Cara dapatkan RM500 Percuma dari PTPTN

Mar 26, 2018

sspn3

Assalamualaikum and Olla everyone!

Ada benda penting illy nak share kali ni. Especially untuk parents out there. Ada dengar tak pasal SSPN1M, alah yang Grant PTPTN dari Government tu. Untung tau kalau register, nak tahu apa yang best dan kenapa illy decide untuk buat untuk dua anak illy? Sambung baca, illy citer sebiji - sebiji. Yer la sharing is caring, kalau tak buat cepat karang melepas rugi tak ambik peluang yang dah ada depan mata.

Tujuan utama PTPTN ni memang untuk peruntukan kos belajar, SSPN pula kira macam saving. Start lagi awal lagi bagus. Tapi apesal nak kena rushing? Sebab bawah PTPTN ada banyak produk so far paling menarik bagi illy SSPN1M semperna budget kerajaan tahun 2018.

image

image

Orang 500,000 terawal dalam tahun 2018 akan dapat insentif GS500. Apa benda tu? Makna nya korang akan dapat RM500 secara percuma dari kerajaan. Best tak? Tapi ada limit tau sebab peruntukan dia RM250 juta jadi kalau dah habis korang lambat dah melepas. Tu yang illy nak share ni biar korang cepat – cepat register. Rugi lah kalau tak ambik peluang. Dah la SSPN ni bayar dividen yang kompetitif. Dah memang kita akan simpan duit untuk anak belajar, alang- alang ada insentif bagus macam ni baik grab jer. Plus siap ada lindungan takaful tau. Illy dah check memang berbaloi. Japgi citer pasal berapa coverage.

image

Tapi bukan semua orang layak, ada syarat dia. Kalau nak dapat insentif RM500 anak yang di daftarkan mesti berumur 7 hingga 12 tahun pada tahun 2018. Macam anak illy baru 4 tahun yang sorang lagi setahun jadi tak boleh nak dapat manfaat ni. Tapi illy masih register juga kenapa? Okay jap sabar satu-satu dulu. Selain tu minimum simpanan korang kena masuk dalam SSPN1M ialah RM500. Korang masuk jer untuk anak terus hujung bulan yang sama juga akan dapat insentif kat dalam account. Tapi boleh keluar bila anak cukup umur 18 tahun. Makna nya tunggu habis sekolah, betul – betul before masuk belajar.

image

Walaupun anak illy tak cukup umur untuk dapatkan illy tetap register. Senang setiap kali dapat duit raya boleh simpan terus kat dalam tabung belajar dorang. Paling penting dijamin oleh Kerajaan. Jadi memang rasa secured. Pastu untuk ibu bapa yang kerja lagi untung sebab boleh dapat pelepasan cukai pendapatan sampat RM12 ribu setahun. Banyak tu!! Simpan duit belajar anak kat tempat lain tak dapat pelepasan cukai. Lagi pula kalau simpan serendah RM30 sebulan pun dapat Takaful coverage sehingga 1 juta. Pelindungan pula serta merta tak perlu nak tunggu result medical check up ke apa. Pastu kalau masa depan kalau duit simpanan tak cukup, layak pinjam duit dari PTPTN untuk belajar. Jadi memang banyak sangat kebaikan. Serendah RM30 sebulan. Kalau anak 2 orang baru RM60. Sekali pergi makan kat luar pun dah berapa, apa salah kita asingkan RM30 sebulan untuk masa depan anak kita. Baru lah betul sayang. Kalau letak lagi banyak lagi bagus sebab lagi banyak coverage

image

Step nak register pun tak susah. Illy buat tak sampai 10 minit settle untuk dua anak. Bayangkan bertapa simple nyer.Tak payah nak ambik cuti ke apa. Step pun 5 jer, tengok yang print screen illy share ni. Nanti boleh pilih nak ambik pakej apa. Paling minimum RM30 paling banyak RM500 iaitu Pakej Berlian. Boleh pilih ikut budget korang. Nanti dia akan tunjuk sekali manfaat. Bayangkan masuk RM500, hari yang sama dapat coverage 500,000. Setengah juta tu.

Anak-anak illy memang suami illy dah prepare insurance nyawa dan kesihatan yang personal dah juga dari tempat kerja. Tapi yang ni kita extra dari apa yang kami ada. Masa depan kita tak tahu. Memang lah kalau boleh kita nak yang baik dan tak nak apa-apa yang tak elok jadi pada kita dah ahli keluarga. Kita tak boleh nak tengok masa depan, jadi step terbaik adalah be prepared.

Alang - alang memang nak simpan duit untuk anak belajar pastu kerajaan nak bagi insentif macam ni siap dengan takaful dan macam – macam lain, baik ambik jer. Rezeki jangan di tolak hehehe..

sspn1

Sebenarnya illy harap kerajaan teruskan bagi grant macam ni. Sebab tahun lepas pun ada bagi juga geran. Bayangkan kalau setiap tahun bagi grant pastu tiap tahun boleh claim RM500 kalau 10 tahun dah berapa dapat hehehe illy dah check website PTPTN dia tulis :-

Sekiranya penerima manfaat telah menerima insentif GS50 pada tahun 2017, adakah masih layak menerima insentif GS500 bagi tahun 2018?

Layak kerana melibatkan insentif yang berbeza.

Untitled

ADA LAGI….. Kalau korang register sekarang, ada pertandingan menarik!! Boleh menang Cabutan WOW dan Cabutan Cashless! Boleh menang Pakej Percutian Keluarga Ke Taman Tema Disneyland Jepun / Umrah Bernilai RM23,000 + RM3,000. Boleh juga berpeluang menang wang tunai sehingga RM 100,00 Banyak tu!! Banyak lagi hadiah menarik nanti boleh tengok website PTPTN, cabutan bulana, sukuan dah tahunan. Ingat tau join dan register sebelum hujung tahun Dec 2018. Jangan cakap illy tak share pula. All the best, GOOD Luck. Illy harap korang menang. Kalau illy menang kalau boleh nak RM100,000 tu hehehe…

Okay tu jer lah illy nak share kali ni. Harap bermanfaat. Kalau nak tengok more details boleh direct ke website PTPTN dah register terus, atau nak survey dulu pun boleh.Tapi kena cepatlah, takut nanti dah habis plak limit dia.

Terima kasih sudi singgah blog illy. Macam biasa, kalau ada benda menarik nanti illy share lagi k? Till next, blogpost don’t forget to take it easy and smile!

website PTPTN

#GS500 #loveSSPN1M

1 comment:

  1. Okay. Yang ni dari tahun lepas nak register sampai dah rebrand pun masih tak register. Padahal hujung jari je semua sekarang kan. Hihihi.
    Insof kejap pergi register walaupun tak layak untuk dapat ganjaran tu.

    ReplyDelete

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)