Dim Sum Sedap di Restoran Siang KL, Sogo

Sep 19, 2017

P1070746

Assalamualaikum and Olla everyone!

Kalau cerita pasal dim sum sedap kat kl ni satu jer tempat teringat kat kepala illy. Restoran Siang, last sekali illy tulis pasal tempat ni tahun 2014 dulu. Rasa macam about time to update pasal kedai ni. Kebetulan kami ada kat tengah kl time tu and memang dah agak lama tak makan dim sum jadi pergi la ke Sogo. Lokasi dia kat atas bangunan Sogo sama floor dengan food court kat tingkat enam betul tepi Fish Manhattan kalau tak silap. Banyak betul berubah Sogo lepas renovation. Kami dah lama tak datang jadi agak terkejut juga. Bagus la banyak improvement.

. P1070720

Restoran Siang ni pun renovated juga nampak nya. Ruang makan di renovate jadi kecik sikit tapi nampak ada buat private dining area. So, nanti kalau ada nak buat gathering family, birthday ke sesuai lah.

P1070725

Kalau pergi hari sabtu, ahad or public holiday ada promotion 20% untuk dim sum from 11to 1pm tak silap. Boleh call balik untuk double confirm. Masa kami pergi tu memang dapat 20%. Berbaloi. Boleh order ala-carte chinese food kalau nak tapi kami memang dah set kepala nak makan dim sum so memang order dim sum. Johan pulak teringin nak makan nasi goreng jadi order seafood salted egg fried rice sebagai tambahan. Kira nak kasi padat lah.

P1070718

Ni first time bawa Zandria makan kat sini. Dulu masa last pergi Zandria pun tak wujud lagi. Bukan main kenyit mata lagi tu hahaha

P1070723

Ni dia seafood salted egg fried rice. Sedap tak pernah mengkecewakan. Tapi kan illy suggest kalau nak order dim sum banyak tak yah order nasi goreng pun takpa. Tapi tu la Johan kalau tak dapat nasi dia tak boleh.

P1070724

Yang ni Steam Shrimp Cheong Fun ada sekali dia bagi prawn sambal.

P1070727

Yang illy recommend korang order nama dia Steamed Crystal Spinach Dumplings. Sedap ada udang and bayam dalam tu. Boleh bagi budak makan tak pedas.

P1070728

Yang ni nama dia Stir Fried Carrot Cake with Bean Sprout. Pun sedap kalau suka savoury. Also tak pedas.

P1070729

Deep Fried Shrimp Bean Curd Rolls with Cheese. This one makan kena hati – hati kalau tak jadi cam johan, melecur lidah haha.. sebab dia ranggup datang tu panas gigit tengah ada kuar cheese dan bean curd. Illy suka sebab mix of texture. Ada garing ranggup kat luar and lembut kat dalam.

P1070731

Yang ni nama dia Steam Vinegar Spicy Dumpling. Pedas siap ada cili padi potong.

P1070739

Another must order, kalau kat tempat lain banyak jual charcoal bun pastu ada salted egg kat tengah kan. Illy sebenarnya prefer yang original version macam ni. This one panggil mashed custard butter bun. Sedap, manis tapi tak terlalu manis. Just nice orang kata. 

P1070740

This one, Steam Szechuan Siew Mai.

P1070730

Kalau nak lain pada the usual dim sum boleh cuba Steam Vietnamese Roulades. Kalau yang tadi luar ranggup dalam lembut. This one terbalik. Luar lembut rasa cheong fun kat dalam crispy.

P1070741

Another steam sui mai. Ni original version.

P1070742

Husband illy peminat pau, sama macam mak mertua illy. Itu yang order barbeque chicken bao.

P1070743

Yang last sekali ni paling special, favourite illy and sofea. Nama dia seafood dumpling in soup. Sedap teramat sangat. Nampak macam ketul gitu jer kan? Bila buka dumpling tu segala khazanah laut ada dalam tu, siap ada udang, scalop, isi ketam, seaweed and also ada mushroom. Actually ada banyak lagi dalam tu tapi illy tak tahu nama dia hahaha.. This one must order. Totally recommend kat korang.

P1070738

Like always, puas hati pergi restorang siang. Sebab tu sanggup spend time tangkap gambar balik pula tulis blog bagai. Ingat senang nak ambik gambar satu – satu before makan dengan bawa anak dua orang kecik lagi. Siapa yang mengalami jer paham hahaha.. Nasib anak illy dua orang memang jenis foodie appreciate food sebiji ayah dia. Okay tu jer la nak share kali ni. Harap membantu kot la korang nak cari kat mana ada jual halal dim sum kat kl ni kan. Atau pun terpikir mana nak bawa family makan on weekend. why not try tempat ni. Selesa and dapat 20% pula tu on weekend.

That’s it for now. Till next time. Sending you lots of love and happiness!

1 comment:

  1. Sedapnya...
    I mmg hantu dimsum...
    Tapi kalau yg jenis2 frozen punya tu xlayan ok...
    Memilih...mesti nak.yg mcm gini jugak😅😅😅

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)