Family Trip ke Terengganu

Oct 12, 2017

P1070883

Assalamualaikum and Olla everyone!

How are you? Okay tak? Harap sihat and happy. Kenapa tulis sihat and happy? Yer la kalau sihat tapi jiwa kacau buat apa kan? haha.. Kali ni illy nak share pengalaman kami sekeluarga pergi jalan ke Terengganu. Sebenarnya trip ni sempena pergi kenduri pak cu illy punya anak sulung kenduri kahwin. Sambil tu kami jalan-jalan bawa anak makan angin sambil spend time dengan sedara mara. Dah lama tak pergi Terengganu sebenarnya, last sekali 6 tahun lepas. Banyak juga perubahan.

Kami bertolak malam, then singgah umah mak illy tidur pastu breakfast before gerak ke Terengganu. Thank you mak masakan kami nasi lemak dan lauk udang petai. Sedap. Sengaja pilih gerak malam, yer la jalan dengan budak ni bukan menda senang lagi pula roadtrip. Kalau gerak malam mainly dorang tidur jer dalam kereta. Kurang lah huru hara hahaha tengok tu ada teknik.

Esok pagi tu gerak, sampai kat RnR Maran singgah makan.Jumpa family belah ayah illy pula kat situ. Yes, I come from broken family. But I prefer to call it BIG family instead of broken. Such a negative word when it should not be that way. Jodoh, ajal, rezeki adalah ketentuan Tuhan and siapa lah kita nak question kan? Since my parents divorce masa i and my bro masih kecik, then have their own family, I have more mum and dad hahaha because of that I ada adik beradik ada set mak, set ayah. Dont you think that is BIG?

It teached me a lot about forgiveness and to look at the bright side. Instead of pointing out who did wrong or the flaws, we move on and try our best to take care of the uhkwah. Because life is too short to hold grudges. Ada nampak one of the qoute my mum share kat her insta, EGO is 3 letter word that destroy 12 letter word RELATIONSHIP. I think it is very true.

Anyway, dah jumpa family belah ayah kat RnR tu kami bantai patin masak tempoyak for lunch. Lepas tu nak gerak sambung perjalanan. Anak illy yang dua orang tu dah nampak atuk nenek mak sedara and pak sedara memang dia tak nak naik kereta ngan kitorang. Jadi budak-budak sambung naik kereta ayah illy. Confirm havoc lah dorang dalam kereta. Dengar cerita sampai 9 kali berhenti before nak sampai terengganu hahahahaha.Kereta kami dah tinggal illy dengan Johan jer. Dah tu tak pasal berdating kami.

P1070807

Kami decided tidur kat Hotel Grand Continental Terengganu. For 2 malam rate dapat RM350++ okay lah bagi illy reasonable. Kalau kat kl tak dapat harga macam tu. Tu bangunan yg tulisan gold dalam gambar. Lokasi kat tengah bandar jadi nak ke mana pun dekat.

Disebabkan mak tiri illy memang kampung di Terengganu, jadi adik-adik dan ayah illy tidur kat umah kat kampung. Kami pun boleh jer nak tidur situ tapi cam segan sebab bawa gerabak banyak sangat. Tu husband illy kata, takpe la kita booking hotel jer.

P1070817

This is our room. Simple and decent.

P1070815

P1070814

P1070810

Kelengkapan semua cukup, bab kebersihan mungkin boleh improve lagi sikit. Especially, tang langsir dalam bilik tu. Illy bukan jenis banyak songeh tapi kalau basuh kerap sikit langsir tu rasa okay kot. Pastu cam ada kulat air sikit tepi bath tub, tak tahu la korang nampak ke tak kat dalam gambar. Cam ada daki hitam sikit. Tapi overall consider small matter lah. Boleh tidur, selesa, luas untuk harga dia charge tu illy rasa berpatutan.

P1070821

Since petang tu macam lapar kami pula sampai kira awal then order room meal sebab tak larat nak gi makan luar. Husband illy pun penat tak cukup tidur drive. Kami order black pepper lamb fried rice and satu lagi lupa nama apa, rasa omellete fried rice kot. Harga berpatutan untuk rate hotel. Kalau kat KL dah berapa order macam ni kat hotel. Kat sini kami bayar RM16.90 untuk fried rice sekali dapat Ice Lemon Tea. Portion banyak, rasa sedap, tak menyesal order.

