Pengalaman ke Hanoi Halong Bay Vietnam - Muslim Family Travel, Halal Food and Stuff

Apr 23, 2018


IMG_20180410_232759_652

Assalamualaikum and Olla everyone!

Tengah 50-50 sebenarnya nak share pasal umah terbakar ke or nak share pasal gi Hanoi dan Halong Bay dulu. Citer menda positive lah dulu. Sempat lagi tu gi bercuti rumah baru lepas terbakar. Sebenarnya, trip ni memang dah plan dari tahun lepas. Kitorang dah biasa camtu. sebelum start tahun baru kita dah plan siap nak gi mana, ticket hotel apa semua lah. Kalau nak tahu ittinerary sampai menu kedai berapa harga simcard semua dah ready even before start 2018. Bukan berjalan sorang, nak bawa gerabak jadi kena kira budget betul2 nak plan cuti pun senang. Sebenarnya trip July, trip Oct pun semua dah settle tunggu masa jer.

ikut hati rumah terbakar, memang takda mood lah nak bercuti. Takpe lah, semua dah ketentuan. kalau tak pergi kira membazir pula semua yang dah bayar prepaid. Husband illy mula tu memang dah nak cancel semua. Satu malam before fly dia memang dah cakap tak yah gi. Esok nya terbuka hati, gi lah juga.

Pergi and balik kami naik Malindo Air, sebab beli masa promo tahun lepas. Lepas tu memang ada free 25kg check in per person. Sofea dah above 3 tahun so kira satu seat and dapat juga allocation 25kg tu. Walaupun akhirnya tak pakai langsung allocation check in sebba memang hand carry jer luggage n backpack. But still good to know ada space luggage if needed. Dah serik dulu masa gi Maldives, beg balik kena charge sampai usd500. Nak menitik air mata bayar.  Lagi satu dah compare dengan AirAsia and Malindo meal free. Kena jadi pembeli bijak, compare segala benda dulu.

image

Ni lah calculation cost kami 4 beranak ke Hanoi dan Halong Bay. Kalau nak ittinerary kitorang nanti inbox kat page illy ke or email illy.ariffin@gmail.com. Nanti illy share kan. boleh jimat lagi sebenarnya sebab kat Hanoi many things are very reasonably priced. ikut selera korang lah. Bagi illy bilik dalam RM50 semalam kira berbaloi sangat dah. Mana nak dapat kat kl. Tak yah lah compare dengan Starwoods itu kita range lain. kali ni memang dah plan nak bercuti budget. Kasi budak tahan lasak sikit. 

20180408_163923

Ni lah bilik rm50 semalam. Boleh lak kan. Worth it. kalau banyak songeh memang payah lah gi negara dunia ketiga. kalau easy going then tak kecewa sangat. Chill2 jer. Bukan nak duduk sangat dalam bilik hotel pun. Banyak masa spend kat luar. Hotel untuk mandi, tukar baju and tidur jer pun. Owh lupa nak bagi tau kat sini sampai check in memang dorang minta passport, memang semua pssport kena bagi sebab dorang simpan dalam peti besi kat kaunter demi keselamatan. Bila check out baru pulang balik.

20180408_162403

20180408_163931

20180408_162419

illy suggest korang cari hotel dekat kawasan Old Quater sebab senang main area nak kemana pun senang boleh jalan kaki. Save duit transport. Hotel yang kami tidur nama Central Hotel. Boleh survey banyak lagi hotel lagi murah lagi mahal kat kawasan ni. Ikut taste n budget memasing. Jangan terkejut kalau masa booking tengok gambar cam lain. bila check in cam lain hahaha sebab it seems benda tu normal untuk dorang kat sini. Manage your expectation.

20180408_163939

First time nampak kepala pipe camni. Don’t judge a book by its cover. One of the best shower system illy try. The warm water accurate tau. kalau kat hotel 5 star pun illy dah banyak kali kena bila kita pusing ke warm ambik masa lama nak jadi warm. Bila nak sejuk pun kekadang payah nak. Tapi yang pili ni bagus, instantly kita nak suam ke sejuk ke cepat dia punya effect. Water flow pun good. 

