Pengalaman ke Phuket Thailand

Sep 6, 2017

_1060604

Assalamualaikum and Olla everyone!

Before start cerita pasal pengalaman kami pergi Thailand, nak citer sikit lah pasal Phuket Island. Pulau Phuket berada di Lautan Andaman which is pulau paling besar di Thailand dan dikelilingi oleh 32 lagi pulau lain and antara paling dekat Krabi, Phi Phi dan few other island kat sana. Kalau nak bandingkan size Phuket ni kecik sikit jer lagi dari Singapore. Nak clear lagi bayangan kat Phuket ni ada 103 kampung so memang banyak tempat boleh explore depending korang jenis suka activity macam mana.

Kami kali ni tak buat activity laut sangat sebab illy pun dah berapa kali round pulau yang ada kat thailand so kali ni pergi dengan husband nak rehat, nak makan pastu nak tengok pemandangan menarik kat view point. In short, kali ni pergi bercinta hehehe gedik!

Setiap orang kalau pergi jalan kat Phuket ni akan dapat pengalaman masing yang tersendiri, kali ni kami nak share pengalaman kitorang mana tau boleh lah bantu korang planning itinerary or buat budget kalau nak pergi next time.

_1060016

Kami pergi naik Malaysia Airlines sebab dapat beli ticket promotion total RM432.20 untuk dua orang ke Pulau Phuket. Perjalanan sejam sepuluh minit. Sampai ke Thailand macam biasa dia lewat sejam dari time kat Malaysia. Balik kami naik Malindo RM530.97 untuk dua orang. Ni termasuk dengan in flight meal sekali dengan baggage 30kg seorang. At the end kami tak check in beg pun sebab jenuh lah nak tunggu beg apa semua. Kami hand carry jer,turun chow, takda nak tunggu beg apa semua, senang citer bukan pergi shopping pun. Tips, kalau selalu naik MAS Airline, register frequent flyer program dorang yang enrich miles, register jer dapat free 1000 points pastu dah boleh kumpul points nanti nak redem untuk premium lounge or ticket or boleh dapat upgrade.

Illy dalam flight tengok nak cari tempat duduk boleh plak terserempak dengan kawan. Rupanya kawan illy, nama dia Melody one of the stewardess bertugas time tu. Comel jer nampak dia pakai kebaya. Memang tahu dia kerja MAS tapi tak sangka lah pula jumpat atas flight.

Stumble upon one of the sweetest friend. Very happy to see you @melodykhor19

A post shared by Malaysian Blogger | Youtuber (@illyariffin) on

In flight meal untuk seat economy – MAS

In flight meal untuk seat economy – MAS

In flight meal untuk seat economy – MALINDO

In flight meal untuk seat economy – MALINDO

_1060028

Okay dah sampai. Phuket International Airport baru lepas renovate masa illy pergi. Husband illy pun dah update gambar passport dia jadi botak, so takda lah kena gelak lagi dengan pegawai imigresen HAHAHA

_1060029

Benda paling utama dapatkan INTERNET. Kalau takda nanti sesak nafas, mata jadi kelip2 pastu pening LOL drama sangat. Memang nak kena ada atleast one person sebab kami nak sewa kereta jadi nak pakai google maps nak kena ada data. Ambik yang 7 hari 199Bath lebih kurang RM20plus. Boleh lah kan? Kalau pakai celcom dia nak charge sehari RM38 = is sooo pale hotak. Kalau umobile cam illy lagi terus takda hahaha kena join dorang punya partner and bayar pun lebih kurang harga celcom. Tak perlu nak membazir, Johan cukup ambik data. Illy pakai free wifi kat hotel jer.

_1060031

Sebab kami pilih tidur The Westin Siray Bay, kira hujung the other side. Ada sebab pilih kat sini sebab dia terlindung. Dulu kalau ingat time Tsunami kan kawasan kena Patong kira belah kiri pulau. Illy decide pilih belah kanan sebab dia kira terlindung. Tapi jauh. Kalau airport transfer one way USD100, return dah berapa kan? Tu yang ambik keputusan sewa kereta biar puas berjalan takda susah nak cari taxi or uber. Sebab kalau pergi tempat terpencil ni nak pergi okay karang nak keluar dah satu hal. Kami sewa siap dari kl order online dari 4 hari total USD65 (RM279.50). Nanti ambik and hantar di airport. Masa ambik kereta dia hold deposit kat credit card 5000 bath  (RM640.57)  lepas 2 minggu nanti release balik if takda kerosakan pada kereta.

