Pengalaman ke Kuching, Sarawak bersama Keluarga

May 22, 2017

 

0014-DSCF5467

_1030587

Assalamualaikum and Olla everyone!

Kali ni illy buat entri recap pengalaman kami sekelurga bercuti ke Kuching Sarawak. Actually ticket memang dah beli dari masa illy mengandung masa tu plan lah lepas beranak Zandria kira nak bawa family berjalan. Kalau ikutkan kami memang suka plan awal jadi ada masa nak kerja keras kumpul budget bawa berjalan pastu boleh plan ada yang perlu. Ada cam berdebar juga sebab risau si Zandria ni baru masuk 4 bulan boleh ke naik flight tu nanti tak nangis ke. Masa sofea dulu pun paling awal naik flight gi bangkok dia 6 bulan. Agak serik juga sebab Sofea memang jenis baby yang manja so anything buat dia tak selesa dia nangis jer terus. Bayangkan nak dekat 2 jam ke bangkok sepanjang perjalanan menangis. Rasa bersalah kat penumoang lain fuhh…

Alhamdulilah turn bawa Zanria semua okay. She is such an easy baby. Dia tak menangis langsung. Chill jer sepanjang masa. Kakak dia si Sofea tu memang tak boleh nak cakap apa dah dia memang jenis active so layankan jer la. Besarkan 2 anak yang personaliti berbeza. Anyway, ticket beli awal sebab boleh secure harga promo. Total harga ticket untuk kami satu keluarga 2 dewasa 1 kanak dan 1 bayi pergi balik RM670.

_1030595

Kami decide tidur kat Hilton Kuching sebab location dia memang menarik. Dekat dengan waterfront dan juga betul tengah bandar nak ke mana jalan kaki jer. Jasdi tak perlu sewa kereta lama sangat. Kami sewa sehari pun dah cukup. Kat kuching pun ada uber dan taxi jadi nak berjalan tak nak sewa kereta pun boleh jer.

Kami stay kat Hilton 3 malam ambil bilik King Hilton Room. Total untuk 3 malam termasuk tax RM901.63 jatuh satu malam RM300. Dulu masa zaman belum ada anak travel tidur hotel budget pun okay takda masalah tapi kali ni cuba terbaik bagi keselesaan pada anak tu yang kami decide tidur kat sini. Actually depan Hilton ni ada Tune Hotel, so kalua korang nak option murah sikit boleh survey rate Tune Hotel atau Pullman. Pun berhampiran juga lokasi dia.

_1030605

_1030629

Overall selesa kami bermalam kat sini, walaupun hotel dia bangunan lama tapi well maintained. Illy ada tulis full review pasal hotel boleh check kat sini kalau berminat. Baby cot pun boleh request no extra charges sesuai sebab ada anak kecik. Sofea tidur kat lantai kami lipat2 comforter kasi tebal selesa untuk dia pastu adik letak dalam cot. Settle.

 

_1030624

Sampai jer bukan main posing gedik mak ayah nyer LOL

 

_1030648

_1030656

_1030657

Antara tempat makan paling special kat Sarawak ni TOP SPOT Seafood, local dan tourist banyak datang sini.Kami pun memang dah aim nak makan seafood sebab kat sini memang harga murah compare dari kl. Makan macam-macam jenis seafood harga dalam RM100 tu dah termasuk ketam apa semua tau. Illy and husband memang dah sakan makan, tiga malam kami kat kuching, 3 malam juga bantai makan seafood kat Top Spot ni. Ada juga tulis pasal Top Spot seafood ni kalau interested nak tahu apa kami order pastu berapa anggaran kot lah nak buat planning before datang nanti kan? Boleh check out link kat sini. Paling penting jangan lupa order midin. Tu sayur special ada kat sarawak jer, boleh order masak belacan atau goreng garlic.

_1030728

Boleh try ayam pansuh kalau sampai Sarawak ni makanan tradisi kat sini. Dah sampai kena cuba. Kami try uishhh… sedap rasa macam tom yam skit pun ada rasa herbs dia tu. Sedap, si Sofea memang suka sangat setengah buluh ni dia belasah sorang.