20180408_162359

Pilih bilik ni sebab ada window. Dalam kepala expect ada view. HHAHaHahaHaHaHaHAAH

20180409_063118

Pastu tips lagi, nanti kat sini plug point jenis 2 pin yang kurus tu. so beli siap satu adapter. tak payah beli universal adapter beratus. beli khas yang 2 pin ni tak sampai RM20. Then dah boleh pakai. kalau banyak device bawa extension terus. Jadi kepala extension jer guna adapter.

20180408_165527

Dah settle chill, lepas sampai dari airport kita gi jalan lah tengok kat bawah ada apa. Jarak airport hanoi dan Old Quater ni lebih kurang KLIA ke KL town. Macam tu korang boleh bayangkan, jadi perjalanan dalam 45mins. korang boleh budget sendiri. Kalau ikut google map memang tak jauh mana. Tapi korang kena ambik calculation yang traffic hanoi lain macam dari kl.

IMG_20180409_075541_619

Antara syok duduk kat Old Quater ni sebab banyak penjaja tepi jalan. Their main trade center. interesting tengok cara dorang berniaga. Sofea macam – macam soalan tanya. rasa nak gi urut lidah penat menjawab dia punya soalan. Time budak nak membesar ni saje la spend time bagi dorang tengok dunia luar. Biar kita belajar hargai what we have (walaupun rumah sendiri baru terbakar hangus) tapi kita still ada banyak yang perlu bersyukur. Supaya anak ada rasa rendah diri and learn social skills. Teaching about Hanoi via books and video is not the same as going to Hanoi/Vietnam and for her to experience it herself. Tu pendapat kitorang lah, kitorang pun bukan expert, just trying out best bagi anak – anak memories and knowledge.

20180408_172347

Ni Masjid Al-Noor. The only masjid kat Hanoi. Selalu kalau kitorang pergi negara yang susah cari makanan halal, kita suka pergi cari masjid. Not only dapat visit dan tengok muslim community di tempat lain, alang – alang tu boleh sedekah kat tabung masjid. Selalunya juga berhampiran masjid akan ada halal food atau kedai runcit halal. Kat Hanoi ni, masa kitorang pergi masjid, ada satu jer kedai halal. Kitorang jalan dalam 1km nak pergi sini dengan perut lapar nyer. Betapa heart broken bila kedai zynab tutup. Sad!! Takpe, yakin dengan ketentuan Tuhan. Mesti ada hikmah.

Masjid Al-Noor

12 Hàng Lược, Hàng Mã, Hà Nội, Vietnam

+84 93 622 07 68

20180408_175044

Then tanya kat muslim at the masjid dia bagi tau the nearest halal restaurant. Jumpat kedai ni. Tandoor indian Cuisine. Memang kalau boleh nak try local food, tapi takpe lah dari lapar. Try jer la kedai ni. it is actually a good choice. Sedap!! kari dia lain macam sedap, harga pun okay lebih kurang cam cafe hipster kat kl. Alamat boleh tengok kat gambar illy dah snap. Actually the whole area Old Quarter ni boleh jalan kaki jer.

20180408_181250

Sampai berdiri budak kecik tu geram tengok nasi hahaha.. Kami order lauk budak satu tak pedas then kari ayam satu. Portion banyak. Nasi order untuk 3 orang pun banyak lebih. Rasa pun sedap. Puas hati lah makan. Lagi satu owner dia ada service money changer, dia bagi good rate murah dari bank. Sebenarnya dia tulis halal, tapi kat counter bayar nampak bersusun arak. Sebab memang dah takda choice anak pun lapar kami makan lah juga. Just thought that I need to inform kat korang.

