Pengalaman ke Aquaria KLCC dengan keluarga

Oct 22, 2017

Aquaria KLCC VLog

Assalamualaikum and Olla everyone!

Dah nak hujung tahun ni, kalau tengah cari idea mana nak bawa anak pergi jalan then illy suggest pergi aquaria klcc. Lagi pula kalau ada anak yang tengah membesar, kita yang dewasa ni pun seronok ni kan pula budak-budak. Baru ni kami sekeluarga plan bawa anak kami pergi aquaria, sambil jalan sambil tambah ilmu. Macam biasa, illy akan kongsi pengalaman kami sekeluarga mana tau boleh bantu kalau korang pun planning nak pergi next time.

Kami beli ticket online kat wonderfly sebab ada discount. Kalau ikutkan dewasa RM49. Kami dapat harga RM38 banyak juga jimat. Tapi korang boleh search lagi website lain untuk tengok apa promo terbaik boleh compare. Kalau budak bawah 3 tahun free, and kalau warga emas above 60 tahun RM9. Harga RM49 dewasa untuk yang ada mykad. Kalau bawa kawan foreignners harga lain RM69 kalau tak silap illy.

Masa kami pergi tu dah tengah hari dalam pukul 2pm. Illy suggest pergi pagi atau pun weekdays. Sebab kami pergi ahad tengah hari memang waktu kemuncak ramai sangat orang. Better kalau anak kecik pergi time hari bekerja jadi less crowd. Tenang sikit.

P1070936

P1070939

Di sebab kan kami tinggal kat kota damansara agak jauh lah juga nak masuk kl. Kami decide naik MRT. First time naik MRT dengan keluarga. Best, selesa dan luas. Dari station surian ke klcc ambik masa setengah jam jer. Tak perlu nak pikir cari parking or parking  mahal ke. Sebab kalau drive dah nak bayar parking rm8 sejam kat klcc tu belum tentu ada parking lagi tu. MRT datang kerap ada proper screen yang tunjuk berapa minit lagi next train nak sampai. Selesa sangat, sofea pun excited nak train. Kita as parents ni tengok anak happy kita pun tumpang happy. Harga ticket pun berpatutan RM4.50 dari station surian ke KLCC. Berbaloi.

IMG_20171015_121433_268

Adik bukan main gedik lagi depan camera hahaa. Yang seronok naik train ni sebab boleh tengok pemandangan from above. Tak perlu nak pening jam = best!! Boleh guna touch n go kalau nak naik MRT kalau tak pun beli token dia. Illy and husband pakai touch n go jer, senang. Kalau nak top up pun boleh kat counter dia.

P1070954

Dah sampai tu ingatkan tak perlu beratur sebab masa beli ticket online tu dia tulis tak perlu beratur. Then bila sampai lain pula cerita dia. Still kena beratur. Johan dah nak naik angin, tapi illy kasi dia cool, beratur jer la not like it is a big deal. Dah sampai pun lagi pun small matter tak nak spoil mood. Nasib tak panjang sangat que so tak da la nak marah sangat.

P1070959

Masuk jer ada inteactive pool. Boleh try pegang star fish, ada baby shark then few other sea animals. Sofea punya la risau time daddy dia nak celup tangan pegang star fish tu hahaha.. Boleh jer,  dia ada staf jaga kat situ. Kalau tak angkat sea creatures keluar air takpe. Sentuh just dalam air jer.

IMG_20171015_153838_451

Then lepas tu jalan jer ikut flow, ada banyak lagi binatang dalam aquarium. Ada tiger fish dan banyak lagi termasuk lah belut laut. Very educational. Selama ni illy duk ajar Sofea and Zandria tengok buku, then ni jumpa depan mata rasa macam lagi berkesan. Dia punya excited nampak real tu lain macam.

P1070968

P1070975

Main attraction sea tunnel. Kat sini ada beberapa jenis shark,ada stingray dan few other types of sea fishes. Ada jumpa turtle juga. Memang kecoh la si kakak kejap tanya mummy, what’s that? daddy, apa tu? penat mulut kami nak menjawab soalan- soalan dia hahaha

20171015_150036

20171015_150500

Kami pun sempat tengok feeding show, ada few feeding show kat aquaria ni, kalau nak tengok jaduh boleh pergi webstie dorang tengok ada certain day and timing jadi senang korang nak plan. Time kami kat sea tunnel tu kan, ada nampak staff dia tengah cucikan tank. Pergh mencabar tu kerja dorang. bukan calang – calang nak kena ada certification as professional diver baru boleh.

P1070985

Lepas tu kami jalan lagi tengok jelly fish, dia ada section tunjuk life cycle of animals. Banyak juga kami belajar during trip pergi aquaria ni. Walaupun dah pergi beberapa aquaria kat negara lain, so far aquaria klcc is one of the best. Selesa and very child friendly. Cuma kalau korang boleh pergi time tak ramai sangat orang or time non-peak hours lagi better sebab tak rush, tak sesak nak tangkap gambar pun senang sikit.

Overall, berpuas hati dengan trip ni. Seronok dapat spend quality time with family. Thank you sebab sudi singgah blog illy and baca pengalaman kami. Harap membantu.Kalau nak tengok lebih lagi, boleh check out video yang kami dah buat kat bawah ni. Boleh tengok lebih lagi. Nanti ada lah nampak si sofea bukan main kecoh time daddy dia nak pegang shark hahaha.. sambil tu jangan lupa like and subscribe YT kami k? Till next time, dont forget to take it easy and smile!

1 comment:

  1. Harga not bad kalau nak dibanding dengan pengalaman kat situ :)

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)