Cara Halau Cicak tanpa Chemical - DIY

Mar 4, 2018

Lizard repellant diy

Assalamualaikum and Olla everyone!

Baru ni illy ada terserempak seekor cicak kat rumah. SERAM giler. Habis my daughters dengan illy sekali menjerit cam  nampak hantu. Yang steady tak takut just my husband hahaha.. Okay tak boleh jadi bila ada sekor mesti ad family dia kan? Tak kan dia cicak alone ranger. Tak boleh jadi, tindakan harus di buat sebelum dia beranak pinak. Owh no tak boleh imagine. Bab cicak memang geli giler kot. Tapi rumah kami ada budak so prefer tak nak pakai spray yang chemical ada kat pasaran. Kali ni illy nak share cara untuk halau cicak ataupun cara buat Lizard repellent secara bio guna bahan semula jadi dan berkesan sebab kami dah try. Cara nak buat senang yang amat. Paling penting tak membahayakan kesihatan badan kita sebab memang no chemical what so ever. 

20180303_194759

Bahan :-

Bawang Merah / Onion

Air / Water

Botol Spray

Nak citer sikit, kenapa guna bawang merah. Sebab bawang merah ni ada sulphur semula jadi. Sulphur ni yang menyebabkan bau pedas atau tengik pada bawang. Cicak cukup tak suka and menyampah bau ni. Kalau kat manusia takda hal. sebab bau dia very minimum. Kalau cicak dia tak boleh memang sensitive. Bila ada bau ni dia akan lari. Kalau boleh tak nak lah bunuh dorang, ada banyak cara lagi kalau nak bunuh terus contoh campur honey dengan serbuk baking powder nanti dia makan pastu mati. Tapi cam tak sampai hati pula nak bunuh. Dia lari pastu tak datang balik pun dah kira bagus sangat untuk kitorang.

20180303_194952

Step 1 : Potong bawang, tak kesah nak potong macam mana janji potong. Kemudian masukan air. Just nice the amount. Kalau nak buat pekat kurang air kalau nak cair then lebih.

20180303_195511

Step 2 : Rebus sampai mengelegak dan naik bau. Biar semua enzyme dan sulphur dari bawang meresap ke dalam air.

20180303_195947

Step 3 : Tunggu sejuk kemudian masuk dalam botol spray.

20180303_202338

Dah siap pun, tak merbahaya untuk orang tua, orang dewasa ataupun kanak – kanak. Lagi pulakalau dalam rumah tu ada yang sakit lelah atau asthma lagi sesuai pakai penghalau cicak secara organic dari beli spray chemical.

Paling best sebab korang bantu jaga bumi kita. Tak beli packaging botol spray bahaya pastu yang last2 selongok kat tempat sampah. Buat macam ni bantu make our earth greener sebab kurangkan sampah.

Cara nak guna spray belakang almari, celah dinding tempat tersorok macam belakang peti ice. Belakang tempat air cond. Korang lagi tahu kawasan rumah kan? jadi mana tempat suspect tu spray. Kalau cicak lalu dia akan stress pastu berhijrah. Sebab cicak paling menyampah bau bawang haha.. Okay tu jer la illy nak share kali ni. Harap bermanfaat. Kalau korang nak banyak lagi tips DIY jemput like and follow social media account illy kat bawah tu. Confirm tak menyesal banyak lagi tips dan info menarik yang illy akan kongsikan.

Boleh tengok video kat bawah ni untuk lebih details step by step process.

Till next blogspot. Don’t forget to take it easy and smile!

B L O G : www.illyariffin.com

I N S T A G R A M : http://instagram.com/illyariffin

T W I T T E R : https://twitter.com/illyariffin

F A C E B O O K : https://www.facebook.com/illyariffinblog

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)