20180408_190715

Perut dah kenyang, kami pun jalan- jalan cuci mata. Kalau non-muslim memang syok datang sini. Banyak sangat street food. Orang vietnam rajin cari duit. illy nampak sepanjang jalan, tepi ceruk antara motor pun dia boleh buka kedai jual spring rolls. kat sini weekend ada night market, tapi kitorang dah tak larat sojust balik bilik hotel tidur rehat sebab esok satu hari ada aktiviti nak gi Halong Bay.

20180409_070706

Hanoi masa kita pergi ni end of spring dan nak masuk summer. Walaupun nampak terik panas tapi sebenarnya best cuaca macam dalam air cond. Around 18, tak berpeluh langsung dan tak perlu nak pakai jacket. Just nice. Korang boleh survey dulu nak enjoy which season before booking flight. Kitorang avoid summer, sebab noticed kalau anak bila panasjer cepat meragam. bila sejuk selesa mood dorang okay.

Anyway, pagi tu cari breakfast banyak tepi jalan dorang duk makan mencangkung. Nampak sedap tapi mostly pakai “oink oink”. Nampak kedai ada egg waffle, apa lagi try lah. Dah lama teringin nak cuba egg coffee.

20180409_072447

Comel tak owner kedai kopi ni hehe.. sweet jer dia senyum. kalau nak tahu macam mana start egg coffee ni ha… ada cerita dia. Dulu ada mat salleh request nak milk tea. Tapi kat kitchen takda susu. Lepas tu tukang buat air ambik kuning telur dia pukul sampai fluffy. Then siram coffee panas. SEDAP!!! tu la start sejarah Egg Coffee di Vietnam.

20180409_072950

Serve macam ni. memang pekat sebab dia dah pukul telur kuning tu. ada lilin kat bawah jadi boleh tunggu telur masak dulu then baru minum. Must try kalau kat Hanoi. illy bukan jenis minum coffee sangat tapi sebab sedap kat sini hari – hari mesti belasah satu egg coffee.

20180409_075641

Dah settle breakfast, kitorang balik ke hotel tunggu kat lobby sebab kejap lagi bus sampai. illy suggest datang sini dulu before booking halong bay trip. Kalau book awal cam kitorang ingatkan murah last2 lagi mahal dari beli direct kat sini. Kitorang punya day trip USD 65 per person. Budak above setahun dia charge 70% off total cost. Kita pun paham sebab dia kira seat. Kalau jual kat budak dorang dah rugi seat tu patut untuk adul yang bayar harga penuh.

Korang boleh pilih nak tidur kat halong bay atas kapal ke atau nak day trip. Ada banyak kapal luxury, kitorang ambik yang saving jer. Janji merasa gi tengok Halong bay dengan mata sendiri. kat bawah ni illy share ittinerary nanti korang nak plan pasal solat ke senang.

Hanoi – Ha Long Bay Day Trip - Ittinerary

7:30 AM Bus to Ha Long

10:00 AM Hai Duong province

12:00 PM Boat Trip

12:20 PM Lunch Surprising Cave, Bamboo Boat Luon Cave

4:00 PM Enjoy sunset on Cruise

5:30 PM Bus to Hanoi

8:30 PM Arrived Hotel

20180409_103521

On the way pergi ke Halong Bay tu takda lah jauh sangat around 160km dari Old Quater. Yang buat sampai jadi 3 jam sebab traffic dia. Nanti on the way pergi dorang akan berhenti macam tempat rehat, ada jual2 cenderamata pastu ada jual air, snek dan boleh tengok live macam mana dia buat souvenir. Kitorang tak membeli sangat pun. Dah tahu kalau beli karang buat kumpul habuk, tu sekarang jalan gi jalan just beli menda makanan jer bawa balik untuk kawan and family.

20180409_123022

Dah sampai. Ni lah Tuan Chau international Marina. Bus akan stop di sini. Lepas tu tour guide akan settlekan ticket sebelum boleh naik boat. Nasib anakilly dua orang tu okay tak meragam masa dalam bus. Lega tuhan jer tau.