_1060036

Dapat kereta, illy suggest ambik gambar and check condition kereta masa dapat tu. Kalau ada calar or kemek take note siap. Masa pulang nanti senang. Kami buat macam tu sempoi jer time pulang. As long ada driving license then dorang bagi sewa kereta. Bawa kereta kat thailand senang sebab sama macam Malaysia dia right hand drive.

_1060038

Sepanjang perjalanan tu dalam sejam juga dari airport nak sampai ke hotel. Everytime illy datang Thailand mesti sibuk tengok dorang punya wiring. Sape dah pergi paham kot maksud illy.. Yang belum pergi, korang pergi dulu mesti asyik tengok wiring juga hahahahaha

_1060039

_1060091

_1060042

Berbaloi jauh pun jauh lah. Cantik. So far hotel bawah Starwoods chain tak pernah kecewa. Memang lah sedikit premium tapi bila kira balik, bukan selalu pergi bercuti dah penat berkerja apa salah reward sekali sekala kan. We can play it rough but we also dont mind to enjoy the finer things in life once awhile (lagi selalu lagi afdal hahaha) Kami husband and wife memang dah jadi routine bertahun semenjak belum ada anak lagi pergi spend time berdua couple of times a year untuk appreciate each other. Berjalan dengan anak pun set aside timing, berjalan berdua pun set aside timing. Biar adil gitu lah. As bonding session and create memories together.

_1060045

Sampai kat hotel, layanan tip top. Duduk jer terus sampai welcome drink and cold towel. Kat Phuket ni cuaca lebih kurang kat Malaysia. Tak panas sangat macam Bangkok sebab dia bahagian bawah.  Total cost tidur 3 malam bilik Superior Sea View The Westin Siray Bay  THB 11,502.03 ( RM 1473.58 )Kalau korang ada bigger budget boleh pilih bilik yang ada pool access, atau pun villa. Kat sini kawasan dia besar dan berbukit. Ada provide buggy, and their buggy 24 hours. Call dari bilik terus buggy datang. If suka excercise then jalan jer pun okay. 

_1060079

Ni block yang kami stay. bilik kami second floor, 2 dari kanan. Nampak flamingo tu? hehe tu bukan bilik kitorang tu bilik orang lain.

WhatsApp Image 2017-09-06 at 16.46.26

Ni view bilik kami. Kalau pandang bawah.

_1060048

Kalau pandang depan. PERGH.. tu jer lah citer dia. Sebelah Johan tu one of the staff kat sini, nama dia Latif. Dia anta kami ke bilik pastu berborak dengan Johan kejap. Kalau berborak dengan local ni banyak dapat tips tempat menarik, lagi pula pergi negara yang not that easy to find halal food. Kebetulan Latif pun muslim so dia pun share kat mana nak cari halal food in phuket yang sedap dah tak mahal.  

_1060050

_1060057

So sweet jer ada elephant tengah bercinta. Kitorang ni anniversary bercinta celebrate, anniversary tunang, anniversary kahwin, birthday lagi.. macam – macam lah pandai jer cari alasan kalau nak merayap hahaha

image

Amenities lengkap nothing to complain about, ada steam iron, ada safe box, toileteries lengkap, room slippers ada, everything lah berus gigi, ubat gigi, cotton bud semua lengkap. Like always memang tak pernah menghampakan kalau tidur kat Starwood Hotel Chain. Just jangan lupa bawa power adapter sebab plug kat thailand lain sikit dari malaysia. Illy suggest bawa adapter satu tapi bawa extension yang ada few socket jadi senang nak charge camera ke phone ke tak perlu nak bawa extra power adapter. Yang extension jer guna universal adapter yang lain pasang plug kat extension.

image

_1060088

Lepas dah settle down dah lepak hilangkan penat, kami round kejap kawasan hotel. Cantik ada infinity pool menghadap laut pastu surrounding pun tenang sangat. Kalau nak honeymoon pun illy suggest untuk consider stay kat The Westin Siray Bay Phuket.

