Pengalaman ke ICT Snow World Shah Alam

Aug 6, 2017

i-city shah alam snow world

Assalamualaikum and Olla everyone!

Cerita dia, anak kitorang si Sofea tak habis-habis cakap nak pergi main snow. Sedap jer order kan? Kalau kira lebih sejuta kali dia berzikir nak pergi main snow. Mula tu kan masa tak paham lagi yang dia ni cerita pasal i-city. Tertibe balik sekolah tanya.. “mummy nak main snow, please” insert muka gedik kelip-kelip mata. Tersembur air mummy minum…Aaaaa…sudah mana pula nak cari kan snow ni. Ni bulan lapan kak, mana mummy nak cari snow hahaha kalau hujung tahun lain lah citer boleh la plan gi hokaiddo ke kan.. berangan ingat ticket seringgit ke semata nak main snow? LOL

Kitorang ingat kes berborak dengan kawan kat sekolah pastu mula lah nak juga. Rupanya baru tahu yang cikgu dia arrange lawatan sambil belajar dengan budak- budak tadika this week untuk pergi snow world tu. Tapi di sebabkan sofea kira masih under age belum geng tadika so tak boleh lah join. Dia kan baru 3 tahun. Abang and kakak yang 5 tahun ke atas jer boleh ikut gi lawatan sambil belajar.

Bincang punya bincang, okay lah daddy nya bagi green light. So, sabtu lepas pergi lah kitorang. Kitorang try sehabis mungkin prepare. Baju sejuk ada banyak juga sebab dulu time my dad gi turki ada beli baju tebal –tebal untuk budak-budak ni. Masa ni lah korek semua nak pakai.  Tapi before pergi tu sehari sebelum gi singgah daiso beli apa yang patut. Risau juga sebab adik baru 6 bulan walaupun kejap jer masuk tempat sejuk tapi baby mana reti nak cakap dia tak selesa.

_1050891

Prepare dah macam nak gi seminggu hahaha..  Over betul. Beli snowcap kat daiso untuk budak yang warna pink sofea pakai tu. Dah macam serkup tudung oun ada. Besa diaadala ribbon seciput. Then beli glove budak, glove orang besar. Beli gak yang heating pad tu. Bukan beli satu, paranoid punya pasal risau anak sejuk beli 6 keping.. ya betul mak yang over 6 keping LOL Satu siap try malam sebelum tu. Sebenarnya cam takdaeffect sangat yang heating pad tu cam suam jer. Bila dah masuk tempat sejuk tak rasa sangat. Tapi beli juga letak in between baju adik and thebaby carrier nak kasiadik warm. Siap beli ear cover bulu-bulu untuk adik. Memang over lah. Dah sampai i-city shah alam park kereta, siapkan dulu pakaian budak ni. Balut semua hahaha

Kat tempat i-city tu dorang provide jacket tapi risau tangan anak sejuk pegang ice tu yang heret juga daddy gi beli hand glove untuk anak. Buat sedap kan hati, next time kalau gi travel time winter ada dah spare.

_1050892

_1050893

Johan and illy pernahpergi i-city ni dulu lebih 6 tahun lepas masa tu dorang baru buka. Tapi tak pernah masuk snow world. Kira rezeki juga dah ada anak dua ni baru merasa masuk. Kalau tak kang takda sebab nak pergi kan. Bawa budak seronok lah kasi dorang happy.

Tempat dia depan sikit jer lagi dari Jakel Shah Alam. Kira kalau masuk simpang tu straight jer la nanti ada banyak sign board. Zaman skang dah canggih korang waze jer la. Ke nak juga alamat? okay lah illy letak sini kot membantu ke

Waktu buka atau operating hours I-city Shah Alam Snow World dari pukul 11:00 pagi hingga 12:00 tengah malam.  Harga ticket dia beza kalua masuk siang and malam japgi illy sharekat bawah tu. Kalau lepas pukul 6 petang mahal sikit compare masuk sebelum 6 petang. Kalau bawa budak nak elak panas sesuai bawa malam. Lagipun nama pun I-city ada lampu2 kan? Malam lah baru menyerlah happening sikit.

_1050895

Rupanya kalau nak jalan-jalan di kawasan i-city ni free jer. Kalau nak main attraction or rides baru bayar.Konsep ala carte. Takda lah mahal nak masuk sebab konsep dia kalau nak main baru bayar. Jadi boleh la plan budget. Bagi illy bagus konsep macam ni. Bayangkan kita bawa orang tua mak ayah kan, kalau semua full prize nak masuk rugi juga sebab bukan dorang nak main sangat lebih pada nak spend time bersama. Anyway, i-city shah alam ni ada water world juga rupanya. Sebelum ni tak tahu i-city adawater world. Next time adarezeki boleh ajak keluarga illy dan keluarga mertua datang ramai –ramai main kat water world seronok jugakan? 