20180409_124509

Keluar dari Marina nampak tempat boat parking.

20180409_124824

Ni boat kitorang. Seronok nampak ada upper deck nanti boleh posing hehehe..

20180409_125131

Dalam boat seating dia macam kedai makan hehe.. Sampai dalam boat, dorang bagi welcome cold towel untuk refresh. Masa dalam bus, tour guide dah tanya ada apa tak boleh makan ke sebab package ni termasuk lunch. Kitorang bagi tau memang nak seafood only no meat. Adalah was – was sebab pinggan semua share meja sebelah semua ada yang serve pork. hurm… tapi sebab dah darurat tak kan nak bagi anak tengok jer orang lain makan, plus dorang dah usaha terbaik sediakan only seafood untuk kami.

20180409_125722

First meal, sampai french fries.

20180409_125833

Ada udang steam. juicy udang dia.

20180409_125834

Cucumber salad, tak sure dia pakai dressing apa tapi sedap. masam manis macam acar rasa dia.

20180409_130222

Yang ni fried spring rolls. kalau kat vietnam memang tak sah lah tak makan spring rolls.

20180409_130542

ikan soy souce. sofea paling favourite ikan ni. Colour nampak menarik kot, apa lagi mak dia selit lah sayur tu sikit kat nasi nampak colour cantik dia makan banyak hehe

20180409_133212

Sampai makan lunch tu dapat nikmati permandangan kat Halong Bay. Memang cantik ciptaan Tuhan. Di Halong bay ni sebenarnya ada lebih dari  seribu pulau yang nampak cam tunggul2 batu. Kalau nak explore semua munkin ambik masa lebih dari sebulan. Kitorang pergi day trip jer, jadi just visit yang mana dalam tour list. Next time datang sini, nak try ambik yang cruise tidur package 4 hari ke atleast. Baru betul boleh relax dan nikmati.

20180409_135321

Suka dia dapat jalan.

IMG_20180410_081057_913

Mana boleh tak ambik family picture hehe..

20180409_140706

Lepas makan lunch dan lepak kat upper deck, boat berhenti kat tempat ni. Nama dia Loan Cave boleh explore naik boat, korang nak naik kayak explore sendiri atau naik bamboo boat dorang boleh kayuh. pilih lah yang mana ikut suka.

20180409_140715

20180409_142336

Kitorang tak naik kayak sebab ada anak kecik. Jadi just chillax kat upper deck. Ambik gambar, orang lain semua turun jadi boleh posing macam2 kat atas kapal hehehe…

20180409_154433

Ni gambar ambik lepas kuar Suprising cave.

IMG_20180409_224455_775

Lepas settle dorang semua main boat, tour guide bawa kami ke Suprising cave. Banyak ilmu pasal Vietnam kami dapat kat sini. This area acknowledge as UNESCO Heritage site. Harap in the future dapat banyak lagi peluang visit tempat UNESCO Heritage site. amin!

Settle seharian kat Halong Bay, then sampai kat hotel balik dah malam tinggal nak cari dinner then boleh tidur. Anak tidur awal malam tu sebab penat. Kitorang laki bini pun flat hahaha.. Malam mimpi naik boat LOL

Tips : kalau nak pergi trip ni pakai baju selesa, kalau boleh jangan pakai heels sebab banyak nak berjalan dalam gua. Gua ni selesa dorang dah buat pavement walk so budak pun boleh. tapi prepare bawa plastic lebih and wet wipes just incase. bawa air botol lagi bagus. Tour guide memang ada bagi air botol dalam bus. Masa kat boat makanan semua dah included tapi air kira lain. Kalau nak jimat bawa air yang dia bagi masa dalam bus tu terus. bawa beg galas is highly recommended.

