Langkawi Shopping Wishlist

Jun 11, 2018

shopping apa di langkawi

Assalamualaikum and Olla everyone!!

Sebenarnya bulan tujuh ni illy and husband nak pergi Korea. Macam biasa kitorang punya yearly ritual memang pergi spend time at a new place only the two of us. Kira macam bonding time lah. It is an investment we make untuk appreciate each other. Tapi kali ni bukan nak citer pasal trip korea. Kali ni nak cerita pasal trip bulan 10 ni trip dengan anak-anak sekali. Nak pergi Langkawi. Dah bila bila sebut pasal Langkawi mesti lah shopping. Sebenarnya illy tak minat sangat shopping kalau gi travel. Lagi suka pergi tengok nature, learn about culture dengan try new food.

Langkawi pun dah pergi banyak kali juga and this round alang2 ada extra luggage plus kami pun tengah nak setup rumah baru. Memang good timing lah nak beli barang. Jadi illy nak share illy punya wishlist untuk trip langkawi nanti. Kalau ada any idea apa yang patut illy beli lagi then feel free to share juga k?

Shopping Wishlist Langkawi :-

1) Senduk + Sudip

Nak cari yang kukuh, yang tak lembik dan tak nak besi. Kalau boleh high quality kayu yang sturdy.

2) Glass cawan air

Yang ni 50-50% sebab berat and fragile karang orang campak2 beg luggage tak pasal pecah.

3) BedSheet + Comforter

Nak yang tebal, high thread count and warna putih. Tak minat corak2 sebab rasa serabut. Putih walaupun orang cakap cepat kotor. Bagi illy bagus lah nampak kotor boleh terus bersih. Jadi tidur pun takda kuman. Kalau susah nampak kotor, maknanya kotor cuma tak nampak. Baik nampak,terus boleh kita bersihkan. Nak cari kalau boleh thread count above 900 and cotton. Orang cakap langkawi murah, alang pergi boleh survey terus.

4) Chopping board

Skang ni pakai chopping board murah2 simple2 jer. Tapi illy perasan kalau chopping board kayu, bacteria and dirt senang kumpul kat celah tempat calar. Jadi illy rasa nak cari chopping board marble. Biar bersih plus cantik. Berat lah sikit, tu pun kalau jumpa.

5) Chocolate

Kat langkawi disoucnt up to 40% off sebab takda tax. Syarat kena stay lebih 48jam. Tapi takda lah nak beli banyak or borong since menda pun perishable n plus husband illy agak pantang bagi budak makan process food.

6) Minyak Gamat

Might as well. Langkawi memang famous dengan minyak gamat. Plus it is a good natural product untuk sembuhkan luka. Plus boleh beli lebih bagi kat family members.

7) Perfume

Yang ni tricky sikit, since datang naik flight ada limit untuk perfume/liquid. Tengok lah if ada yang betul2 minat then nak beli satu jer. Kalau beli banyak takut risk tak lepas pula nanti tak pasal. Dari elok nak jimat rugi jer karang.

For now, ni lah shopping list untuk langkawi. Tengok kalau ada menda terpikir nanti illy update lagi. Okay tu jer la for now. Pergi Korea nanti tak buat lagi shopping wishlist. Tapi rasa tak beli apa pun sangat mungkin stock up face mask and barang skincare jer la kot. Yang lain nak spend untuk new experience. Alright, that’s it for today. Illy harap korang enjoy blogpost ni. Till next time, dont forget to take it easy and smile!

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)