Hong Dae Kimbap Kota Damansara |Honest Review|

Feb 26, 2018

Hong Dae Kimbab Kota Damansara

Assalamualaikum and Olla everyone!

Korean street food and Noodle menarik di Kota Damansra. Ada peminat k-pop ke kat sini? Illy takda lah minat k-pop tapi kami satu family suka makan. We all quite adventurouswhen it comes to makan. I bet more than 50% of Malaysian memang suka makan. Anyway, nak cerita ni kitorang jumpa tempat makan korea best kat Kota Damansara. Nama kedai dia HongDae Kimbab. Lokasi dekat shop lot sebelah sunway nexus giza.Tapi tolong kedai ni macam tersorok sikit. Kalau nak senang dia betul belakang sushi mentai.

Susah juga nak cari Korea shop yang tak serve pork. Happy jumpa this shop sebab nampak memang authentic dia punya korea. Sebab Chef pun macam dari Korea. Masa ambik order tu ada datang staff dia punya lah handsome hahaha… anak dara i tersipu2. Illy takda lah sebab bagi i, husband i lah paling handsome dalam dunia LOL

20180225_190441

20180225_190511

Illy ada ambik gambar menu kalau korang nak survey tengok apa dia ada.Kalaumenu ni macam kecik, click kat gambar tu nanti jadi besar senang nak baca.

20180225_191502

Husband illy order cheese ramen. Sedap banya juga bahan kat dalam tu. Spicy dia boleh tahan but takda lah macam sampai nangis still okay. Kalau suka pedas boleh try this one.

20180225_191922

Ni pula cold noodle with chicken. Ada cili tepi tu illy asing sebab nak bagi anak makan. Sofea memang peminat noodle. This noodle dia chewy pastu dah kata pun cold noodle. Supdia sejuk macam ice. Kalau budak suka sebab sampai terus boleh makan. Tak payah nak tiup sejukan tak melcur lidah. Sofea share noodle ni dengan adik dia.Illy and husband ambik sikit hehehe kena lah cukai sikit LOL

IMG_20180225_194923_691

Kimbap, dah pergi kedai korea kalau tak order kimbap mana boleh. Salah dari segi undang – undang haha.. Kimbab ni macam sushi tapi dia panjang sikit. Ada sesame seeds kat atas. Tak payah makan dengan wasabi atau shoyu. Just ambik then masuk mulut terus. Satu roll RM1.80 dia potong dua macam dalam gambar tu. Illy ambik veggies kimbap, tuna mayo dengan egg kimbap kot kalau tak silap. Boleh la try kalau nak cuba sushi version korea.

20180225_191916

Ya habibi Ya Maulana, itu lah dia cheesy soy chicken. This will be the reason illy balik semula gi kedai ni. Sedap teramat sangat. Chicken dia memang juicy pastu salut dia tu best sangat, manis masin. Celup dengan cheese pula tu. Dalam cheese tu ada di letak jagung pulak dah. Pastu atas ayam macam ada peanut. Sambil gigit tu ada rasa cukup lengkap sekali dengan combination texture memang best. Dalam tu dia ada masuk topokki sekali. Yang macam bantal kecik chewy. Ish.. rasa nak bawa family members lain datang try juga. Tengok lah kalau ada rezeki next time insya Allah.

Berpuas hati dengan service, dorang baik tau. I segan sebab anak illy yang Zandria ada pecahkan sudu ceramic. Banyak kali illy minta maaf, owner dia pun baik jer siap bagi discount masa kami bayar. Terima kasih banyak, we felt welcome and happy to dine in your shop.

Sajer lah nak share  dengan korang kalau berminat nak try. Kalau dah takda idea nak makan apa ke, boleh try kedai ni. Ni bukan paid review ke hape tau, ni illy and family just lalu pastu teringin masuk kedai. Okay tu jer la nak share kali ni. Dah jadi habit kalua best mesti nak share so orang lain pun boleh merasa juga.

Terima kasih sudi singgah blog illy. Till next blogpost. Don’t forget to take it easy and smile!

B L O G : www.illyariffin.com

I N S T A G R A M : http://instagram.com/illyariffin

T W I T T E R : https://twitter.com/illyariffin

F A C E B O O K : https://www.facebook.com/illyariffinblog

3 comments:

  1. Hi,

    I know dia tak serve pork tapi ayam dia halal sourced ke? just curious, kadang2 i nk try tapi was2 :)

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)