20180410_091033

Kat sini mini market banyak, nak beli keperluan tak susah. Nak snacks macam chips apa semua pun ada, maggie brand malaysia  pun ada kalau lapar and was2 nak makan luar. Harga murah sikit dari kl dalam 20% camtu. beli susu dutch lady kat sini sekotak baru 80 sen duit Malaysia.

20180410_092222

The next day, kitorang plan nak jalan town Old Quater dan nak cari ticket untuk tenok water show puppet. famous water show puppet kat hanoi. dorang dah banyak persembahankan kat seluruh dunia. Alang- alang datang sini dapat experience tengok water puppet show. Hehehe.. Pagi tu kitorang pun jalan lah cari tempat beli ticket. Ni saje ambik gambar tugu depan Tasik di Hoen Kiem.

IMG_20180408_200136_947

Di Hanoi ada lebih kurang 8 juta penduduk dan ada lebih kurang 5 juta motosikal. Boleh bayangkan tak? Memang everywhere motor. Nak lintas jalan bukan easy thing to do kat sini. Ada traffic light pun macam tak berapa orang guna. Selalu kita nak lintas jalan pandang kiri kanan tengok clear  dah boleh jalan kan? Kat sini tidak. korang kena pandang depan belakang kiri kanan semua penjuru sebab moto akan datang from any angle. kira cam tawakal sebab bila2 jer ada surprise….. moto naik 3 orang standard kat sini, kitorang siap nampak orang angkat mesin basuh naik moto, buat selamber. yakin boleh!!

20180410_093321

Nampak tak cam ada segitiga biru tu? Kat situ tempat beli ticket water puppet. serious illy recommend kalau dah sampai Hanoi kena merasa tengok water puppet show. Lebih kurang usd5 untuk dewasa, berbaloi dalam rm20 tengok show sejam lebih. Korang boleh booking nak ticket pukul berapa. Kitorang ambik ticket 6.30pm, so adamasa berjalan and boleh balik bilik rehat dulu. Show dia ada start tgh hari dalam 4 or 5 show. Show paling last 8.30pm.

20180410_095436

Konon nak cari baju anak, yer la kan umah kitorang baru terbakar. Jadi banyak menda nak kena beli baru, alang-alang dah kat Vietnam boleh lah beli. Pilihan banyak tapi husband illy tak berkenan.

20180410_101147

Belikan toys untuk Sofea dan adik bagi dorang share. Sweet jer amoi jual toys ni sempat senyum kat camera.

20180410_105013

Kat sini dia banyak lorong, setiap lorong tu akan jual barang lebih kurang sama. Contoh lorong periuk, sepanjang jalan kedai jual periuk macam – macam jenis. kitorang punya lah berjalan sampai jumpa lorong batu nisan pun ada. Satu lorong semua kedai jual batu nisan hahaha

IMG_20180410_173459_732

Ni kedai jam, macam – macam jenis jam.

IMG_20180410_173459_734

Kedai baju.

IMG_20180410_173459_741

Ni contoh lorong barang mainan.

20180410_103823

Hang Da market nama tempat ni. Kalau kat Malaysia, dia consider macam Pasar Siti Kathijah. Semua benda ada jual dalam pasar ni. Satu illy nak pesan hati – hati. Walaupun kebanyakan orang kat sini baik, tapi hati – hati dengan segelintir kecil yang suka scam. Kitorang yang dah reseach and hati – hati pun terkena. Tak salah kan negara dia. Kat negara kita pun kalau kat tempat tourist memang lubuk scammer.

Masa masuk pasar tu, ada amoi datang bawak bakul pastu cakpa tester free sample. Dalam bakul ada kuih cam donat. Anak pandang2 illy pun ambik lah satu sebis. Terus dia minta 10,000 Dong. kalau duit Malaysia lebih rm10 untuk seketul kecik donut memang menipu. Husband illy tak puas hati dah nak marah, tapi illy minta jer dia bayarkan tak nak cari gaduh. i mean, if a person sanggup menipu untuk duit banyak tu, then mungkin dia betul2 perlukan or terdesak. Anggap jer macam sedekah.