_1030674

_1030689

Masa kami kat Sarawak hari tu memang dah planning awal nak buat family photoshoot so kitorang dah booking arrange siap dengan photograher. Kami deal dengan Eric. Rate dia pun amat berpatutan, photographer memang baik pastu siap hantarkan kami balik dari museum tu. Memang seronok lah session dengan Eric. Kalau korang berminat illy memang highly recommend service photography from Eric. Boleh contact dia melalui Fb. Ni link dia. 

0002-_EAP9722

0006-_EAP9727

Cantik kan bangunan dia? Excited nak gi photoshoot dengan anak, kami pilih lokasi museum Sarawak sebab banguan lama so ala rustic sikit. Sambil boleh bawa anak berjalan. Before proceed pergi photoshoot kami gi brunch kat James Brooke Cafe & Bistro. Pun ada tulis juga kalau interested boleh check it out kat sini.

_1030701

_1030711

Lepas habis jalan kat museum kami ke waterfront pula. Kalau pergi sini mesti nampak bangunan Adun ni. Tersergam cantik. Tepi tu boleh lah nak naik bot ker. Dorang ada cultural show atas cruise kalau berminat. Illy teringin nak naik sunset cruise tu pastu tengok show kebudayaan tapi time kitorang pergi tu penuh lah plak sebab ada event. Dia suh datang next day. Masalah nyer next day kami dah ada plan awal nak ke Damai. Damai ni jauh sikit jadi kena sewa kereta. Ke mana pun mesti teringin kaki ni nak jejak pasir pantai, lagi anak illy yang first tu memang suka sangat mandi pantai. Jadi nak juga tengok Pantai Damai kat Sarawak ni macam mana. Alang – alang dah sampai kan?

Damai tu jauh juga dari main kuching kena naik kereta dalam 45 minit. Kami on gps kat phone jer mudah. Ada kes sikit kat Damai tu, japgi citer. Kesimpulan nyer tak merasa kami nak naik cruise tengok sunset kat waterfront LOL

Biasa lah bila dah travel ni memang akan ada menda unexpected jadi, itu dan ini most important kita have fun dengan family. Bila ada menda yang tak ikut plan ni yang sebenarnya buat kenangan hahaa

_1030705

Dah sampai Sarawak jadi tak sah lah tak bawa balik kek batik. Kami baca review banyak yang suruh pergi satu tempat special Kek Sarawak tu, Tapi kami macam rasa nak try tempat lain. I mean nak support pengusaha lain pula. Depan water front tu banyak kedai shop lot sepanjang jalan ada jual kek batik. Boleh la try yang mana suka. Harga memang murah compare dari kat KL. Sini kek batik start harga RM10 and kalau beli banyak dapat free lagi ada macam package dia.

_1030706

Kalau beli banyak mereka boleh tolong packing senang nak bawa naik flight. Kalau kat kl pastu nak repeat order kot lah nak buat hidangan nanti raya nak dekat kan? Boleh order ws jer. Ni illy bagi contact pakcik Fauzi, Kek batik dia sedap and banyak choices. Perasa oreo ada, blueberry ada macam – macam lah. Nak order terubuk masik pun boleh nanti dia pos kan.

 

_1030746

_1030747

_1030749

_1030752

Kami pun ada cuba makan nama dia Warung Nusantara. Ada jual mee kolok. Rupanya mee kolok ni dia punya sup tu pakai sup ekor…wahh terkejut husband illy. Dah la portion banyak pastu sedap harga berapa? RM7 sekali dengan sup ekor tau jangan main- main. Datang Sarawak kali ni memang puas makan.

 

_1030759

_1030767

Sakan sofea. besar mulut buka nak makan ice cream.. hahaha.. dia tu jarang dapat makan ice cream ayah dia strict kalau pasal junk food. Tak nak sugar rush. Yer la karang dia sugar rush pastu penat dah penat kang mengamuk. Jadi kita cantas siap. However, time bercuti kasi longgar la sikit rule. diapun dah 3 tahun dah boleh la longgar skit tang food consumption.

