Pengalaman dan Tips Buat Passport Budak di UTC Sentul

20180227_201328

Assalamualaikum and Olla everyone!

Kali ni illy nak share pengalaman buat passport budak di UTC Sentul. Kami sekeluarga memang paling suka buat passport kat UTC Sentul compare dengan tempat lain walaupun agak jauh dari rumah kami. Sebab kat sini servis cepat, dan staff pun tak garang and friendly. Kami suami isteri dah banyak kali juga lah renew passport kat sini. Dulu masa buat passport Sofea masa kecik pun buat kat sini tapi tak pernah tulis blogpost. Kali ni nak buat passport baru untuk adik Zandria. Jadi illy ingat nak tulis so mana tau boleh membantu kalau next time korang pun nak buat passport untuk anak.

Okay citer dia sebenarnya nak renew si kakak sofea dan buat baru adik zandria punya. Tapi atas silap kami sendiri hanya boleh buat adik punya jer kali ni sebab document tak lengkap. Jadi untuk elak korang kena ulang alik ni illy list siap apa document perlu untuk buat passport dah juga renew passport.

Buat Passport Baru Budak Document Diperlukan :-

Surat Beranak (MyKid dia tak kira, apa function buat mykid kitorang pun tak sure haha)

Budak kena hadir sebab nak ambik gambar time tu juga

Renew Passport Budak Document Diperlukan :-

Passport lama

Surat Beranak (again MYKID tak di layan)

Kos  : RM100 untuk tempoh sah laku 5 Tahun

Agak rugi juga buat passport Sofea dulu 2 tahun jer, sekrang untuk budak takda 2 tahun semua standard 5 tahun RM kira berbaloi lah juga. Okay ni nak citer tips, kat UTC Sentul ni dia buka sampai malam. Jadi tak perlu nak ambik cuti. Balik kerja boleh pergi. Kena bare in mind lah masa rehat mereka dari 7pm – 8pm. Dari balik kerja boleh terus pergi sentul cari parking. Lepas tu nak solat nak makan malam kat situ ada surau dan gerai sekali.

Dalam 7.30pm walaupun pintu Immigresen tutup tapi orang dah beratur panjang tau kat luar. Kami chill jer sebab dah tahu immigresen kat sini buat kerja efficient.

20180227_200502

Buka jer pintu 8 malam, terus orang semua beratur ambik no giliran. Ada special laluan untuk yang ada anak kecik atau warga emas dan OKU.

20180227_200509

Konsep memang bagus lah sebab ada laluan special kan? Tapi dah orang panjang beratur camni takda makna nak entertain laluan special ke apa. Kitorang kena beratur juga cam biasa. Takpe la no rush pun. Tak sampai 10 minit dah dapat nombor.

20180227_200111

Tips : Sebab kalau buat passport budak dorang akan minta salinan surat beranak. Jadi masa illy tengah beratur, Johan gi photostate surat beranak Zandria siap – siap. Karang orang dah dapat banyak pula nak beratur nak photostate. Jadi kita bahagi tugas. Lepas photostate, johan bawa budak gi ukur tinggi. Ni pun tips. Sebab nanti memang pegawai akan tanya berapa tinggi nak masuk record. Jadi takda la time dah depat pegawai baru terhegeh nak gi bawa anak ukur. Biar semua dah ready.

Depan pegawai nanti, dia nak copy surat beranak dah ada. Dia nak berapa panjang anak pun kita dah ready. Bila kita mudahkan urusan orang lain insya Allah urusan kita pun akan mudah. Lagi cepat orang lain dapat giliran.

20180227_210543

Okay lah not too bad kan? Lagi tips, kalua nak pergi balik kerja pergi tengah minggu. Hari rabu ke selasa ke or khamis. Ikut pengalaman kami tu time paling tak ramai orang. Kalau jumaat atau weekend memang berjanggut lah tunggu sebab orang lain kebanyakan pilih time tu.

20180227_210058

Sambil menunggu kitorang gi baca notis board hehe.. Tengok ni dorang paparkan passport zaman dulu masa time tulis tangan. Punya lah rare. Dulu gambar anak masuk passport ibu bapa.

20180227_210122

Pastu ada zaman mesin type. Kira dah canggih lah sikit kan. Payah sikit orang nak tiru.

20180227_210124

Banyak juga jenis passport. Tak pasal macam lawatan sambil belajar tengok perubahan technology passport. Okay dah nak sampai turn kitorang dah.Yeay!

20180227_205515

Ini lah dia. Ingat senang nak ambik gambar budak hahahahaha.. Dia pergi kuak lentang ber”gymnastic” depan pegawai imigresen hahaha.. Nasib tak menangis kalau tak bengkak mata dengan air mata masuk dalam passport. Berpeluh kitorang pujuk. time sofea dulu, illy pegang. Kali ni bagi ayah dia merasa lak hahaha

Citer dia, walau macam mana kita prepare we can’t really nak make sure everything under control. Just enjoy the journey and try our very best. Segala process dari ambik nombor sampai siap passport dalam 45 minit. Sangat puas hati dengan servis di UTC Sentul.

Next nak kena gi lagi, sebab nak renew kakak sofea punya lak. Sabor jer la nak kena redah lagi hahahaha.. Kitorang nak gi mana ni? Nanti lah citer. Okay tu jer la kali ni. Hope it helps. Jemput singgah youtube kami, banyak pengalaman kami bercuti, tips kecantikan, dan resepi yang kami kongsi. Jangan lupa subscribe hehehe.

Till next blogpost, don’t forget to take it easy and smile!

B L O G : www.illyariffin.com

I N S T A G R A M : http://instagram.com/illyariffin

T W I T T E R : https://twitter.com/illyariffin

F A C E B O O K : https://www.facebook.com/illyariffinblog

Comments

  1. terima kasih atas perkongsian pengalaman buat passport budak
    heheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. no problem :) just kongsi pengalaman. Terima kasih sudi singgah blog illy n comment :)

      Delete
  2. AS Salam. Memang seronok buat paspot especially untuk anak MMD yang OKU tu. Semoga dibagi priority termasuk the whole family punya turn. Cepat jer siap masa di Imi Port Klang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Popular Posts