20180410_101946

Bila kita sabar tuhan akan reward. itu janji dia. Lepas tu kitorang pun jalan balik pergi cari restaurant Zynab yang tepi Masjid Al-noor. kan haritu pergi tutup kan? Harini buka!!!!! Johan punya happy hahaha..

20180410_110643

Dalam hati memang nak kena juga try pho kat Hanoi. Tengok menu. adoi takda pun pho. okay takpe lah makan jer apa yang ada. Dah la susah cari restaurant halal kat hanoi, so jangan mengada nak memilih. Ni illy ambik gambar menu so mana tau korang obleh planning sesiap.

20180410_112432

Sengih dapat makan. Mee sup daging. Kongsi dengan adik dia. Portion banyak rasa pun okay.

20180410_112436

Johan order nasi dengan daging mushroom.

20180410_112438

illy order ayam kebab grill dan nasi. ingatkan tak pedas boleh suap Zandria sikit. Sekali ada blackpaper haha.. siang budak kecik tu pedas.

20180410_103039

Kalau pergi negara jiran kat Asean boleh survey dorang punya services memang murah sangat compare dengan kat Malaysia. nak gi salon ke, nak buat eyelash ke semua lagi murah dari kl.

20180410_125439

Sofea buat manicure, macam tak percaya dorang charge RM8. Ni dah convert duit malaysia senang kira. Apa lagi johan pun bantai buat pedicure, illy pun mesti lah buat gak hehe.. sebenarnya lepas kes rumah terbakar tu potong kuku adalah benda yang kitorang tak terpikir langsung. Bayangkan ada towel pun dah kira luxury. Dulu pandang remeh jer pemotong kuku, bila dah satu rumah terbakar baru hargai semua benda kecik – kecik. Anak illy semua kuku panjang gi sekolah, dah takda pemotong kuku. Jangan kata tu, nak tidur mana pun nak kena pikir. Masa illy tulis ni Alhamdulilah semua dah solved. Nanti lah illy tulis pasal rumahterbakar and perkembangan kami. For now, focus cerita pasal Hanoi dulu.

20180410_183005

Yezza, dah sampai time nak tengok Water Puppet show!!! Dalam dewan sejuk, illy suggest korang bawa kain shwal atau pun jacket. Kemain lagi kembang idung sofea nak tengok show.

20180410_183152

Ni lah rupanya dalam tempat Water Puppet show. Kiri kanan pentas ada penyanyi, tukang main musik. Then kat tengah nanti ada puppet show kat tempat air tu. Nak tengok glimpse of the show boleh check out video vlog illy ada buat kat end of this post. Walaupun dia buat show bahasa vietnam, tak paham. Still rasa entertaining sebab show dia interesting. Music traditional best dengar. Masing-masing keluar hall happy. i am very grateful to be able to experience the show dengan my family. 

20180410_200456

Dah pun malam terakhir kami kat Hanoi, nak makan special sikit. Memang dah survey kedai Red House dari kl lagi dah. Lokasi memang jauh sikit dari Old Quater. Tapi still boleh jalan kaki kalau nak. Pergi balik dalam 14km, punya happy lepas kuar panggung, masing2 tak penat pun jalan gi cari kedai ni. Nasib tak tutup lagi.

Red House Restaurant

6 Hàm Long, Phan Chu Trinh, Hoàn Kiếm, Hà Nội, Vietnam

20180410_201703

Kedai ni speciality dia masak ketam. Kalau order lauk ketam dia akan ambik tunjuk kat kita ketam tu berapa kilo. then baru dia gi masak kat belakang. Ada showmanship.

20180410_204041

Johan order chili crab, makan dengan fried bun. Malam last kat sini makan special sikit.

20180410_203829

Order shrimp spring rolls, sedap sangat!

