Resepi Kuey Teow Goreng |Step by Step dengan Gambar dan Video |

Feb 5, 2018

LRM_EXPORT_20180205_202202

Assalamualaikum and Olla everyone!

Kali ini illy nak share resepi Kuey Teow Goreng simple tapi sedap. Version tak pedas sesuai untuk orang dewasa and budak-budak. Illy masak guna pressure cooker philips. Kalau nak guna pressure cooker noxxa ke atau brand lain pun boleh. Nak masak atas dapur biasa pun boleh jer. Ikut mana suka. Untuk kali ni illy set pressure cooker kepada sear at high temperature. Fungsi dia sesuai untuk mengoreng. Kat bawah ni  illy ada buat video sekali step by step kalau nak nampak lebih jelas. Nanti kalau tengok video jangan lupa like and subscribe k? Lebih banyak lagi resepi menarik dan simple yang akan illy share in the future.

Bahan – Bahan Resepi Kuey Teow Goreng :-

Kuey Teow sebungkus

Daun Ketumbar

Daun Bawang

Cherry Tomato

Cili Merah Besar

Halia

Daging

Fish Balls + Veggies

Bawang Putih

Bawang Merah Besar

Kicap

Garam

Minyak Masak

20180205_200623 (1)

Step 1 : Panaskan minyak untuk menumis. Kalau nak letak cili kisar pun boleh tapi sebab illy nak bagi budak pun boleh makan jadi illy skip cili kisar.

20180205_200835

Step 2 : Masukan bawang merah besar, halia yang dihiris dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.

20180205_200934

Step 3 : Kemudian masukan daging. Kalau suka garing then goreng lama sikit. Kalau illy suka macam moist juicy so illy goreng tak sampai garing.

20180205_201022

Step 4 : Sebab anak illy suka fish ball veggies illy pun masukan juga.

20180205_201118

Step 5 : Bila bahan tadi semua dah masak, masukan kuey teow lepas tu apa lagi. Gaul sebati.

20180205_201236

Step 6 : Masuk daun ketumbar, daun bawang dan cherry tomato. Kami suka daun ketumbar sebabdia ada aroma dan juga banyak khasiat. Daun ketumbar atau juga dikenali sebagai coriander, boleh bantu kurangkan gula dalam badan, bantu lancarkan penghadaman dan kawal tekanan darah. Sebenarnya banyak lagi manfaat. Tapi kang panjang pula tulis resepi hehe.., Sajer lah share mana tau bermanfaat. Sambil masak sambil masuk bahan berkhasiat untuk keluarga kita makan.

20180205_201502

Step 7 : Kemudian masuk kicap. Kalau boleh carilah kicap yang tanpa msg. Yer jangan tak tahu kebanyakan kicap kat dalam pasaran ada msg. Racun tersembunyi yang boleh effect jangka masa panjang pada otak.

20180205_201612

Step 8 : Gaul punya gaul. Dah pun siap. Kalau nak kering gaul lama lagi. Kalau nak basah just tambah air sikit. Kalau boleh elakan pakai kiub bilis ke kiub ayam please.. Tu semmua tinggi kandungan racun msg. Sian kat anak kita dia tak tahu apa. Kita bagi makan dia ngap aja. Okay tu jer la pesanan illy. Pesan sebab sayang. Nak semua sihat dan gembira.

LRM_EXPORT_20180205_202126

Okay dah siap. Selamat mencuba.

B L O G : www.illyariffin.com

I N S T A G R A M : http://instagram.com/illyariffin

T W I T T E R : https://twitter.com/illyariffin

F A C E B O O K : https://www.facebook.com/illyariffinblog

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)