3A Yong Tau Foo & Cheong Fun | Honest Review |

Feb 14, 2018

3A Yong Tau Foo & Cheong Fun

Assalamualaikum and Olla everyone!

Husband illy ada teringin nak makan Yong Tau Foo last week. Tertibe balik office dia cakap, tak yah masak lah I nak bawa you and budak – budak makan Yong Tau Foo. Then kedai yang kitorang suka pergi kat Uptown dah tutup. SEDIH.. Tapi takpa, my husband ada jumpa another tempat sedap pastu harga affordable yang paling penting HALAL. Kami baca menu memang takda jual alcohol. Lokasi pun tak jauh sangat lah dari rumah kami. Kedai buka dari 11am until 10pm.

3A Yong Tau Foo & Cheong Fun

12, Jalan 19/3, Seksyen 19, Petaling Jaya, Selangor 46300

3A Yong Tau Foo & Cheong Fun

Kami ambik fucuk, pastu wantan goreng, yang sup kami ambik bendi, terung, taufoo. Setiap satu dia charge RM1.60 tak kesah jenis yang mana.

3A Yong Tau Foo & Cheong Fun

Sedap sangat, sampai atasmeja panas pastu crunchy and tak soggy. Makan in the spot memang syahdu. Paling suka sebab dia tak berminyak sangat walaupun deep fried.

3A Yong Tau Foo & Cheong Fun

Sup dia okay la. Not the best but also no the worse. Maybe because my husband and I tak minat masin. Kalaukat rumah pun kitorang pakai garam sikit sangat. Bendi sedap, fish paste dalam terung pun sedap dan banyak isi.

20180209_184519

Assam Fish Ikan Kembung. Nampak gambar ni kat menu teringin terus order. Sedap rupanya harga pun tak sampai RM10. Macam nyonya style. Dia tak goreng ikan tu. Rasa macam rebus dulu pastu baru letak kuah. Sebab isi ikan sangat juicy tak kering. Ig only lebih pedas mesti lagi best.

20180209_184526

Chee Cheong Fun kami order yang dengan sweet sauce kalau nak order yang kari version pun boleh. Sedap repeat order Chee Cheong Fun sampai dua kali. Anak illy yang no 2 tu suka sangat. Fish ball tu ambik 6 ketul, ngam untuk kami share anak beranak. Fish ball gemuk sedap and very juicy. Air kami ambik honey lemon, just nice rasa dia. 

 

20180209_183833

Boleh kata puas hati makan, kedai bersih, layanan service pun bagus cepat dan sopan, kids friendly, luas and tak rasa stuffy..  Total Bill RM50++ Bolah la kan. Satu jer kat sini susah sikit nak parking. Tengok nasib. Illy cadang pergi bukan peak hours kalau nak cari parking senang sikit. Will we come back again? Ofcoz.

Alright, tu jer nak share kali ni. Kalau korang teringin nak makan Yong Tau Foo kat area PJ yang halal boleh consider kedai ni k? Dorang tak sponsor this post, this is my personal visit and I used my personal time to write and share my opinion dengan korang. Harap bermanfaat. Thank you for visiting.

Alang – alang tu, jemput singgah tengok YT video baru and like kat FB. Boleh la kita kawan – kawan. Kalau rajin lagi, jemput singgah instagram illy hehe.. banyak gambar perasan kat situ hahahahahaha… Okay dah tu jer la till next blogpost, don’t forget to take it easy and smile!

B L O G : www.illyariffin.com

I N S T A G R A M : http://instagram.com/illyariffin

T W I T T E R : https://twitter.com/illyariffin

F A C E B O O K : https://www.facebook.com/illyariffinblog

3 comments:

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)