Leaf & Herb Skincare |Review|

Jul 25, 2018

20180713_120841

Assalamualaikum and Olla everyone!

Baru ni illy kan baru balik korea, masa sepanjang illy kat sana illy ada bawa 2 produk dari Leaf & herb. Memang setiap hari ni lah product yang illy pakai kat sana, sampai skang balik Malaysia pun illy still pakai sebab best lah rupanya. Tu yang illy nak share dengan korang semua. Biar kita semua cantik sama – sama. Nak tahu more pasal skincare ni, jemput sambung baca review illy.

20180713_121107

Ni lah dia yang illy try. Ada dua skincare, yang botol besar tu Facial Treatment Cleanser and yang botol kecik tu Facial Treatment Serum. Cantik kan packaging dia. Illy suka sebab sturdy and pakai frosted glass lagi pun dia punya gold detailing memang sesuai sangat. Senang clear bottle takda kita nak kena teka ada banyak lagi ke. Kalau dah nampak tinggal sikit dah boleh prepare order. Lagi satu cleanser dia tu pakai punp diffuser camtu jadi tak membazir nak picit.

20180713_120926

Closer look pada Facial Treatment Cleanser. Texture produk adalah cecair gel. Ada pinky hint pada product. Bau dia best sangat macam ada bau bunga. Kekadang tu sengaja illy sental lama sikit masa pakai pencuci muka ni sebab wangi haha. Jangan risau dorang memang takda pakai checmical semua 100% natural. Nak bilas pun senang, lepas cuci kulit takda rasa tegang. Rasa moist dan lembut. Illy tak berapa minat kalau rasa tegang lepas cuci muka.  Pastu bestnya cleanser ni sebab dia boleh sekali gus jadi make up remover. Illy try untuk waterproof mascara pun berkesan.

P1100538

Ni product yang paling wajib korang kena try bagi illy. Facial Treatment Serum dari Leaf & Herb. Memang illy perasan kalau pakai serum ni make up illy jadi tahan lama muka kurang berminyak. Texture dia macam oil tapi takheavy. Bagi illy consider lightweight formulation, senang nak serap dalam kulit. Pakai sapu kejap tak sampai seminit dia serap semua masuk dalam kulit. Kadang tu ada lebih sikit kat tangan illy sapu sikit kat bahagian leher, biar leher pun cantik tegang.

Kalau nak tahu bahan utama cleanser dan serum treatment ni adalah Pitera dan juga Glutathione yang import direct dari jepun. Jadi boleh bayang lah dorang punya kualiti kan? Product ni bukan sembarangan, memang founder dia jamin 100% takda merkuri atau chemical yang berbahaya. Product keluaran Leaf & Herb semua sangat selamat dan dapat kelulusan dari KKM. Ingat senang ke nak dapat kelulusan KKM? Banyak syarat kena ikut. Jadi illy pakai memang takda rasa was –was. 

P1100540

Ni dia punya diffuser untuk serum. Korang picit jer then letak kat tangan or nak direct kat kulit pun boleh. Illy try pakai time even time datang bulan pun, selalu nya time datang bulan jerawat illy mula lah party sakan. Keluar ikut suka dia. Tapi illy perasan masa try serum ni kurang sangat jerawat keluar. Even masa stress kat jeju, (bercuti pun stress ke? hahaha weyhh.. kitorang hilang duit kot, dengan telefon illy pecah jatuh lagi time main basikal dengan macam- macam hal next blogpost lah citer, tak pasal merengek kat blogpost review plak hahaha). Time stress selalu ilyl kuar jerawat lebih tapi nasib baik bawa facial treatment serum dari Leaf & Herb ni pergi sana memang kurang sangat jerawat yang keluar. Sebab dia memang formulated untuk merawat masalah kulit. Nak buat jadi base untuk make up pun best sebab ada effect glowing lepas pakai foundation.

Buat masa ni illy penguna yang memang puas hati dengan product dari Leaf & Herb. Illy memang suka try product yang natural lagi pula kalua berkesan memang rajin nak share dengan korang. Nanti try lah juga k? Harga pun mampu milik takda la ribu riban. Illy rasakalau beli sebotol, pakai hari – hari pun tahan lebih sebulan. For more details harga apa semua pergi terjah dorang punya instagram dengan facebook. Illy link terus senang kerja korang tak payah nak google.

Okay, illy nak minta diri dah ni. Next time ada produk menarik illy share lagi. Terima kasih sudi singgah blog illy and take care!

Facebook Leaf & Herb

Instagram Leaf & Herb

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)