_1060092

image

Masa drive nak ke hotel memang dah aim few kedai tepi jalan, nampak ada makcik pakai tudung tengah bungkus lauk. hahahaha nampak tak punya alert kalau tang makan, dalam kereta pun mata tu melinau jer LOL lagi pun Latif cerita makan kat Patong mahal. so, kami pun pergi lah kat main road before masuk simpang hotel ada few gerai halal food. To be honest nak cari makan kat Phuket tak sesusah bangkok or tempat lain in thailand sebab southern thai memang ada banyak muslim compared to upper north. Ambik lauk macam kat atas tu total THB 100 untuk 2 orang (RM12.73) bagi illy memang murah dan boleh rasa the local food.

image

Kalau kat gerai, dia punya dessert meriah. Pulut mangga tu satu hal lah, ada banyak lagi dessert yang boleh cuba. Main tunjuk jer time order sebab tak boleh nak communicate. Pulut kacang hitam dia tuang santan tu semangkuk THB 15 (RM 1.91) kongsi dua orang makan. Husband illy kecoh nak bungkus nasi kuning geram tengok ayam tu kot hahaha illy pun ada bungkus lah juga dinner.. mana boleh kalah! illy tapau kerabu maggie. Total bungkus THB 160 (RM20.37) jadi dinner tak perlu nak keluar hotel sebab dah bungkus siap.

_1060104

Before balik hotel, singgap Family Mart. Tak sah kalau pergi thailand tak singgah family mart. Nanti pilot pusing balik kapal LOL.. gurau jer. tapi memang sila lah singgah family mart kat thailand, boleh jadi cam blur gitu sebab banyak sangat pilihan menarik. Illy pun beli souvinier memang akan cari family mart, suka beli snacks, beli paste tomyam dan try out few beauty products. Selalu nya camtu lah. Tips, kalau dah terasa nak beli tu beli jer la, pikir japgi nanti lah beli, akibatnya last day pastu lupa or tak sempat sebab kecoh dah nak kena gerak airport.

_1060105

Illy sampai family mart akan terjah bahagian collagen drink dulu, beli few botol konon everyday minum satu hahahaha.. murah kot THB39 (RM4.97) collagen drink. Kat KL mahal tak cayer gi check kat watson ke guardian ke.. dia tak jual loose nak kena beli bundle beratus. Kat sini boleh lah merasa hari – hari minum collagen.  Kulit jadi toink toink!

_1060109

So sweet…. Balik merayap masuk bilik tengok ada cake lah. Comel jer cake nyer, sedap terima kasih The Westin. I lap you banyak!

_1060112

Malam tu balik jer bilik lepas sengih nampak cake terus johan bagi idea pergi excercise kat gym. Sebab illy pun tengah semangat nak kuruskan badan jadi ofcos jawapan dia yes! Kalau tak bawa sport shoe boleh rent dengan dorang USD5 tak silap kalau nak lah. Kami memang dah bawa siap dari kl. Dulu kan tak paham apesal orang sibuk nak pergi gym time holiday. Sekarang hambik kau tengah malam gi cari gym. Punya happy dapat tahu kat The Westin ni gym dia 24 hours LOL..

_1060110

Ni view malam dalam gym. Sambil layan treadmill tak payah nak tengok screen boleh nikmati the amazing view. The real view lagi cantik sebenarnya cuma my photography skills not as great. Takpa nanti illy janji untuk usaha improve my snapping skills so boleh share picture yang meletup kebaboom untuk korang semua.

_1060120

Habis lenjun berpeluh kat gym apa lagi bantai lah dinner pula kat bilik hahahaha Lepak bercinta kat balcony makan dinner yang di bungkus with cake yang hotel bagi free.

