Pengalaman ke Fraser Hill, Pahang

20170609_163250
Assalamualaikum and Olla everyone!!
Ada tak rasa macam serabut pastu nak pergi tempat tenang, udara segar, pokok dan bunga banyak, sejuk paling penting takda line internet sangat? Bagi illy satu family kan kekadang tu ada perasaan macam serabut banyak sangat nak terkejar nak buat itu lah ini lah tak habis – habis. So, haritu kami husband and wife decided ambik cuti 2 hari (khamis jumaat) terus sambung ke weekend untuk pergi ke Fraser Hill Pahang.
Mula tu ada terpikir nak pergi tepi pantai, tapi ni bulan puasa cam tak sesuai ke Pantai. Karang anak nak mandi kita mesti nak kena teman kan. Kali ni plan dia nak rehat, nak spend time dengan anak-anak dan juga kira macam internet detox lah.
20170608_132813
Pergh… cantik tak? Ni empangan tepi jalan on the way pergi Fraser Hill. Memang tempat must stop kalau nak ambik gambar. Illy pernah dah pergi 8 tahun lepas so dah boleh agak2 lah kat mana nak pit stop. Jarak nak ke Fraser Hill dari rumah kitorang within 2 hours journey. Tak jauh mana, cuma jalan dia tu masyaAllah lengkang lengkok. Kalau tak tahan mabuk memang boleh muntah. Sebab dia landai tapi banyak betul corner dia. Korang cer tengok kat google map, haha road dia camna baru korang paham apa illy cakap. Tips : kalau korang jenis cepat pening/mabuk sila makan motion sickness punya ubat. Macam ubat mabuk laut tu. Makan sebelum gerak jangan dah sampai baru nak makan tak jadi lah effect dia tu. Gi cari kedai sensei ada jual. On the way pergi tu anak-anak illy tidur so okay jer lah. On the way balik tu Sofea muntah dalam kereta.. mengucap panjang si Johan hahahaha
illy nak share sikit sejarah tentang Fraser Hill ni, mula nya adalah tempat melombong biji timah. Zaman british dulu, nak tahu macam mana boleh dapat nama Fraser Hill? Sebab ada seorang mat salleh dari scotland nama dia Louis Fraser Hill dia hilang kat bukit ni masa tengah sibuk cari port nak lombong biji timah. Tu yang nama lekat jadi Fraser’s Hill. Tahun 1913 biji timah pula dah habis kat sini so after that slow lah sikit growth tempat ni. Tak lama lepas tu tahun 1917 Kerajaan British and juga Kesultanan Pahang develop tempat ni jadi tempat peranginan. Bayangkan dah berapa lama bangunan banglow apa semua kat sini? Memang kaya dengan sejarah. Di Fraser Hill ni juga ada golf club antara yang terawal kat Malaysia.
_1050002
Kat sini ada few hotel and bangalow yang korang boleh decide sendiri. Kami pilih nak tidur kat Shahzan Inn sebab dia macam center depan pulak golf range jadi view tip top. Harga pun berpatutan. Satu bilik start dari RM160 ke atas. Tengok jenis bilik, dan current rate pastu boleh booking terus. Click kat sini Tak payah deposit apa pun, sampai baru bayar. Sekali free breakfast tapi masa kami pergi bulan puasa so jadi free sahur.

Ni illy sediakan search box, senang nak booking terus. Serious best gi tempat tenang, hilang semua stress kesibukan. Memang tenang yang amat, macam detox mental, jiwa semua lah. 
Booking.com