 

_1030771

_1030773

Nak dapat kan kereta sewa kat Sarawak ni banyak dugaan juga. Sebab kami dah sampai baru nak booking kira orang pun dah penuh kebanyakan. Alhamdulilah dapat juga sewa. Kami dapat avanza rate pun okay. Kalau nak boleh contact en. Hadif at +60138019883 Click His FB  Service dia bagus siap anta kereta ke hotel pastu drop kat airport before balik.Dia jenis tak berkira and baik. Puas hati deal dengan dia. Alhamdulilah, rezeki nak bawa anak ke Damai Laut. Damai laut ni betul depan cultural village. Share tempat parking yang sama. Jadi kalau parking nak pergi cultural village boleh direct gi damai laut. Journey 45 minit. Pemandangan berbaloi trip.

 

_1030774

_1030775

Harga ticket masuk Kampung Budaya Sarawak atau cultural village ni agak mahal lah sikit. Ni pendapat kitorang lah sebab kami berdua dah RM120 + 6% gst lagi. Boleh 2 kali makan seafood tu hadoi haha.. Tukami keluarga kecik kalau yang satu  family 5 orang semua dewasa berapa ratus dah kat sini. Ni tulis awaljadi korang plan dulu sebelum nak gi ke tak nak. Sebab nak gi sini dengan nak kena sewa kereta lagi tu semua nak kena kira. Tak syorkan ambik uber ke sini, sebab tang pergi tu okay tang balik tu kang kalau buatnyer takda uber nak ke bandar balik haaaa kan satu kes.

_1030777

_1030781

Kalau anak dah lebih 12 tahun dah paham nak study pasal kebudayaan then boleh bawa, tapi kalau anak cinonet sorang 4 bulan yang sorang 3 tahun macam kami ni illy suggest skip jer la kampung budaya ni lebih sesuai tunggu anak besar skit. Bukan apa tempat ni banyak berjalan, banyak naik turun tangga. Tak sesuai bawa stroller. Kami pergi sini tinggal stoller dalam kete sebab dah boleh agak, tapi tengok tu anak meragam. Dia penat pastu panas yang mak nyer dah penat nak dukung adik. Daddy dukung, dia pun nak dukung. Kesimpulan nyer Sofea merajuk. Nasib ayah dia tak jadi hulk time tu. Tips, kalau bawa anak kecik spare payung sentiasa. Hujan or panas boleh prepare.

_1030785

Nampak buai okay balik mood dia. Budak, cepat merajuk cepat tu lah mood dia okay balik. As an adult, illy banyak belajar pasal kebudayaan kat sini. Jenis rumah berdasarkan kaum dan macam – macam lah belajar. Sebab setiap rumah tu dia ada guide yang bagi explaination. Boleh tidur homestay juga kalau nak lebih lagi pengalaman. Kitorang memang tak lah kan nak adventure sangat dengan bawa baby nyer lagi.

_1030788

Pantai Damai Laut. Ada tempat food court tepi pantai kalau lapar boleh makan kat sini. Tapi kitorang punya hati dah terpukau dengan Top Spot Seafood so kami tak makan berat kat Damai Laut. Simpan perut, beli snack jer sikit kepak ayam grill pastu ada jajan makan dlaam kereta isi perut before balik ke hotel. Dah bawa baju mandi budak-budak ni tapi petang tu redup cam ni tak lama tu start hujan renyai. Dah travel 45minit sanggup sewa kereta sampai kat pantai HUJAN. Tu nama dia ketentuan Allah, macam mana dah plan ada halangan kita redha. Budak kecik mana nak paham, bertambah lah frust sofea tak dapat main pantai.

 

_1030789

_1030797

Tu dia… makan, then makan macam mana lah badan tak macam belon haahaha.. takpe lah nanti urus anak hari – hari kerja siang malam kurus lah balik tu. Sedap kan hati.

_1030801

_1030817

_1030824

Nasib kat hotel ada swimming pool. Esok pagi before check out bawa juga Sofea dengan adik dia main air. Terus lupa semalam punya merajuk. Happy lah dia dapat juga berendam.

 

_1030878

Ni before pulang kereta kat airport. Sempat posing. Alhamdulilah semua berjalan lancar. Boleh kira berjaya lah kami bawa 2 orang anak berjalan. Pengalaman and for more trip to come insya Allah. Okay tu jer la nak share kali ni. Illy harap korang terhibur dan dapat manfaat dapat tips and mudahkan korang punya planning pula next time kalau nak ke sini lepas baca pengalaman kami. Terima kasih sudi singgah blog illy. Till next blogpost k?

1 comment:

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)