P1070356

Before tidur, illy sambung perasan jadi princess. Tuan Puteri nak berendam. Ada beli Aroma Bath Petals ni kat Daiso RM5 jer pun best satu bilik air bau wangi. Dia jenis terapung dalam air but after awhile the petals will melt. So tak susah nak bersihkan bath tub compare to pakai real petal.. time mandi okay lah, lepas dah mandi tu padan muka kena kutip satu –satu bersih kan hahahaha

_1060584

Esok pagi illy tanya johan, nak bawa illy gi mana.. Dia tengah sibuk check internet masa tu, rupanya tengah pilih view point. Kat Phuket ada banyak view point Kami pergi two of the most beatiful view point. Illy syorkan kalau ada masa and minat nak tengok pemandangan Phuket from aerial view then do check out dorang punya view point. Before pergi view points kami singgah makan tengah hari di Siray Bay juga. 

_1060582

_1060589

Over tau kitorang punya lunch, lauk ambik macam esok tak makan dah. Total THB 220 (RM28.01)

_1060600

First view point nama dia Windmill view point Phuket di Promthep Cape, dari hujung ke hujung. Tu kalau order taxi tak tahulah charge berapa. Sebab tu kalau duduk hotel ceruk ni memang penting get a rental car baru tak terbatas nak pergi berjalan. Kami travel dekat sejam dari hotel nak ke tempat di tuju.

image

Lawa sangat view kat sini, ada share kat instagram illy aritu. Gi lah jengok click sini  kalau nak tengok lagi best boleh check out vlog illy japgi illy letak kat bawah last sekali ni nak kasi citer habis dulu jap.

_1060614

Kat sini ada jual macam small gerai, buah and air kelapa. Kami beli buat THB30 (RM3.82) then air kelapa satu THB 60 (RM7.64). Air kelapa tu murah lagi kat kl tapi okay lah sebab ni pun tempat perlancongan standard lah up sikit kan.

image

Lepas melihat kebesaran Allah ciptakan alam semesta yang cantik, johan pun tanya lah illy nak gi mana. Silap besar dia tanya illy. Ofcoz jawapan nyer nak gi massage! pastu sambil tu search lah the best massage place jumpa dia tulis kat dalam Novotel Phuket Hotel area Patong Beach. Banyak tempat massage sebenarnya  korang boleh pilih. Gerak pula lagi 39minit ke Patong. Kebanyakan pelancong suka stay near Patong sebab nak makan easy access pastu banyak tarikan dan juga ada night life.  Selera masing – masing lah.

_1060618

_1060617

_1060626

Spa cantik bersih and tak seram. Ada banyak jer tempat urut murah tapi hurm.. camna nak cakap yer.. kualiti urut, pengalaman tukang urut dan keselesaan pun main peranan. Kalau dah bayar seciput then boleh agak lah kan. Bagi illy berbaloi sangat dah THB 1330 (RM169.34) seorang untuk sejam setengah untuk lokasi dan service. Serious best, semua penat ke stress ke hilang. Badan rasa ringan rasa macam brand new. 

image

Actually sebab kami walk in jer kat spa takda booking apa jadi turn kami kena tunggu sejam, so sempat lah pergi cari makan before massage. Sepanjang Patong ni memang bersepah kedai makan. dia macam town kat phuket ni memang tourist spot. Banyak shop lot kiri kanan jalan. Kami just jalan depan sikit dari novotel hotel jumpa kedai makan nama Royal place, ada aircond and tulis kat depan kata halal. Dah masuk, rasa okay.. macam sangsi juga sebab ada “tok pe kong” kat counter. Pastu staff dia bukan orang thai. Staff dah macam staff mamak kat malaysia. Okay, takpe dont judge a book by its cover. Kita order jer dulu.

Illy order spicy crab, johan order pad thai dan pulut mangga. Dah lah mahal,  pastu ntah apa lah dia masak MYGOD! totally not up to thai standard. Bengang johan hahaha ada ke pad thai macam ni? cer tengok hahaha nak gambar close up. kata la keuy teow goreng apa jadah pad thai macam ni.

image

Total THB660 (RM 84.03) memang mahal sebab tak sedap dan masak cara hentam.

_1060627

Lepas habis massage kan kami dapat hadiah! Yes hadiah baik punya.. Khas dengan kasih sayang dari Polis Siam hahahaha kena saman ambik kau. Kitorang pakring tepi jalan depan hotel dalam kotak kuning. Rupanya parking tempat lain boleh mana pun nak boleh tapi dalam kotak tak boleh. Kita ingatkan dalam kotak jer boleh.

