Restoran Home Made Kota Damansara Fish Head Noodle |Sedap dan harga berpatutan|

Sep 12, 2017

20170819_213557

Assalamualaikum and Olla everyone!

Kalau korang datang kota damansara or tinggal dekat kawasan sini macam kitorang then mesti biasa lalu kat kawasan sunway damansara tu kan? Yang ada The Strand tu. Asyik masak kat rumah sekali sekala kami makan kat luar juga try tempat baru. Normally friday lepas balik kerja ambik anak, kitorang pergi try makan luar. Celebrate weekend dengan family lah konon. Sampai si sofea tu pun bila friday lepas ambik dia mesti tanya, today nak makan kat mana? confirm jer kau kan.

Kali ni nak share pasal kedai ni nama dia HOME MADE, Fish Head Noodle. Lokasi di

HOME MADE – KOTA DAMANSARA

No. 8-1 & 10-1 , Jalan PJU 5/5, 47810, 
Petaling Jaya, Selangor, 47810, Malaysia

Macam biasa, illy akan share kalau tempat tu sedap, servis bagus. Kalau tak buat apa penat ambik gambar spend time menulis share dengan korang.

20170819_220507

Okay ni gambar kedai dari luar. Masa pergi tu dah malam.Kami balik rumah kasi anak mandi siap baru  keluar. Kedai ni tutup pukul 10 malam jadi memang sempat. Cerita dia kami nak pergi makan sushi mentai lepas tu sushi mentai dah nak tutup so nampak kedai ni buka lagi tu yang try.

20170819_213602

Memang happy lah jumpa kedai ni. Ada port baru kami nak makan chinesse food sedap! Ni johan order sweet sour garupa fish kalau tak silap nama dia. Sedap sangat!! Harga dalam bawah rm20 tapi berbaloi isi banyak and boleh makan sharing. Ikan tu dia goreng garing dulu pastu masak dengan kuah sweet sour.

20170819_213505

Illy order set bubur dengan drief chili beef. Ya Ampun daging dia lembut sangat. Tak tahu la pakai softlan ke apa tapi memang sangat tender and juicy. Lepas pada try aritu memang setiap kali pergi akan order this dish.Highly recommended untuk dicuba. Bubur dia bagi banyak mangkuk claypot besar memang sharing portion sebab illy makan sampai dah tak larat nak suap. Share dengan Sofea and Zandria bubur ni. Ada hirisan halia and shredded chicken. Sesuai untuk budak. Dari dalam keretalagi dah start kentut budak dua orang tu sebab makan halia hahaha.. Harga pun bawah RM20

20170819_213449

Illy memang suka makan sayur, and sambil tu encourage anak illy pun makan sayur juga. Bukan apa nak pastikan dorang cukup nutrition, and kalau boleh biar habit tu sampai ke besar. Jadi illy memang akan order sayur everytime pergi makan dengan anak. Kali ni order spinach soup with egg. Makan dengan bubur sedap. Spinach ni manis jadi budak suka. Kalau nak train budak untuk suka makan sayur kena introduce dengan sayur yang manis dan tak pahit baru dia macam tak phobia makan sayur.

20170819_213557

Kesimpulan nya memang puas hati makan kat kedai HOME MADE cawangan kota damansara and kalau boleh next time nak ajak family and sedara datang try makan kat sini.Menu dia ada macam – macam sotak jemu. Everytime datang boleh order yang lain kalau nak rasa. Air kat sini pun tak mahal bawah RM5 dah boleh dapat air manis.Okay tu jer la nak share kali ni. Harap membantu. Till next blogpost.

Kalau first time kat blog illy, dont forget to like our fb page tau sebab kami selalu host giveaway. Nanti tak melepas. Take care!

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)