P1070825

View dari bilik kami. My husband and I ketagih nice view. So, dapat view macam ni rasa dah jackpot sangat dah. I personally find nice view as soothing.

P1070822

Yang ni pula swimming pool area. Decent, I would say. Ingat nak ajak sedara ke adik-adik manti pool dengan anak illy. Tapi masa cam suntuk jadi tak sempat nak mandi kat swimming pool. Padahal dah bawa baju mandi budak siap bawa pelambung apa semua. Sampai ke sudah si Sofea merenggek nak gi beach. Pada dia beach tu gi mandi2 lah.

Malam tu lepas maghrib kami ke kampung mak cu, kira wife kepada pak sedara illy. Sebab malam tu consider malam berinai kak long. Ada buat solat jumaat, berinai, pastu makan – makan. Kami sampai lewat pastu dah segan nak masuk dalam umah hahaha.

Sedap family mak cu masak nasi kunyit ikan tongkol tapi takda gambar langsung sebab illy terlupa bawa battery camera. Bengong betul, camera bawak dah tu battery charge dalam bilik hotel. Hadoi sabor jer la. Takpe kenangan  terpahat dalam kepala. Malam tu ada persembahan nasyid dari kumpulan Huffaz. Sedap budak-budak tu nyanyi. Mak cu illy ni cikgu sekolah, jadi rasa team nasyid sekolah dia kot dia bawa datang.

Malam tu pakcu buat lawak seram. Dia datang kat illy cakap nak minta tolong jadi MC. Sekali dengan husband illy sekali duet. NAK PENGSAN. Sebenarnya sepupu illy yg pengantin tu (Kak Long) ada dah tanya dua tiga hari sebelum. Pastu kami tolak baik – baik sebab segan. Yer la.. tak pernah dalam hidup jadi MC. Takut nanti rosak majlis orang. DEBOR KOT. Tapi bila pakcu illy tanya malam tu jadi cam serba salah pula. Takpe kalau mereka bagi kepercayaan then kami cuba yang terbaik. Memang tak tidur lena malam tu. BERDERAU. Husband illy siap google pantun apa semua semata hahaha.

P1070827

Esok pagi tu bantai breakfast kat hotel sebab dah sediakan buffet kan rugi lah tak bantai. Sofea makan omellete. Besar dah my anak dara, dah pandai peace bukan main lagi.

P1070832

Mana nak cari hotel breakfast hidang nasi dagang? Rare kan? Kat Hotel Grand Continental Terengganu ada hehe..

P1070833

Pulut dan ikan, lagi lah rare weyh… makan dengan baked bean hahaha bedal aja lah. Lepas breakfast kami balik ke bilik then bersiap before pergi ke dewan. Kami sampai dalam 10 pagi.

P1070837

P1070852

Sekitar gambar kat majlis kenduri kahwin kak long and abg long. Tengok tu muka adik illy, Faten (sofea panggil dia mak teh). Dah macam nak makan orang. Bapak garang nyer muka hahahaha. Tengok sekali imbas memang Sofea anak dia bukan anak illy. Sebijik kot. Sofea memang paling manja dengan mak teh dia ni. Kalau jumpa mak teh memang boh layan lah kat mummy.


P1070865

P1070871

Selamat Pengantin Baru Kak Long and Abg Long. Ingat lagi dulu masa kecik. Ayah ada suruh siap – siap pergi umah pakcu, masa tu pakcu illy duk kl. Then ayah cakap nak jumpa baby pak cu. Illy ingat pergi tengok Kak Long ni masa baby. Pastu antara one of the memories yang illy ingat ada sekali tu kat kampung kami balik raya kat Perak. Masa tu kak long ni kaki kena gigit lipan. Then pak cu, tak pikir panjang terus isap kaki kak long nak kuarkan bisa lipan. I can still remember the moment vividly. Nampak kat situ kasih seorang ayah. Walaupun anak illy kecik lagi, I think I could somehow guess how it felt to be on your daughter’s wedding day.

Majlis berjalan lancar, kami tak gugup masa jadi mc hahaha.. Makan semua sedap. Siap ada kuih tokyo, pastu satay ikan lagi tu.. Ada juga booth ice cream, anak illy si sofea memang asyik repeat booth ice cream jer la kan. Ada video trip ni tapi illy tak sempat nak edit lagi. Nanti lah ada masa illy buat k?

