Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi CONFIRM SEDAP dan SENANG

May 28, 2017

20170528_192227

Assalamualaikum and Olla everyone!

Alhamdulilah dah masuk ramadhan yang ke 3. Bulan ramdhan ni bulan yang banyak dijanjikan pahala. Jadi illy sebagai isteri kalau boleh nak cuba masak tiap – tiap hari untuk suami and anak illy sebab ganjaran memberi makan kepada orang berpuasa ni sangat lah tinggi. Walaupun anak illy kecik lagi tapi illy nak bagi dorang merasa suasana puasa. Tak sura lah dorang paham ke tak. Buat masa ni kecik sangat lagi nak bawa tarawikh tak sabar tunggu dorang besar nak bawa gi solat sama – sama.

Anyway, talking about masak untuk berbuka illy ada masak Udang Masak Lemak Cili Padi. Mula tu ingat kalau ada jual udang galah sedap juga kalau ada belimbing buluh kan. Tapi duk bandar ni mana boleh memilih sangat. Tengok lah apa barang yang ada jual yang tu lah beli. Ikut musim. Sebenarnya husband illy yang teringin sangat nak makan masak lemak.

Pergi beli tu jumpa udang xl, okay lah dari takda. Bukan apa, udang kan jenis kecut kalau kita masak tu yang kalau boleh beli yang besar nak masak lemak puas hati sikit makan. Sambil beli barang tu jumpa pula rebung waduh waduh… Tu yang illy nak share resepi Udang Masak Lemak Confirm Sedap no hahaha.. Kot lah bagi korang idea apa nak masak untuk berbuka nanti kan.. Dapat lah illy pahal secuit dua. amin!!

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi Confirm Sedap dan Senang

20170528_153706

Bahan Bahan :-

Udang 500 gram

Santan Perah – yang fresh lagi sedap, tapi kalau takda yang kotak pun boleh

Cili padi – ikut nak pedas mana

Kacang Panjang – Potong 2 inchi

Kunyit Hidup – 2 inci

Serai 2 ulas – Ketuk

Rebung – Kalau ada best kalau takda pun takpa

Garam dan gula secukup rasa

20170528_154741

Cara – Cara nya :

1.  Blend atau tumbuk Cili padi bersama kunyit hidup. Kalau guna kunyit hidup sedap kalau takda yang sebuk pun okay, cuma kalau boleh elakan pakai yang serbuk tu sebab banyak pewarna. Pakai yang original lah bagus untuk kesihatan.

2. Letak periuk atas api, masuk santan dan cuba bahan kunyit hidup dan cili padi yang dah kisar tadi.

20170528_155013

3. Pastu masuk serai yang dah di tumbuh dan juga rebung yang dah di cuci.

20170528_155233

4. Kemudian masuk kan Kacang hijau panjang.

20170528_155625

5. Mengelegak last sekali baru masuk udang, gula dan garam secukup rasa. Jangan masuk udang awal sangat. Nanti jadi kecut dan kurang manis. Kalau boleh masa mengelegak tu masuk udang pastu tutup api. Gaul, biar kepanasan kuah tu yang masakan udang.

20170528_155655

Dah pun siap. Senang kan? Mudah yang amat sangat. Rasa pun thumbs up. Ni bukan puji diri sendiri. Ni husband illy yang puji hahahaha sempat lagi LOL Okay tu jer la nak share kali ni. Bahan pun tak banyak, kalau malas nak masak lauk lain yang ni pun dah cukup. Ada protein ada veggies semua lengkap. Makan dengan nasi panas PERGHHHHHHHHHH… Selamat Mecuba!

Bulan puasa ni illy akan cuba sedaya upaya share resepi dengan korang. Kot lah kita boleh share – share idea nak masak apa kan?

1 comment:

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)