Pengalaman Road Trip ke Sekinchan |Restoran Seafood Halal Kuala Selangor - Restoran D'coral, Kuala Selangor|

Oct 4, 2017

IMG-20170924-WA0002

Assalamualaikum and Olla everyone!

Korang pernah pergi Sekinchan tak? Illy first time pergi. Sebenarnya kan dalam Malaysia pun masih banyak tempat yang tak pernah pergi lagi. Ada masa weekend, why not pergi lagi pun kat Sekinchan ni just sejam setengah jer dari kl. Kebetulan aritu ada cerita kat family ws tu yang ajak family belah ayah sekali join alang – alang.

Kalau korang nak tidur kat sini pun boleh, tapi bagi illy balik hari pun takpa sebab main attraction dia sawah padi ni. Kalau nak cari kat google map atau waze boleh search Sekinchan Padi Field. On the way ke situ memang banyak kedai makan kiri – kanan jalan. Ada cendol durian, ada mee udang banjir dan macam – macam lagi illy nampak. Kalau nak balik hari illy suggest plan timing datang petang sikit. Supaya tak panas terik and biar banyak kedai dah buka. Lagi pun kalau nak dinner seafood kat kuala selangor ni jadi jarak masa nak tunggu ke dinner tu takda lah lama. Kat sini pun memang nak nikmati pemandangan sawah padi. Ada juga activity lain macam pergi visit museum padi, or pergi lawat Pantai Redang. Kami lalu jer la kat Pantai Redang tu tak turun kereta pun. Sebab….. hurm, macam mana nak cakap yer, mungkin masa kami pergi tu timing tak sesuai kot. Ni bukan pantai nak berenang tau.

Ni jenis pantai kawasan nelayan. Boleh bayang tak? Tempat process makanan laut, jadi bau seafood memang agak kuat. Sian anak illy, dah bawak baju berenang tapi tak dapat mandi pantai hahaha.. sorry yer, maafkan mummy tak tau pula pantai ni jenis tak boleh mandi. Nanti mummy, bawa gi pantai boleh mandi punya k?

20170923_164854

Sampai jer kat sini, memang terpegun lah dengan pemandangan sawah padi. Husband illy terus minta tolong ambik gambar dia. Bukan main sengih.

20170923_164647

Cantik tak? Sangat tenang, angin pun sedap sepoi sepoi bahasa. Yer lah tak da bangunan tinggi so angin tu flow memang best. Takda sekat- sekat. Sebelum sampai tu risau gak lah, dapat ke tengok padi ni kan? Karang kalau datang musim tuai karang togel pulak sawah nyer hahaha.. Time kami datang alhamdulilah tengah menghijau. Rezeki lah tu.

20170923_165312

Apa lagi, posing lah.. boleh buat kenangan.

20170923_172026

Sofea, lepak dengan ayah dia. Kejap jer dia lepak pastu sibuk ajak baling batu kat tempat air tu. Rasa cam ralat pulak tak lepak lagi lama. Memang tenang sangat kat sini,rasa good mood jer. Macam masalah semua takda kejap.

20170923_174138

Sofea and adik Zandria tangkap gambar dengan ayah su.

IMG-20170924-WA0003IMG-20170924-WA0004IMG-20170924-WA0007

Memang kami spend time posing sakan. Keluar segala bakat terpendam sebagai model haha

Restoran Seafood Halal Kuala Selangor - Restoran D'coral, Kuala Selangor

20170923_192347

Sebelum sampai memang dah planning nak makan seafood kat area dekat sini. Google juga lah sebab tak banyak pilihan restaurant seafood halal. Cari punya cari jumpa satu kedai ni. Nama dia Restoran D'coral, Kuala Selangor. Nak cari payah sikit, kalau tak pakai google map atau waze rasa payah nak jumpa. Dia terceruk sikit. Betul tepi sungai bawah jambatan. Tapi dah sampai berbaloi. Lokasi dalam setengah jam perjalanan keluar dari tempat padi Sekinchan Padi Field tadi.

20170923_190951

Alamat : Lot 85 jalan Bagan Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi 12pm -12am

No telefon : 60 3-3281 2408

Kat sini,makanan dia jenis set. Senang cerita. Tengok datang berapa orang, then pilih set yang berkenan.Nakset 2 orang makan ke nak 10 orang ke, dia ada macam- macam tinggal nak pilih. Kami pergi 6 dewasa dan 2 budak. Suami illy ambik set 10 orang sebab kami memang “capable” bila tang makan hahahaha.. Bagi jer la insya Allah tak membazir.

Macam set kat bawah ni untuk 10 orang cost dalam RM250. Bagi illy okay lah sorang dalam RM25 termasuk air dua jenis dan makanan memang sedap, ada rasa dan portion banyak rasa pun segar. Mereka masak style thailand.

20170923_192008

Paling suggest korang ambik set yang ada Ikan masak Patong kalau datang D’Coral Restoran. Sedap sangat. Rasa dia lain dari yang lain. Antara signature dish kat sini.

20170923_192015

Sotong goreng tepung.

20170923_192026

Telur goreng dadar.

20170923_192146

Tom yam, pun illy suggest gak ambik. Sedap tom yam dia. Isi penuh, macam – macam seafood, pedas masam cukup rasa. Time tulis ni pun kecur air liur teringat kesedapan nya.

20170923_192154

Sayur goreng garlic.

20170923_192343

Ayam masak blackpepper. Pedas terangkat. Memang tak kedekut dia punya black pepper. Not my most favourite sebab dah ada seafood depan mata, lauk ayam tak berapa laku. Tapi kalau ada family member yang allergic seafood ke ada lah lauk dorang nak makan.

Ayah illy ada juga tanya pasal ketam mud crab tu, dah order. Tunggu punya tunggu tak sampai – sampai. Rupanya tak buat lagi. Sebab kami pun dah nak habis makan, so cancel jer la. Sekilo ketam kat sini charge RM70. Rasa sedap, masak pun cepat, tak perlu tunggu lama cuma kalau boleh improve communication antara staff dan kitchen tu lagi bagus. Other than that, takda apa semua okay. Puas hati. Kat sini pun pemandangan cantik. Sambil makan boleh tengok sunset dan sungai. Kekadang ada boat lalu lalang.

Toilet pun selesa, sempat kami mandikan budak- budak nak kasi selesa before balik. Okay tu jer lah illy nak share kali ni. Harap membantu. Jumpa lagi on next blogpost!

Jemput tengok vlog yang kami buat, bolehtengok kawasan Sekinchan ni dengan lebih clear. Pastu alang, jangan lupa subscribe kat youtube kami k? Terima kasih!

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)