MediFood Restaurant TTDI | Honest Review |

Mar 19, 2018

20180315_184738

Assalamualaikum and Olla everyone!

illy ada tempat makan baru kat area TTDI yang illy nak share dengan korang semua. Actually dah few times illy order UberEats kedai ni. Tapi ni first time pergi direct kat kedai. One ofthe main reason illy and husband suka order uberEats from kedai MediFood sebab dorang masak makanan sihat. Macam kata Hippocrates “Let thy food heal your body”.  Menang guna organic veggies pastu bahan lain pun semua yang takda chemical. Macam kita masak kat rumah. Portion pun banyak, rasa pun sedap. Sebenarnya seronok sebab ada makin banyak options untuk healthy food kat area sini. Tak jauh dari rumah balik kerja senang nak singgah.

20180315_182247

Kedai dia kat area TTDI kawasan shop lot. Alamat penuh korang waze ke pakai google map jer lah. Tu illy dah tanda kat picture so boleh dapat gambaran lebih kurang kat mana.

20180315_183216

Kitorang baru tahu kat sini dia style macam Opika. Ada kedai makan and kalau nak beli barang dapur organic atau healthy food pun ada. Macam small grocery store. Kira one stop center untuk healthy food supplies. Sementara tunggu makanan sampai, illy ada jalan tengok apa dorang jual. Menarik juga illy nampak ada organic fresh veggies, pastu ada macam – macam jenis serbuk almond powder, matcha powder, ada manuka honey, macam – macam lah. Illy dah mark few things yang interested nak beli. Lepas ni nak cari healthy food supplies tak yah nak susah dah.

Kalau tengok kat atas tu macam ada tv yang screen hijau tu kan? Sambil duduk boleh tengok dorang tunjuk video kat mana dorang tanam sayur as in where they get all their supplies etc. Menarik juga. Rasa macam nak bawa anak illy gi belajar tenogk macam mana cara tanam pokok. It is a good living skills to have.

20180315_184750

Husband illy peminat Assam Fish Head. Dah lebih 3 kali order guna uberEats. Ingat sampai kedai ni nak order lain nak try. Tapi husband illy nak juga order assam fish head. Dorang pakai Salmon Fish head. Sebenarnya portion dia besar. Boleh share 3 orang. Pastu banyak sayur juga kalua tak nak order sayur seperate pun takpa. Ada kobis, ada kacang panjang, tomato dah terung. Cukup lengkap warna rainbow. Rasa dia macam manis tak pedas sangat just nice. Kepala ikan salmon tu pun dah digoreng tepung before masuk dalam kuah assam. Must try kalau korang pergi sini k. Confirm tak menyesal.

20180315_184548

Yang ni ayam masak apa illy dah lupa hahahaha.. apa lah nak tulis sangat blogpost tapi lupa nama dia. Resit plak dah buang kalau tak boleh check. Macam illy cakap tadi portion dia banyak memang boleh untuk sharing. Kami order yang ni sebab tak pedas untuk my daughter Zandria makan. Illy suka sebab dia pakai ayam organic rasa manis dahtak berlemak sangat macam ayam yang mass produced. Ayam ni tak kena cucuk antibiotic and such. Jadi rasa selamat nak makan.

20180315_184802

This one spinach and mushroom soup. Macam salad tapi asian style. Penuh satu mangkuk besar dengan sayur. Kalau ikutkan untuk sorang makan memang kenyang sangat. Kami buat for sharing. Kuahdia tu penuh dengan khasiat dari bayam dah veggies lain macam carrot and mushroom.Sedap sangat. Anak illy suka makan yang ni. Rasa next time nak order uberEat gi office sayur ni. Boleh cepat kurus hahaha..

Zaman sekarang many people are overfed but malnourished. Pernah tak makan banyak pastu kejap jer dah lapar? Sebab badan kita nak bagi  tau dia tak cukup zat. Kita plak ingat lapar then makan. Tapi bila kita makan benda tak berkhasiat, badan kita masih tak dapat nutrisi yang dia nak tu. Sebab tu makan banyak mana pun kejap jer dah rasa lapar. Badan tak dapat lagi nutrisi yang dia nak. Kalau kita makan healthy food, badan kita dapat banyak nutrisi so walaupun makan sikit tapi tetap rasa kenyang dan paling penting badan kita jadi sihat dan dapat healing dari dalam.

20180315_184604

Saja ambik gambar nasi dia. Siap ada corn kat dalam tu sedap. For added nutrition. Bagus sebab banyak fiber dan vitamins. Kalau bagi budak makan lagi bagus. Expecially yang tak suka sayur. Dia tak perasan sangat heheeh kalau perasan pun dia takda pilihan memang kena makan hahaha.. Okay tu jer la illy nak share kali ni. Harap membantu kalau korang cari kat mana port makan sihat yang sedap area TTDI. Sebenarnya ada beberapa lagi options kat sini. Nanti lah illy ada masa illy tulis blogpost lain pula k.

Thank you sebab spend time baca blog illy. Till next time. Don’t forget to take it easy and smile!

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)