai yang fresh lagi kick
2) cili padi - kalau dapat yang kampung lagi power. Pakai yang watna hijau cantik nanti masak lemak tu.
3) santan - kalau pakai fresh baru perah lagi sedap.
4) serai
5) ayam
6) garam gula
7) cendawan and kentang - ni optional tapi kalau letak memang terbaik



Mula tu blend atau tumbuk cili padi n kunyit. Lepas tu masuk dalam kuali bersama santan. Tak payah nak tumis apa dah. Ni belajar tips dari orang tua2 masak lemak original tak payah tumis tak payaj bawang. Minyak tu nanti dari ayam dia keluar. Air pun tak payah banyak sebab air dari ayam akan keluar. Baru lah masak lemak tak cair. Pekat melikat.



Dah mendidih boleh masuk kentang n serai. Nak kasi kentang tu empuk potong kecik sikit cepat masak. Nanti nak makan lembut and syahdu.



Kentang dah separuh masak boleh masuk ayam. Kalau boleh biar mendidih baru masuk ayam baru juicy.



Ayam dah masak, masuk cendawan pula. Sebelum angkat letak garam n gula ikut selera.



Dah siap! Alhamdulilah. Kepedasan ikut suka lah. Kami suka makan pedas jadi letak cili lebih baru lah masak lemak kan? Seriously sangat lah mudah masak ni. Kalau yang suka pedas and lemak memang akan tambah nasi banyak kali. Illy gandingkan dengan buncis plus tempe goreng. Yang tu tak yah resepi lah kan, simple sangat tu. Tapi kalau nak gak nanti bagitau. Ada goreng ayam crunchy untuk anak illy sebab dia tak makan pedas.


Selamat mencuba. Have a good day!

3 comments:

  1. Looks so sedap!!! Looking forward for more delicious recipe from you <3

    ReplyDelete
  2. Nasib baik tak pakai bawang, kalau tak mesti pelik je.
    Pure masak lemak memang takde bawang, n tak payah tu. Simple.
    Thanks illy!

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)