20638804_1069330069865631_1011088602580877511_n

Banyak port nak bergambar kat sini. Sofea request nak bergambar dengan bear ni. Dah macam pipi dia tu LOL

_1050900

_1050901

Ni tempat bayar ticket. System cash-less kat sini. Kena pakai i-card. Kena beli I-card ni satu RM10 dalam tu ada 8 points. Kira card tu cost dia RM2 lah. Tapi satu keluarga perlu satu card jer sebab boleh kongsi dan juga point dalam card tu tahan 1 tahun dancard tu pula tahan 2 tahun. Contoh kami 4 orang beranak, 2 dewasa 1budak and 1 baby. Baby dia tak charge. Masuk lepas pukul 6 petang perlukan 100 points. Kami beli card RM10. Dalam ada 108 point. Dah masuk tu tolak 100 point tinggal lagi 8 point. Point lebih boleh buat beli air ke ataupun nak main ride kat dalam i-city.

_1050902

Senyum bukan main over lagi, hasrat hati dia tercapai. Kalau tak sayang mummy and daddy lagi tak tahu lah nak cakap ape.

_1050906

Masuk dalam i-city snow world ni ada banyak juga tempat nak bergambar tapi toward the end tu kan camera illy cam hang kejap  sebab sejuk sangat kat dalam ni rasanya.Suhu of-coz lah bawah 0 kalau tak karang ice cair. Nasib ada bawa phone yang phone illy dia tahan dalam sejuk boleh lah snap juga.

_1050908

Ada banyak ice sculptures kat dalam ni. Sebenarnya adabanyak yang creative tapi yang ni plak jer yang illy sempat tangkap hahaha. Masya Allah satu lagi lupa nak pesan. Kalau nak masuk snow world ni illy suggest korang pakai kasut. Kalau tak rasa kan lahhhh.. dorang ada bagi sewa kasut tapi kalau ada kasut sendiri pakai jer la dari rumah lagi selesa.

_1050910

Posing family photo. Nampak sipi jer adik hahaha.. yang kakak plak tutup mata.Jadi lah buat kenangan. Kat sini ada service i-city punya staff ambik kan gambar siap print rm35 satu kalau korang minat lah saja bagi tau.

_1050913

Selain jalan and main slide ice kat sini pun ada keretapi. Masa kami pergi tu line beratur tak panjang best juga main ni. Kakak sepanjang ride memang senyum jer. Happy sangat dia. Ada juga main slide lain and macam pakai tube tapi kami bawa budak kecik jadi skip yang tu.

_1050920

Nak gi mana tu? Yang ni  mainan apa illy tak reti nak sebut.. tapi memang style orang eskimo habis hahaha boleh lah berangan

_1050929

_1050930

Puas hati dia dapat juga main snow jadian.

_1050921

Habis main snow, kat luar ada jual air and snacks. Kami beli hot milo share-share. Kat sini boleh kuar masuk banyak kali. Kami masuk 2 round. Boleh masuk keluar sampai lah puas hati atau pun sampai dah beku LOL masa nak balik tu berlaku kejadian lawak. Si kakak confuse nampak sorang uncle tu botak dia ingat daddy dia. Kitorang skodeng jer dari jauh. Sekali dia perasan silap orang meraung melalak kat situ gak. Tu la jangan confident sangat hahaha

20621072_1069330086532296_3329466877754690927_n

Okay tu jer la nak share kali ni pengalaman kami sekeluarga. Harap membantu kot korang nak plan pergi next time. Macam biasa kami akan share  tempat menarik and juga services yang kami cuba untuk kongsi pengalaman. Overall, bagi illy berbaloi pergi i-city. Walaupun ada lebih kurang or facilities and kebersihan boleh di upgrade lagi. So, far okay lah tak rasa rugi. Alang2 kita kat Malaysia ni jom la pergi boleh spend time dengan family. Lagi pun masa ily pergi tu tengok banyak orang asing pelancong datang mostly dari arab dan indonesia. Gigih dorang datang jauh nak merasa i-city ni. Kita dah dekat kena appreciate and alami juga tak gitu?

Nak tengok lagi boleh check out video yang kami dah buat kat bawah ni. Alang2 subscribe lah sekali k? Nak capai target 2k subcriber sebelum hujung tahun ni. PLEASE!! Terima kasih korang. Till next time, dont forget to take it easy and smile!

2 comments:

  1. I pun x sampai ICT lg, Ammaar dh bsr ckit nnti boleh la pegi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayna nanti boleh pergi bawa Ammar, mesti dia suka <3 boleh nyanyi let it goooo let it goooo <3 hahaha

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)