P1070875

Lepas majlis tamat, kami sekeluarga gi jalan ke Pantai Batu Buruk. Alang-alang dah sampai Terengganu tak kan tak singgah pantai kot. Mana aci kan? Beli goreng2 tepung ni. Ada beliikan celup tepung, pastu rojak buah makan tepi pantai.

P1070878

Kalau nak main layang- layang pun boleh.

P1070881

Kami main buai. Pastu berkelah depan tu makan petang.

P1070885

Nampak pula tepi tu ada naik kereta kuda, illy pun naik lah teman sofea and adik zandria. Kalau adik dah pandai jalan or dah besar sikit boleh dia dengan kakak jer naik.Tapi kecik lagi kan nak kena orang pegang. Itu nama nya rezeki jangan di tolak hahaha “terpaksa” mak dia teman hahahahaha

Lepas tu Sofea nampak pula orang main kereta budak, dia nak naik tu pula. Pergi jalan dengan grandparents and makcik pakcik dapat lah dia mengada nak naik itu ini. Kalau pergi dengan mak ayah dapat jeling jer lah LOL

Lepas tu kami dah nak gerak, petang tu boleh Sofea buat drama menangis tak berhenti nak mak teh dia. Havoc kami. Tak nak masuk bilik, mandi pun mengamuk. Dah tu call juga la mak teh dia. Nasib dorang tak jauh lagi. singgah hotel ambik Sofea tidur dengan dorang. Adik Zandria pun masa tokma pegang bukan main lagi gedik. Tapi adik kecik sangat lagi so  tidur dengan kami.

Malam tu nampak la Si Zandria ni memang tenang. Tanpa gangguan kakak dia. Ada banyak citer belakang tabur nanti next time illy citer. Anyway, Zandria menikmati hidup sebagai anak tunggal malam tu dengan aman.

P1070888

Tengah malam macam biasa perut lapar. Order in. Sedap sup ekor makan dengan nasi. Husband illy order nasi goreng special apa ntah lupa nama.

P1070889

Esok pagi ingat ada nasi dagang lagi for breakfast. Harapan merundum. Takpe la logic juga kan kalau hari – hari nasi dagang takda kelainan pula. Kali ni nasi minyak. Okay la.. takpe lagi pun japgi dah nak check out.

P1070891

Pagi tu juga, family belah abg long ada jemput makan di rumah mak dia. Kami pun ada lagi, kecik tapak tangan baldi kami tadahkan. Makang nasi dagang lagi hehehe.. Lepas tu salam – salam sebelum masing ambik haluan masing masing. Mak sedara yang duk kl semua gerak balik, pastu adayang sambung tidur homestay jalan – jalan. Kami plak balik hotel then packing barang.

Lepas check out tu kami ke Pasar Payang. Dah plan dah sampai Terengganu nak gi cari kedai emas sebab harga murah compare kl pastu nak tindik budak- budak ni. Masa tindik tu punya lah bingit telinga sofea jerit dah macam nak runtuh kedai. Kelam kabut semua orang nak tenang kan dia. Dah dapat tindik sebelah jer. Pastu bawa masuk adik plak. Nangis tapi takda la gamat. Adik seorang yang manja ayu, jadi nangis pun kejap jer pastu manja lemak – lemak jer bunyi. Yang gamat menjerit nyer si Sofea tu. Berjaya kami pujuk dia tindik sebelah lagi. Itu pun orang kedai tu cam dah panik tak nak tindik. Dia suruh illy yang tindik sendiri. Selamber jer illy tindik Sofea. Buat- buat confident macam lah pernah buat LOL. Settle anak aku, janji tak payah jadi pirate.

P1070894

Perjalanan balik, singgah gerai tepi jalan makan satar bakar dan keropok lekor. Sedap sangat tapi balik tu Johan dengan illy food poisoning. HAHAHA Padan muka. Illy tak menyesal sebab sedap berbaloi lah food poisoning pun. Okay tu jer la nak share pengalaman kami. Terima kasih sebab sudi singgah kat blog illy. Nanti illy cuba edit video cepat2 pastu upload kat youtube. Harap korang enjoy baca pengalaman kami. Till next blogpost, dont forget to take it easy and smile!

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)