Resepi Cucur Udang Sedap - Lengkap Gambar Step by Step

Nov 26, 2017

resepi cucur udang sedap dan simple

Assalamualaikum and Olla everyone!

Teringin nak makan cucur udang? Nak pergi beli kat kedai karang bawak balik dah sejuk. Kalau buat sendiri boleh makan puas. Lagi pun kalau beli selalu dorang pakai udang kertas nipis sangat tak rasa. Kalau buat kat rumah boleh letak udang besar sikit, puas makan. Petang – petang boleh buat makan dengan family sambil borak minum teh. illy nak share resepi ni. Sangat senang nak buat bahan tak banyak, yang penting rajin sikit, ada usaha confirm jadi.  Kat bawah ni illy siap tunjuk step by step gambar harap membantu.

resepi cucur udang sedap dan simple

Bahan – bahan Resepi Cucur Udang Sedap

Tepung Gandum – 3 cawan

Air – 1.5 Cawan

Serbuk Kunyit – 0.5 sudu makan

Daun Kucai – 2 tangkai

Bawang Besar sebiji size segengam – Potong Dadu

Udang – 500 gram – dalam 15 ekor size L

Garam 

Note : Pakai Garam Bukit Himalayan Pink Salt sihat sikit kalau takda garam biasa pun boleh. Kami tak pakai taugeh sebab penat pusing cari kat kedai kawasan rumah takda. Jadi ganti pakai bawang. Kalau yang tak suka makan taugeh pun boleh ganti dengan bawang. Serbuk kunyit tu kalau beli yg organic takda pewarna bagus. Kalau nak buat serbuk kunyit sendiri buat stock boleh dehydrate kunyit pastu pakai blender/food processor jadikan serbuk. Takda lah risau letak pewarna. Udang tu kalau rajin boleh buang siap kulit jadi senang nak makan lagi kalau ada budak kecik tak renyah nak kupas.

resepi cucur udang sedap dan simple

Cara – Cara buat Cucur Udang Sedap

Masuk bahan kering dulu, kunyit dan tepung dan juga garam. Kemudian masuk air sikit demi sedikit. Gaul elok. Tujuan letak air sikit – sikit sbeba kalau kurang boleh tambah.Kalau terlebih air nanti cair sangat. Jadi boleh budget.

resepi cucur udang sedap dan simple

Dah gaul sampai takda ketul then masuk daun kucai. Kalau pakai mixer lagu jer. Tapi kalau manual ambik masa sikit lah. Ikut suka hati. Illy malas nak banyak bekas nak basuh jadi kacau manual jer guna senduk.

resepi cucur udang sedap dan simple

Kemudian masuk bawang. Ni step ni boleh tukar letak taugeh kalau korang suka. Jangan masukan udang lagi tau. tunggu dulu. Letak tepi dulu udang tu.

resepi cucur udang sedap dan simple

Okay now, pergi panaskan minyak. Minyak kena banyak. Sebab dia kena berendam kejap lagi. Bila minyak dah panaskuar buih kat dasar periuk tu makna dah ready. Api sederhana tau. Jangan kuat sangat dan jangan kecik sangat. Kalau api kecik and minyak tak cukup panas nanti cucur udang jadi soggy meresap minyak banyak sangat. Api kena just nice.Kalau api kuat sangat nanti luar hangus dalam tepung tak masak. Dia kena medium tapi panas.

Okay nak masak cucur udang ni kena pakai senduk bulat macam buat sup tu dan juga sudip.Sebab nak bentuk bulat bawah cucur udang tu. Bila minyak dah panas, masuk sikit minyat kat senduk macam illy buat tu. Pastu kab senduk tu pun panas juga.

resepi cucur udang sedap dan simple

Masuk tepung yang kita gaul tadi. Then baru letak udang kat atas. Cantik comel jer dia kat situ.

resepi cucur udang sedap dan simple

Rendam sikit – sikit guna senduk. Kasi kawasan luar dia masak dulu. Kalau keluarkan terus nanti bentuk dia tak cantik. Nak kasi dia ada structure bulat ikut senduk tu baru japgi masuk terus minyak.

resepi cucur udang sedap dan simple

Tengok tepung tu dah nak masak jadi macam jemput-jemput. Okay sekarang ambik sudip cungkil dia keluar. Baru lah goreng macam biasa. Kena banyak sabar buat cucur udang ni baru menjadi. Jangan tinggal jer tau. Kena balik – balik kan. Nampak dah masak dah golden brown boleh tos angkat.

resepi cucur udang sedap dan simple

Susun dalam pinggan. Nak potong empat pun boleh nak biar seketul bulat pun boleh. Cicah makan dengan sos cili yang keropok tu. Uishhh.. memang sedap sangat. Makan pula panas –panas memang terbaik lah! Senang jer kan? Okay tu jer lah illy nak share resepi kali ni. Harap membantu.

Jemput like FB page illy dan subscribe kat youtube. Nanti ada banyak lagi resepi menarik illy share dengan semua k. Terima kasih sudi singgah blog illy. Till next blogpost. Dont forget to take it easy and smile!

B L O G : www.illyariffin.com

I N S T A G R A M : http://instagram.com/illyariffin

T W I T T E R : https://twitter.com/illyariffin

F A C E B O O K : https://www.facebook.com/illyariffinblog

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)