Seafood Sedap Fresh Murah Berbaloi di Sarawak | Medan Tempat Kereta TOP SPOT Seafood |

May 1, 2017

 

_1030650

Assalamualaikum and Olla everyone!

Illy and family baru balik dari Kuching, Sarawak and macam biasa illy akan share apa yang menarik so that next time kalau korang pulak plan nak pergi mudah la sikit boleh dapat idea ke kan? Kami sekeluarga memang dah target kali ni pergi Kuching Sarawak nak enjoy makan seafood dan juga spend time dengan keluarga. Cerita penuh pasal trip bakal menyusul, hotel review dan video vlog pun bakal menyusul. Nak mula kan cerita pasal seafood dulu.

Kami semata pilih tidur hotel tengah town sebab dekat nak gi tempat makan ni. Antara yang paling famous kalau di Kuching Sarawak. Nama dia Medan Tempat Letak Kereta Top Spot Seafood. Memang betul top spot sebab ramai orang datang dari jauh sebab nak makan kat sini. Lokasi dia satu bangunan dengan UTC Sarawak. Kalau dari waterfront pun tak jauh less than 10mins. Kami siap jalan kaki dari hotel dalam 6 mins sampai. Sekarang dah ada google maps click2 ikut jer guide sampai.

Tips, kalau boleh pergi lah hari bukan cuti sekolah atau pun bukan weekend. Memang nampak berbezaan crowd. Kami sampai hari khamis, punya lah sedap dan murah makan kat sini kami straight 3 malam makan seafood. hahaha yer la bukan selalu kan? Alang – alang dah sampai karang dah balik kl menyesal plak tak makan puas – puas.

_1030648

Top Spot ni lokasi dia tingkat 6 paling atas di bangunan UTC Sarawak. Tips, kalau bawa stroller nak naik lif tapi padat, boleh start tunggu lif dari tingkat 1. Kalau pergi tingkat 2 or 3 baru nak tunggu lif, sila kan tunggu lama sebab lif akan sentiasa penuh. Kalau tak bawa anak kecik or orang tua, naik tangga jer la. Excercise, jap lagi lagi pun nak makan kan?

_1030659

Macam ni lah ambiance Top Spot Seafood Restaurant. Tips lagi, kalau boleh pakai baju selesa, longgar and tak tebal. Ni gambar hari khamis tau. kalau hari jumaat or malam sabtu teramat padat. Kalau boleh datang awal kalau nak secure tempat duduk. Kat sini benyak kedai berderet memang core dia jual seafood. Illy try 2 kedai, Satu nama Ling Long Seafood and satu lagi Ah huat Seafood. Ada chop halal kat signboard,

_1030652

_1030651

Antara jenis seafood yang ada, tengok tu besar mana dia punya clam? ni clam gergasi ke apa ni? Dah nak dekat sama size dengan senduk. 

_1030653

Ada ketam mud crap atau nak ketam bungan pun ada. Kami ambik mud crab ni lah sebab paling fresh.

_1030657

Udang galah ada, makan sorang tak habis. Lagi besar dari penumbuk.

_1030658

Udang paling cikai pun besar gedabak. Like seriously, dah la fresh pulak tu masak apa pun sedap sebab manis ya ampun.

_1030655

Antara selection of seafood, mussels pun ada tengok lah tu sihat size dia tu.

_1030656

Kalau dah sampai Sarawak, wajib try midin. Midin ni nama sayur yang hanya ada di sini. Rupa dia ada macam pucuk paku pakis sikit, rasa pun nak dekat sama tapi yang special dia memang dorang ambik pucuk dia sahaja. Memang lembut nak kunyah tu, kalau paku pakis kan ada part yang keras tu kan pastu dia macam ada daun – daun kan? Yang midin ni pucuk pastu ish.. memang sedap lah. Kalau tak try midin macam tak sah lah trip ke Sarawak. Korang boleh try minta dorang buat midin goreng belacan atau pun nak midin goreng garlic pun boleh.