20180410_204257

Order seafood bubur untuk budak, sekali tengok portion dia nak pengsan. Omg! banyak nyer weyh.. macam mana nak habis ni. Dah la husband illy gi order nasi goreng salted egg lagi. Last sekali apa yang takhabis kitorang tapau jer bawa balik hotel sebab nak cari makan halal pun payah so kira kalau lapar ada juga makanan.

20180410_211657

Total bill makan malam tu paling mahal lah compare dengan the rest of meals yang kami makan kat Hanoi. Kalau convert duit kita dalam RM220. Sekali sekala takpe lah.

20180411_080406

Kat tepi jalan banyak penjaja jual murah. Setakat nak makan buah ke atau ubi memang banyak. Kalau fruits and veggies tak sangsi halal status. boleh beli pisau kecik kat market dah boelh kopek buah. Cuma ingat nanti naik flight tak boleh bawa pisau.

20180411_082529

Flight balik kl tengah hari, pagi tu kami gi juga usaha cari pho kat Hanoi, Vietnam. Rasa tak sah datang ke Hanoi tak dapat makan pho. So pergi lah ke masjid al-noor semula. Dapat tahu kalau pagi 6am sampai 9am depan tu ada gerai kecik jual pho halal untuk breakfast. YES!!!!!!!!!!!!!!!

20180411_082712

Husband illy cakap jangan main-main dengan orang rambut putih semua. Ada hadith yang link pasal uban dan cahaya masa hari kiamat. Sebab tu kalauada uban jangan cabut just embrace it.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لا تنتفوا الشيب فإنه نور يوم القيامة ومن شاب شيبة في الإسلام كتب له بها حسنة وحط عنه بها خطيئة ورفع له بها درجة

Janganlah mencabut uban karena uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu derajat.” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini.)

mana tak banyak pahala pakcik ni, dalam Hanoi ni dia jer yang jual pho halal. Bertapa gembira kami dapat makan pho halal. Macam tu lah agaknya rasa other muslim tourist yang datang sini. Memang banyak jasa dia. Tak hairan kalau Allah angkat darjat dan bercahaya pasa hari kiamat nanti. AMIN. W.hualam. Siapa kita nak tentukan. Pape pun, thank you uncle!! you are the MVP. 

LRM_EXPORT_20180411_101457

Tu dia………. Puas lah hati kami. Settle kempunan nak makan hawker stall merasa pho kat hanoi. Alhamdulilah.

20180411_093529

Sempat lagi gi cari coffee vietnam before balik bilik. Last round pekena coffee kaw. Husband suggest pergi kedai ni. Dia dah target masa datang aritu. Style dia punya decor ala hipster.

20180411_092904

20180411_093936

Kemain sengih. Untuk budak kami order avocado drinks dorang share. Mak ayah belasah coffee vietnam, kat sini jarang guna susu untuk coffee, dorang pakai santan. Macam yang dalam gambar tu dia blend santan dengan ice macam smoothie pastu curah coffee pekat kat atas. Sedap rupanya buat camtu. Sesuai untuk orang vegan ataupun yang allergic lactose.

20180411_114654

Yeay!! Time to go home. Alhamdulilah semua berjalan lancar. We created another memories together experiencing new culture at new place. Cannot wait for our next trip together! Jangan lupa follow our facebook page, insta, and youtube untuk ikut kitorang punya next adventure.

20180411_150311

Tips ; kalau boleh booking seat betul belakang business class sebab boleh request basinet untuk anak kecik tidur ada ruang and extra leg room. Takda lenguh 3 jam nak dukung baby tidur. Dia pun selesa tak rasa rimas.

Okay tu jer lah nak share kali ni. Pengalaman kami sekeluarga pergi Hanoi dan Halong Bay. Harap bermanfaat and korang dapat idea before planning nak pergi. Jemput tengok vlog yang illy dah buat nanti boleh get better idea. Alang – alang jemput subcribe. hehehe.. till next blogpost, don’t forget to take it easy and smile!

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)