Pengalaman Bersalin di Tropicana Hospital Kota Damansara

Feb 19, 2017

 

_1020176

Assalamualaikum and Olla everyone!

Lagi 2 weeks cuti bersalin illy dah nak habis dah nak kena masuk kerja balik. Sedih juga rasa nak tinggalkan anak kat nursery tapi tawakal lah sebab niat pun nak cari rezeki kan? Ni sementara baby Zandria tengah tidur illy ingat nak update blog sikit, cerita pasal pengalaman bersalin kat Tropicana Hospital.

Sebenarnya ni dah kali kedua illy bersalin kat sini, memang betul orang cakap setiap moment bersalin tu memang berbeza tak kisah lah bersalin berapa kali pun. Kalau nak baca pengalaman bersalin illy yang first masa dengan Sofea dulu boleh baca kat sini . To be honest illy sebenarnya tak kisah sangat nak bersalin kat mana, yang penting selamat and baby sihat tu dah sangat bermakna bagi illy. Cuma suami illy yang insist illy beranak kat Tropicana ni jadi illy turutkan jer la. Antara sebab nya dekat dengan rumah. Tak sampai 10mins. Dia takut illy beranak dalam kereta ke or kat parking ke kang dia panick tak tahu nak buat apa.

Dengan Zandria ni illy mengandung lebih 10 bulan. Sabar jer la hahaha… dia tak nak kuar syok sangat duk dalam perut. Sabor jer la. Tapi ada lebih 2 kali illy kena false alarm. Masa tu macam dah start contraction. Illy timing pakai contraction apps. Dari 10mins gap pastu 5 mins gap masuk 2mins gap terus gi hospital tapi rileks jer sampai hospital contraction jadi irregular hahaha

Dia buat prank plak dah.

_1020178

Pastu macam dah malas nak layan dah. Until the real moment came. Illy masa tu dah 2 hari kejap ada kejap takda contraction. Pattern irregular. Pastu dah masuk 2mins interval sakit contstant terus la suami illy bawa ke hospital lagi. Kali ni betul. Okay bermula la illy duk labour room menunggu saat nak jumpa baby Zandria. Illy tak ambik any pain killer sebab memang dari mengandung illy banyak baca pasal gentle birthing. Jadi cuba la  breathing technique dah juga the gentle birthing hyonosis segala bagai.

Sakit tu memang sakit la, tapi sebab dia macam ada gap kejap sakit kejap tap so okay lagi boleh tahan. Alhamdulilah my pain tolerance agak high. Tapi lepas 24 hours still opening kecik sangat, contraction dah bagai nak rak. Pelvic dah ambik kedudukan dah buka tapi vaginal opening tu sangat kecik.

Masuk 48 hours dalam labour room, doc suggest induce. Bermula lah sangat sakit yang amat sangat tuhan jer la yang tahu. Tapi sempat lagi tu tengah tahan sakit boleh gelak2 berlawak dengan husband tu. Bila kita happy tu kan badan ada produce endorphins. So, boleh bantu reduce anxiety tu yang tenang sikit nak beranak. Sepanjang menahan sakit tu memang no pain killer what so ever. Illy kalau boleh teringin nak beranak natural. Sebab dah pernah ceaser dulu ya rabi tuhan jer tahu sakit lepas operation tu nak bergerak payah nak baik pun lambat.

_1020183

Ni masuk ubat nak induce untuk encourage bukaan. Tak menjadi juga.Not responding.

Tapi tu lah kita plan, Tuhan juga yang tentukan. Doc cakap dah tak boleh nak delay lagi dah. Best to opt for cser operation sebab dah lama sangat illy contraction. Dah bagi peluang banyak lagi pun illy overdue. Sedih sangat tak dapat merasa nak bersalin normal. Tapi takpala redha pasti ada hikmahnya.

_1020179

_1020181

Anyway, masa admission tu macam biasa pihak hospital bagi toileteries set. Ada tuala, pastu ada berus gigi, ubat gigi, sikat, shampoo dan sabun badan.

