Resepi Sup Sour Mustard dan Bayam |Sedap dan Simple|

Oct 16, 2017

P1080001

Assalamualaikum and Olla everyone!

Hari ni illy nak share resepi yang simple dan sangat sedap. Sesuai untuk pengemar sup. Rasa dia masam manis. Sebab ada bayam tu. Kalau makan sup ni sangat bagus untuk kesihatan sebab bayam ada banyak vitamin, anti-oksidan dan juga minerals. Bayam adalah sumber yang bagus ada vitamins A, B2, C and K, dan juga magnesium, manganese, folate, iron, calcium dan potassium. Bagus untuk cantikan kulit, makan bayam akan cantikan kulit dari dalam. Bayam juga ada beta carotene yang bagus untuk kesihatan mata. Selain tu boleh tingkatkan metabolism, sesuai untuk orang yang nak kurus. Jadi boleh burn fat dengan lebih laju. Kalau nak cerita kebaikan bayam ni sampai esok pun tak habis. Jadi kalau dah boring goreng atau buat sup bayam style sama jer, hari ni illy share yang ada sour mustard ni pula. Cara nak buat teramat mudah. Bahan yang perlu pun tak banyak dan juga tak mahal. Apa lagi, jom kita masak!

P1070988

Bahan untuk Resepi Sup Sour Mustard dan Bayam

Bayam

Air

Sour Mustard

Tofu Seafood/ boleh pakai fish ball kalau nak

ikan bilis

garam secukup rasa

P1070989

1) Potong semua bahan, illy suka potong bayam tang dia punya akar jer, Kemudian basuh semua bahan dengan bersih.

P1070991

2) Masukan air dan juga ikan bilis. Tak perlu tumis. Just rebus hingga mendidih.

P1070993

3) Bila air dah mendidih, perlahan kan api dan masukan sour mustard. Rebus dalam 15 minit. Kalau lagi lama lagi sedap sebab semua rasa dari sour mustard sebati dengan air dan ikan bilis.

P1070995

4) Kemudian masuk bahan utama kita, bayam. Gaul sampai lembut tak perlu lama sangat. Celur- celur jer bak kata orang.

P1070996

5) Akhir sekali masuk seafood tofu, illy suka pakai yang ni sedap manis kalau nak ganti dengan fish ball pun boleh. Lepas tu rebus semua. Kalau dah ready, boleh tutup api then tabur garam sedikit. Pakai garam himalaya yang warna pink/orang tu bagus banyak minerals kalau takda garam biasa pun boleh jer. Then dah boleh angkat masuk mangkuk.

P1080001

Siap dah. Sedap! Cuba lah try. Makan dengan nasi panas, atau pun kalau nak diet makan gitu jer pun boleh. Kenyang sedap dan berkhasiat. Rasa diaada masam – masam sikit. Tulis pun dah terliur. Tu jer la illy nak berkongsi hari ni. Selamat Mencuba!

2 comments:

  1. oh sour mustard tuh sawi asin ermm penat kak lily nak fikir tadi apa dia menda alah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sawi asin ke nama dia? hahaha illy panggil sour mustard :) yer la tu rasanya <3 thank you kak lily singgah blog illy :)

      Delete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)