Sepatah apa pun tak paham nak baca surat saman, kereta dah kena kunci. Tanya orang dekat situ kena gi cari balai polis Patong. Nasib tak jauh dari lokasi. Berjalan lah berpeluh dengan johan cari polis station.

_1060629

Nak settle, kena bayar saman THB500 pastu charge buka kunci lagi THB 500, total melayang lah THB1000 (RM 127.32) Bak kata Johan, atleast kami dah tahu balai polis Patong Beach kat mana hahahaha.. Sempat lah kami melawat ke balai polis. Tak pasal masuk itinerary

#latedinner #supper #phuket #changwat

A post shared by Johan Ariff (@johan.ariffmd) on

Malam tu tak sempat nak tengok sunset kat hotel sebab gelap dalam perjalanan dari Patong nak balik ke hotel. Kena plak time orang balik kerja jadi jem sikit. Malam tu Johan google lagi kedai makan, dia jumpa kedai ni nama dia Anwa yentofu thai noodle. Actually kan senang nak cari makanan halal di Phuket, masjid pun ada banyak. Sekarang google dah ada boleh search halal food near The Westin atau near me dah macam –macam keluar suggestion.

_1060850

Sedap Prawn Tom Yam Noodle 3 ekor udang besar puas makan yang ni semangkuk THB 150 (RM19.10) siap bagi telur rebus tang kuning tu macam 3 suku masak sedap! Tengok lah cili padi meriah.

_1060858

Esok pergi balik kedai sama. Johan lah kecoh nak pergi lagi sebab sedap pastu harga berpatutan.

_1060865

Selesa, kedai ni pun buka 24 hours. Kitorang datang awal macam belum ramai orang lagi.

_1060859

Menu mat salleh nak makan westen pun ada. Tapi apa barang datang thailand makan chicken chop. Pekena makanan thai lah baru kena.

_1060845

Johan order Noodle Soup yang ni THB 60 (RM7.64)

_1060864

Pagi tu illy konon nak makan light, order salad pastu herbal chicken.. terus lah light, heavy gak akhir nyer. Herbal chicken ni ala macam ayam stim chinesse herbal THB 80 (RM 10.19) buat brunch share dengan johan sebelum pergi another look out point.

_1060868

This tower point illy strongly suggest korang pergi. Nama dia Kao-Khad View Tower. serious cantik dia punya view. Tinggi kena menapak naik tangga tapi boleh la takda la curam sangat pastu selamat sebab proper dia punya view and berteduh so tak panas. Dia punya view 360, takda port yang tak cantik. Ni gambar kat bawah belum naik atas lagi.

_1060880

Terbaik, gambar memang tak boleh nak capture sangat compare dengan ada kat situ. Nanti tengok vlog illy ada siap buat time lapse nampak awan bergerak dengan bot nyer lalu lalang memang cantik lah. Sayup mata memandang orang kata lah. 

_1070301

After balik dari view point, kami decide lepak kat swimming pool hotel chill and makan pizza. Hotel dah mahal, kena lah guna sehabis mungkin takmo rugi HAHAHA..

_1070305

Dinner kami special final night tu, Johan bawa illy pergi satu kawasan kampung nama Leam Hin, kat sini ada floating restaurant nama Bung Mud Seafood. Kedai Halal, seafood memang staff dan owner muslim thai. Lokasi di antara Coconut Island dan tebing dia. Cara nak pergi google Leam Hin Seafood, nanti dah sampai cari sign board Bung Mud seafood then masuk macam private property pastu ada orang tunggu minta kena bayar THB20 (RM2.55) kira parking cost sebab park kawasan dia. Sampai tu parking terus nampak jetty. Kat situ citer kat abang boat nak pergi Bung Mud Seafood dia bawa naik boat tak kena bayar. Rasa maybe owner kedai dah deal dengan dorang. Sekejap dalam less than 10 minutes naik boat sampai.