_1020177

Ni masa kat labour room, sempat minta husband pergi tapaukan nasi pastu nak subway. Sementara belum start pantang belasah jer la hahaha .. Berdating lah kami berdua makan dalam labour room, sementara tunggu baby keluar haha tapi tunggu2 tak kuar plak lagi.

_1020174

_1020180

_1020193

_1020203

Kat Tropicana Hospital ni makanan dia okay, sedap ada selera lah nak makan. Cuma tengah tahan sakit kan bukan pergi bercuti jadi takda lah nikmati sangat makanan. Nanti kalau korang bersalin kat sini dia ada bagi borang daily untuk tick apa makanan korang nak. Actually banyak pilihan dia bagi, menu takda lah sama jer hari. Banyak bertukar so tak bosan. Nak nasi putih boleh, nak brown rice atau bubur or carbs jenis lain pun ada. Good varieties.

Eh sambung citer beranak, citer pasal makanan plak dah.. terpesong ni hahaha.. Okay masa berfore masuk operation room, memang banyak tawakal dan berdoa. Yer la ceaserian ni adalah one of major operation. Belah perut nak kuarkan baby. Bukan cabut gigi.

Kena sign segala document, pastu nak kena cucuk ubat anaesthetic. Ada banyak jenis, illy tak ambik epidural tapi lupa plak nama ubat yang doc cakap aritu dia cucuk kat spinal. Masa tu separuh badan kebas prepare untuk nak bedah. Masuk bilik bedah teramat seram. Alhamdulilah suami boleh ikut masuk. Jadi ada semangat skit kan. Sepanjang kena bedah tu memang illy ikut jer doa yang johan baca. Bagi tenang. Tak lama lepas tu alhamdulilah baby keluar. Yeay!! Dah siap basuh semua, Johan gi azan kan baby Zandria. Bersyukur teramat sangat diberi peluang jadi ibu sekali lagi.

_1020200

Ni pic dah keluar labour room, dah masuk bilik hospital. Sebab dalam labour room tu memang tak boleh pelawat kecuali husband. Dah siap bersalin dan masuk bilik hospital baru keluarga and kawan boleh visit.

Bil hospital pula murah sikit compare dengan masa bersalin si Sofea Eliza 3 tahun lepas. Illy tak nak post bil kat sini nanti kena salah anggap pula. Tapi kalau korang nak tengok untuk buat planning kalau nak bersalin kat tropicana, boleh email or inbox fb illy. Nanti illy bagi pic bill. To be honest, harga dia okay berpatutan dengan servive yang diberi. Doc pun baik professional, Nurse pun very nice. Parking pun tak susah sangat. Ada daily pass RM5 sehari. Kelengkapan pun bagus. Hospital pun bersih. Paling penting bagi illy dekat dengan rumah and dah biasa dengan Dr. Nurhazinat Yunus. Kami memang prefer doctor female muslim. Then again korang punya preference sendiri lah.

_1020551

Ni lah dia my baby Zandria Eliza. Kakak dia punya lah happy dapat jumpa adik. Nak tengok more details pasal pengalaman bersalin illy dan juga first moment Sofea jumpa dengan adik Zandria boleh lah tengok video kat bawah ni k?

 

Okay tu jer la nak share kali ni. Harap bermanfaat. Till next blogpost, Insya Allah

4 comments:

  1. Alololo comelnye baby Zandria posing, nnti jmpe auntie amek bau baby Z simpan dlm botol ek, hehehe =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. we all cant wait to see you babe!! <3 <3 <3 kalau berjaya ambik simpan dalam botol bau tu i nak gak sikit buat kenangan sebelum dia masyammm hahahaha

      Delete
  2. comelnya baby.scary jugak bersalin ni kan. airah fikir jugak seronok ada baby semua tapi nak tempuh benda ni scary sangat !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab singgah blog illy, Shesyira 😊 alhamdulilah settle dah n baby pun sihat hehe.. takpe jgn risau insya Allah dipermudahkan. Mak2 kita dulu pun lalui benda yg sama 😊

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)