_1030654

My husband punya sengih pilih lauk LOL pergi bantai 3 hari berturut makan seafood tak ingat dunia, pastu balik kl bising apesal baju kerja tak muat HAHAHAHA tu lah.. takpe lah kan? Bukan selalu once awhile reward diri after penat cari rezeki.

 

_1030718

_1030719

_1030720

_1030723

Ni antara menu kat sana mana tau boleh jadi panduan korang nak idea nak order masak jenis apa. harga ni masa May 2017 tau. In the future naik ke turun lebih kurang itu lah, jenis ikan pun macam – macam. Kami selalu order siakap tapi datang sini cam tempted plak nak try rasa ikan jenis lain. Nak tengok apa yang kami order? Illy dah asingkan kat bawah ni ikut 3 hari punya turutan. Illy masukan harga sekali korang akan terkejut dengan harga dia, seriously apa yang kami order ni sebenarnya cukup untuk 5-6 orang makan. Kami sekeluarga 2 orang dewasa and 1 kanak – kanak (baby zandria tak kiralah dia bukan boleh makan) memang terlebih dari  cukup, siap boleh tapau bawa balik hotel makan repeat untuk supper tengah makan lagi.

Husband I sebenarnya seorang yang kuat makan, i pun dah terikut, tapi i nak kena control lah juga kang risau gedempul illy makan sayur lebih, pastu anak illy yang 3 tahun sofea tu pun bukan main lagi berlumba dia dengan ayah dia dalam upacara menyuap. Kalau orang lain ada masalah anak makan memilih, sofea ni lain, semua bedal semua nak try, sampai kan yang kita cakap pedas pun sibuk nak try gak tu tak percaya. tak nak miss out!  Bagi rasa terus buat muka dia menyesal, tu la dah kata pedas tak cayer. LOL  Dah tak yah nak banyak cakap, kita terus kan acara.

 

 

DAY 1 :  Ling Long Seafood, Top Spot Kuching, Sarawak

_1030664

Midin Goreng Belacan – Sedap Makan hari- hari pun takpe. ni portion small tau, tapi tengok tak kedekut dorang letak.

_1030665

Sup Timun Laut also known as Sea Cuccumber soup. Pun sedap ada rasa jeli – tu penuh kolagen ni. Must try juga kat Sarawak.

_1030666

Risau Sofea takda lauk kami order lah telur dadar. Sekali ambik telur dadar dia tak macam kat semenanjung. Besar, tebal penuh isi. Dalam tu siap ada mushroom, carrot segala tau. Tu comparison size bukan sudu kecik, tu sudu besar yang buat ceduk lauk tu. Cuba tengok size telur dadar dia.

_1030667

Kami order udang butter milk, sedap amat sangat!! menyesal tak repeat order.

_1030669

Pastu ambik juga ketam masak kam heong, Total semua sekali nasi 3 pastu RM90. YES! percaya lahhhh.. kami pun rasa cam betul ke ni kenapa? mengapa? bagaimana? Kalau kat kl harapan lah kan? Ketam sahaja 2 ekor dah cecah 3 angka. Macam mana kami tak meroyan makan seafood kat Sarawak ni?

 

DAY 2  : AH HUAT SEAFOOD, Top Spot Kuching, Sarawak

_1030727

Kat belakang tu midin goreng garlic, husband i suka goreng garlic dari belacan. I pula suka goreng belacan, korang pilih nak mana pun okay sebab midin tu memang fresh. Pastu dah sampai Sarawak kena lah order ayam pansuh yang masak dalam buluh. Rasa dia macam ada rasa tom yam skit, pedas masam manis tapi tak sepedas tom yam sebab sofea pun selamba makan, pastu dia ada sayur herbs illy tak kenal lah plak sayur apa tapi lembut memang ngam dengan ayam tu. Ada bungan kantan sikit pun buat lagi aroma ayam tu. Sebekas camni RM20 kira okay lah kan? Dorang bakar buluh kot, dapat rasa masakan traditional Sarawak. Kedai dia yang jual makanan traditional ni ada kat tengah food court, dia kan ada orang datang jalan2 tanya kita nak ke tak, so kita duduk kedai mana pun boleh order ayam pansuh ni.

_1030730

Udang besar masak telur masin, style telur masin dia cam ada telur biasa gak campur goreng stir fried.