_1050007
_1050014
_1050016
Wifi ada kat kawasan lobby and juga kat restaurant dia. Bilik jauhmemang tak dapat lah wifi. Kami suka takda internet sebenarnya sebab baru boleh betul2 rehat kan otak. Kat sini boleh spend time baca buku rileks. Buku pun banyak dorang sediakan. Kat lobby tu pun ada mesin urut badan charge rm5 untuk 15minutes. Boleh lah janji ada.
_1050018
_1050019
_1050025
Kami dapat free upgrade kepada bilik ni. Keadaan bilik agak “mint” atau lusuh yer lah bangunan dah berapa lama. Anyway, kami jenis yang tak banyak cerewet so memang tak kisah. Yang penting bersih. Anak ada tempat nak tidur okay dah cukup bagi kami. Bilik ni balcony dia besar memang sesuai duduk lepak2 hirup udara segar. Dalam bilik pun takda aircond sebab udara kat luar tu memang dah sejuk basically from 18-21 celcius lebih kurang. Takda la sampai gigil, boleh jer lagi pakai t-shirt cuma sejuk2 sedap lah orang kata. Tak terik chill jer. Macqm cameron highland dia punya sejuk tapi yang best tak padat dengan orang. Husband illy gi sembahyang jumaat tak sampai 50 orang jer termasuk pelancong. Jadi boleh bayang tak dia punya tenang tu macam mana. No traffic jam nothing. Memang terapi minda terapi jiwa betul duduk kat sini 3 hari 2 malam. Kalau boleh next time nak lama lagi sikit.
_1050033
_1050031
_1050038
Kebanyakan activity kitorang satu family just melepak, spend time dengan anak.
_1050027
20170608_163352
Enjoy the beautiful scenery ciptaan Allah. Ni view dari balcony Shahzan Inn. Cantik tak? Depan tu Golf Range. Ni tengah hari lepas check in illy ambik gambar. Kalau nak tengok yang lagi kabus punya tengok video kitorang ada buat masa nak last tu dia punya kabus macam tak nak bagi balik hahaha.. dia suh tidur sambung lagi duduk jer pindah sini terus.
20170608_174748
20170608_175444
_1050052
_1050058
Kami ada jalan gak gi tengok bangalow lain kat sini. sebab tarikan kat sini pun banglow lama era-colonial kan. Antara bungalow kat sini di beli oleh TM dan buat pusat peranginan untuk staff. Kami gi la visit tengok apa cerita. Besar betul, ada cam seram sikit lah bila duk dekat bangunan yang nak dekat 100 tahun ni kan. Terbayang orang dulu duduk sini LOL nasib bulan puasa takda “ehemmm ehemmm”. Ada kami borak dengan abang yang jaga Bungalow TM kat Fraser Hill ni dia cakap dalam ni ada 7 bilik. Kitorang tak masuk tengok dari luar jer. Dia cakap selalu orang sewa ramai dengan family pastu buat barbeque. Kelengkapan barbeque ada lengkap illy tengok tempat bakar basuh tangan. Cuma memang kena pergi ramai kalau sewa bangalow sebab kalau kami 4 beranak jer memang seram lah sikit.
_1050045
20170608_193119
Bab makan kat Fraser Hill ni agak limited. Dah kata pun atas bukit. Nak sampai ke atas ni punya lah jauh. Jadi limited lah. Harga lebih sikit compare kalau kat bawah. Bagi illy okay lah tu sebab standard pusat peranginan lah. Kalau korang nak jimat bawa lah prepare roti ke apa kot la kalau bawa anak ramai. Kami ni keluarga kecik nak makan kat luar tu boleh lagi lah tampung. Bulan puasa lagipun tak makan sangat. Tengah hari tu ada order mee soup untuk sofea kat shahzan inn harga RM22. Pastu kami buka puasa steamboat set RM39 seorang dewasa. Sedap bahan banyak kenyang and berbaloi.
20170608_193126
_1050061
_1050076
_1050080
_1050135
_1050139
Sahur dah masuk dalam set, sebab free breakfast lah kira nya. Sedap kami sahur kat sini. First night sahur tu pikir caman ni anak kecik 2 orang tak kan nak kejut pergi teman kami makan pukul 4pagi hahaha.. kami nekad tinggal anak gi makan laju2. pastu mula rasa bersalah. Makan dengan hati dup dap dup dap.. macam amazing race. Sampai bilik sofea nangis. Patut lah semacam rasa jantung ni tadi. Sixth sense parent kick in. Esok tu tak boleh jadi, last2 husband illy gi tapau lauk kat tempat tu bawak masuk bilik. Pinjam dulang dengan kitchen. So, bersahur dalam bilik lah kami berdua.
_1050066
Bila malam teringin nak minum teh tarik boleh gi kat food court. Fraser Hill ni tak besar mana pusing2 jumpa tempat sama so confirm korang akan jumpa food court ni. Malam dia tutup pukul 10pm. Bagi tau siap2 so korang boleh plan.
20170609_12221520170609_12232320170609_122353
20170609_12504220170609_12274320170609_122837
Kat sini activity selain lepak dalam bilik gurau dengan anak, then makan boleh juga melawat banglow lama. Pastu photo shoot berangan buat cover album macam husband illy tu, bukan main siap angkat kaki hahahaha Cantik bunga kat sini, cuaca sejuk jadi bunga memang blooming. Ala - ala macam spring season.
_1050117
_1050120
_1050123
_1050124
P1050127
20170609_15511320170609_160310
Next boleh juga buat activity naik kuda atau panah. Kami anak kecik tak sesuai nak memanah. Jadi naik kuda pilihan kami. Ada sejarah sebenarnya tempat kuda ni. 8 years ago kan illy pernah pergi dengan my bro. Dia kena gigit  dengan kuda!!! HAHAHAHAHAHA serious. Tak tipu. Pergi lah tanya dia hahahaha
Masa tu dia sibuk nak selfie dengan kuda tu, sekali kuda gigit lengan dia LOL nasib baik pakai jacket leather yang tebal kalau tak habis chop gigi kuda kat lengan bapak seram hahaahaha..
Masa tu sofea dan zandria tak wujud lagi. Kali kami datang lagi create new memories. Sofea bukan main happy dapat naik kuda dengan ayah dia. Adik tengok jer la kecik sangat lagi. Nanti adik dah besar naik dengan mummy k? Insya Allah ada rezeki nanti nak datang sini lagi.
illy ada buat vlog, jemput tengok mana tahu boleh membantu give better idea kalau next time korang nak gi Fraser Hill. Alang- alang tengok tu jangan lupa like and subscribe k? Nanti banyak lagi tempat menarik illy akan share dengan korang semua. Insya Allah.
_1050094
Nah bagi satu gambar budak tengah menangis. Like anything in life ada masam manis. Pergi jalan bercuti ni tak semestinya happy sengih jer memanjang. Ada juga time yang anak merengek, anak muntah, macam- macam lagi lah. Point dia  just take it easy and enjoy the journey. Okay tu jer la nak share kali ni harap bermanfaat. Till next blogpost bye!

Comments

  1. Seronoknya airah pun suka pergi tempat sejuk2 mcm ni rasa tenang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti boleh gi kalau ada masa, airah chill2 jer :)

      Delete
  2. I x jejak lg Bukit Fraser, cantiknyeee view dia =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan dia cam pening sikit ah.. sebab lengkang lengkuk tapi dah sampai okay dia cam chill :) <3

      Delete
  3. Nice review 👍 baru teringin nak p sana this march on school holiday 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thansk Zarina for dropping by at my blog :) enjoy your trip!! n hope this review helps <3

      Delete

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Popular Posts