_1070320

Dorang baik kat sini. Rasa welcome di Bung Mud Seafood Floating Restaurant, Nak makan tak risau sebab alkohol pun dorang tak jual jadi tak ragu. Restaurant dia terapung atas air. Ada banyak macam kotak – kotak tempat dorang simpan makanan laut fresh. Bila order baru tangkap masak. Kat sini dorang siap bagi kita jalan tengok segala jenis hidupan laut yang ada.

_1070328

Sempat illy posing gambar kenangan. Johan cakap it cant get any fresher than this. Kalau nak fresh lagi kena berenang pastu gigit jer terus ikan LOL

_1070347

Antara lauk best kat sini Lime Steam Fish. Kami ambik ikan seekor tapi separuh masak steam separuh goreng garlic.

_1070342

Order nasi goreng seafood, kangkung goreng, ketam black pepper, udang 5 flavours, air kelapa, ikan seekor masak 2 jenis and nasi putih. Total jangan terkejut. Dah la sedap fresh lagi, makan pun tempat special ada experience lah orang kata… Total THB 1600 (RM203.72) berbaloi. Kat KL tak dapat. Sebenarnya boleh share 4 orang makan portion besar.

_1070359

Malam tu tidur memang nyenyak. Mimpi main kejar – kejar dengan mermaid. Final day, dah nak kena packing barang nak balik. Flight pun tengah hari, so kami malas nak keluar nak spend every drop of time yang ada kat bilik hotel, order in room breakfast then nikmati permandangan before kena kemas beg.

End of story. Prepare nak balik kl, gi ambik anak kami then nak kena edit video nak edit blogpost nak tulis cerita so korang boleh baca. Itu lah pengalaman kami. Thank you sebab sudi baca trip kami ke Phuket. Harap membantu. As promised, kat bawah ni vlog yang dah siap. Jemput lah like and subscribe. Alang – alang like lah fb page kami sebab kitorang banyak dan selalu buat giveaway, nanti tak terlepas. Till next time!

10 comments:

  1. So sweet. I like your semangat yang positif.
    I gotto agree with this -> "Tips, kalau dah terasa nak beli tu beli jer la, pikir japgi nanti lah beli, akibatnya last day pastu lupa or tak sempat sebab kecoh dah nak kena gerak airport."

    This sould be practice by every couple too. (Kami husband and wife memang dah jadi routine bertahun semenjak belum ada anak lagi pergi spend time berdua couple of times a year untuk appreciate each other.)

    Happy Anniversary Illy! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you for dropping by and for reading my blogpost dear :) and for the kind support.

      i dah banyak kali teringin nak beli lepas tu pikir kejap lagi lah.. at the endtak sempat before balik <3 thats y i think it is also a good self reminder <3


      thanks for the wish, sending lots of love and happiness your way!

      Delete
  2. Hai illy..heppy anni...
    Kitaorg pun br blik dr phuket..
    Teringin gak nk pi bercuti berdua ja dgn suami..tp tu la lagi 2 org ni xpernh berenggang dengan pama depa...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Alia, singgah blog illy pastu comment :) n also for the wish!!

      lahhh kalau tak boleh jumpa dua kenit tu alang2 kat phuket hhehe..

      its okay paham, mula tu memang sedih nak tinggal anak, but we take it as time for them to bond dengan grandparents :)

      Delete
  3. peh.

    seronook baca.

    panjang dan siap ada gambar lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Titan, sudi jenguk blog illy and for commenting. hilang penat tulis bila titan cakap seronok baca :) hehe illy cuba improve lagi from time to time <3

      Delete
  4. Bestnya.. rasa nak melancong juga lepas baca dan tengok gambar-gambar ni >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih visit blog illy n tinggalkan comment :) nanti boleh plan pergi, sekarang ni pun tengah Matta fair kan? :)

      Delete
  5. hai,,assalamualaikum..
    seronok baca pengalaman orang pergi bercuti,,
    boleh tanya tak? kalau dah sampai phuket,, kat mana nak sewa kereta? or kalau nak sewa siap2 dari malaysia macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumusalam, just cari online rent a car thailand. just bagi details bila nak and bila hantar then dia tolak card terus. nanti sampai sana dia minta credit carduntuk secure deposit. pastu dah settle :)

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)