_1030732

Kami pun order sotong goreng tepung.

_1030733

ni ikan kerapu steam soy sauce and ginger.

_1030735

Udang galah bakar with garlic, illy recommend order yang ni. Tapi satu soalan bahagian biru tajam tu camne korang makan? Kami makan semua bahagian tapi sampai part tajam biru tu tak reti nak buka. Okay total damage untuk semua lauk makan malam hari kedua adalah RM120. Tolong lah percaya.

 

 

 

DAY 3 : LING LONG SEAFOOD, TOP SPOT Kuching, Sarawak

_1030789

Third night malam paling last  kami sebelum balik kl esoknya, ada jer alasan kan kalau nak order makan. nak sedapkan hati. DI ulangi bukan selalu macam ni, sekali sekala. Okay malam terakhir kami cam dah tak tahu nak order apa sebenarnya. Atlast, order siput sedut masak pedas cili kering.

_1030790

Udang besar masak nestum, pun boleh korang nak order illy recommend juga masak nestum ni. Ada rasa sweet butter tapi salut nestum. Kat semenanjung jarang jumpa udang masak macam ni.

_1030792

Sotong goreng telur masin. Portion dia memang banyak, seriously illy cakap 5-6 orang makan pun boleh. Bayangkan kalau bill RM120 bahagi 6 orang dalam RM20 sorang okay lah kan share2 makan sedap macam ni.

_1030793

Midin goreng garlic. Tulis pun terliur teringat betapa sedap nya midin ni. Memang bakal repeat lagi pergi Sarawak ni insya Allah.

_1030795

Udang bakar. portion kecik pun sampai 13 ekor dia bagi. Kebanyakan kat sini harga ikut berat.

_1030797

Ni pula oyster pancake. Kalau orang minat oyster memang heaven lah makan ni. Dia macam piring astro skit. Rasa dia punya tepi tu macam keropok crunchy kena makan time panas. Lebih 20 ketul oyster kat atas tu. Memang puas lah kalau suka. Tengah tu macam ada dipping ala sos masin. Illy suka cicah kicap cili padi jer. Tapi ikut tekak korang lah suka macam mana. Okay, kali ni total dia RM125

Kesimpulan dia, kalau korang teringin nak makan seafood fresh, murah, berbaloi dan sedap sila lah book ticket pergi sarawak. Cuti – cuti malaysia. Sekarang ni pun currency kita tak berapa best kalau nak gi luar. Rugi value dapat sikit, kang dah bercuti tapi tang makan nak kena sekat and catu sebab nilai duit rendah. Jadi illy sarankan korang pergi cuti- cuti dalam Malaysia. Lagi enjoy, boleh bantu gerakan ekonomi dalam negara, support local business sambil bawa anak berjalan tengok negeri – negeri dalam Malaysia. Nak cari makan halal pun tak susah bila bercuti dalam negara. Okay tu jer lah nak citer kali ni, next tunggu video vlog youtube illy siap pastu illy update lagi k? Jangan lupa follow kat fb page illy and youtube boleh illy bawa korang berjalan kat tempat lain pula.

Till next time! terima kasih sudi singgah.

7 comments:

  1. Tergodanya tgk semua makanan.nampak sedap.airah memang suka seafood ni.kena plan pegi nanti tp kena kumpul duit dlu la haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kumpul duit lama2 jadi bukit <3 illy doakan Shesyira murah rezeki pastu boleh gi jalan2.. amin2 nanti ada sale flight ticket cepat2 book :) have fun!!

      Delete
  2. Mmm should try out the Ambal as well! But the rest of the menu is good enough alreadyyy :DD

    www.hanablurbs.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak apa yang sedap ambal tu syaza? nanti nak try lah :) hehe

      Delete
    2. hehe, banyakkk. ada yg masak kering pakai cili, sambal gitu. Tomyam or sup pun best gak

      Delete
  3. Did you tried Laksa Sarawak & Mee Kolok? It's yummeh!

    ReplyDelete
  4. Did you tried Laksa Sarawak & Mee Kolok? It's yummeh!

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)