Pengalaman ke Bukit Tinggi, Rabbit Park and Japanese Village

Jan 11, 2018

LRM_EXPORT_20180101_004158

Assalamualaikum and Olla everyone!

Hari tu kami ada pergi bawa anak ke Bukit Tinggi. Last pergi dah dekat 2 tahun lepas masa tu mengandung Zandria. Ada tulis juga link kat sini. Masa tu more to gi jalan kat rabbit park and also Colmar Tropicale. Tak gi ke Japanese Village sebad tengah pregnant tak berapa larat nak berjalan mendaki. Kali ni anak dah kuar, apa lagi repeat hehe..

Lokasi Bukit Tinggi, Berjaya Hill ni pun tak berapa jauh tak sampai sejam dari rumah kitorang. Sesuai lah nak bawa budak berjalan spend quality time during weekend. 

20171231_131121

20171231_131200

Sebelum gerak singgah beli sanwich tuna kat Dunkin Donuts. Sedap rupanya!! Tak pernah try ni first time. Tengok banyak mana tuna dia letak. Kalau nak diet then tak yah la letak mayo. Kitorang sajer ambik mayo sebab japgi nak jalan banyak jadi takpe kira contra balik kalori kat situ hahaha

Illy ada buat video tau, semangat. Sajer buat kenangan nanti anak dah besar boleh tengok balik same-same. Plus, kot lah kalau korang nak tengok more details nak survey before pergi ke boleh lah dapat better idea about the place. Alang – alang tengok video tu jemput lah like, subscribe and comment. Nanti ada banyak lagi video menarik yang illy akan share.

20171231_140946

Okay ni tempat masuk nak beli counter ticket Rabbit Park, Bukit Tinggi.

20171231_141252

Dewasa and kanak – kanak atas 3 tahun, harga ticket RM 5.

20171231_141803

Ada perubahan kali ni. Tempat pegang and bagi makan rabbit berbumbung. Last time kat open space. Bagus lah juga kalau hujan ke takda la kelam kabut staff nak kena kejar rabbit nak selamat kan. Rabbit kat sini gemuk sebab memang well fed. Zandria sakan tengok rabbit. I think exposing kids to animals is a good way to teach them too.

20171231_143512

Mak ayah bukan main sengih excited, bebudak chill jer ambik gambar LOL. Jumpa deer, comel i suka sebab ada polkadot camtu. Kitorang aritu perasan kalau deer female dia punya eyelash melentik semacam compared to male. Jangan kata budak, kita yang dewasa ni pun setiap kali datang ada belajar benda baru.

20171231_143545

Zandria nervous nak bagi pegang deer.

20171231_144931

Ni kawasan rabbit park, takda besar mana tapi okay la puas hati dengan fee dia charge. Bersih and dapat interact berapa lama yang kita nak.

20171231_150637

Lepas tu kami gerak ke atas nak ke Japanese Village. Kat sini dia ada charge RM15 kalau dewasa pastu budak RM8. Masa pergi tu kat kaunter charge kami dua jer adult. Sofea and adik tak kena. Baru teringat kalau picnic mesti best cuaca redup sejuk, pastu nampak pula signage no picnic. Okay fine, adalah sebab tu takpe kita ikut jer peraturan.

20171231_153032

Kebetulan pergi musim hujan, kejap hujan kejap stop. Cuaca memang sejuk banyak kabus. Best sangat and udara segar.

20171231_153115

Wajib family picture satu.

20171231_153658

Kat sini banyak berjalan, illy sarankan tak bawak stroller sebab ada banyak naik tangga. Better bawa baby carrier kalau tak nak lenguh dukung budak. Lagi afdal kalau pakai sport shoe. Kalau pakai heels boleh menangis hahahaha

20171231_154957

Melompat sofea excited nampak ikan dalam pond.

20171231_160944

Memang menarik tempat ni, memang sesuai kalau nak  spend quality time dengan keluarga. Dia more pada nature. If jenis appreciate tumbuhan, udara segar memang akan seronok. Tapi kalau korang minat macam havoc2 then mungkin akan cakap boring. For us, kitorang suka tempat macam ni. Dapat excercise, pastu tak serabut sangat. Okay tu jer la nak share kat ni. Harap membantu. Kot korang cari idea nak pergi mana time weekend. Boleh cuci peparu sikit sedut udara segar hehe.

Till next blogpost. Don’t forget to take it easy and smile!

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)