Makanan Halal di Pulau Jeju

Jul 20, 2018

P1100473

Assalamualaikum and Olla everyone!

Jujur cakap kedai makan halal kat jeju island or dalam korea sendiri memang tak banyak. Even dalam jeju sendiri ada 2 jer kedai yang betul2 dapat kelulusan halal. Mostly pun more to middle eastern food or indian food. Kalau kedai seafood halal pun tak silap illy ada tiga jer dan lokasi setiap satu tu bukan dekat. So, kali niilly nak share kitorang punya halal food journey atau food diary sepanjang kami kat sana. Husband i jenis makan nak kena sedap standard mengada sikit bab makan ni. So,kitorang decide majority memang nak masak sendiri. Apa guna banyak tengok citer Fishing Village, Thee meals a day, What to eat today? hahaha ini lah time dia nak asah bakat terpendam. Dah alang2 kitorang memang enjoy cooking, so memang teringin sangat nak pergi Jeju punya pasar beli barang kat Wet Market tempat house wife n auntie2 dorang beli barang pastu bawa balik masak sendiri kat home stay. Nak tengok apa kitorang masak? Jeng jeng jeng….

P1100416

Ni last sekali makanan halal kat malaysia before flight kitorang. Illy makan sayur dengan mutton konon nak kurang ambik carbo LOL husband illy punya lauk standard lah kalau tak menggunung then itu bukan dia.

P1100445

Comel jer kan dapur kat homestay ni. Kemas illy paling suka tempat sinki dia tu besar. Pastu dia punya penyedup asap pun kemas nampak segaris jer sebab yang besar punya tempat sedut tu dah kemas dalam kabinet jadi tak gedabak. Tempat dryer pun sesuai jer letak atas para camtu. Tips kalau geli pastu rasa was-was then boleh cari sabun tanah liat or mud soap jadi boleh samak semua benda before guna. Takda lah sampai periuk pun nak hangkut masuk beg. Bawa mud soap sudah, ini kan 2018 bukan zaman batu.

P1100462

Kat homestay yang kami duduk ada juga dorang sediakan microwave kat common area untuk sharing. Tapi kitroang tak pakai lah pun. Kalau korang nak pakai boleh jer just letak dalam bekas tertutup if korang memang was –was.

P1100459

First meal dekat Korea. Mengigil perut lapar dah petang baru touch down pastu plak dari airport nak ke hotel lagi sejam memang lapar giler lah. Kitorang memang bawa beras dari  kl sebab beras kat jeju ni mahal. Pastu bawa ikan bilis and serbuk cili kering. Yang kering-kering bawa pastu garam bukit pun bawa gak jadi senang nak masak apa pun boleh dah ada benda asas. First meal kitorang is very humble. Dapat nasi panas, makan dengan ikan bilis masak sambal garing settle kenyang.

P1100466

Malam tu kitorang berjalan gi cari the nearest super market. Sebab dah malam pasar dorang tutup. Paling dekat pun dalam2km away sambil jalan tu jumpa convinient store. Apa lagi… sakan lah hehehe.. Kalau bab air tak risau sangat nak beli sebab mostly memang botanical. Sedap weyh dia punya air packet ni. Dia memang jual dalam packet camni pastu korang beli cawan ais then tuang jer kat dalam tu. Lega tekak expecially lepas jalan kaki jauh.

P1100469

Comel kan dorang punya drink packaging. Kalau rajin and nak tahu dia tulis apa boleh download app google translate just scan pakai camera nanti dia convert dalam english dia tulis apa. Coffee dia semua banyak jual dalam bekas gini then korang tinggal letak air panas siap dah boleh enjoy.

P1100470

Banana Milk is memang paling wajib ah try kat sini. Dia ada banyak flavour sebenarnya tapi paling common and wajib try yang botol kuning ni flavour banana. Kitorang siap pergi Yellow Cafe lagi . Boleh baca pasal Yellow Cafe kat sini.

P1100477

The biggest and nearest supermarket kat daerah Seogwipo-si ni nama dia Hanaro Mart. Boleh guna Kakao Map app nak cari, Kat sini dorang tak layan google maps so buat penat jer kalau korang search. Nak datang sini sebelum flight lagi dah boleh dah download Kakao Map, prepare siap-siap.

Pastu tengok tu Johan pegang apa tu. Kimchi bukan sebarang Kimchi, 20kg terus hahahaha Kat sini illy perasan barang basah mahal gile rasa nak pengsan pun ada. Maybe sebab dorang pulau jadi kalau certain thing tu memang nak kena import tak boleh nak tanam sendiri. Walaupun banyak tempat pertanian kat sini tapi bukan semnua pokok boleh hidup cuaca empat musim. Tu pasal pilih musim summer banyak skit choices kalau fresh ingridients. Kalau pergi time winter confirm lagi melambung harga dia. Bayangkan bawang holland 3 biji RM5. Pengsan hahaha

P1100479

Kerang dia cam kerang dinosour. Tak main ah kecik secuit besar tapak tangan jer terus dia bagi. Kerang sepeket camni convert duit malaysia RM116.

P1100480

Sotong ni tak mahal dalam RM300 jer sekor HAHAHAHA pale hotak baik aku makan batu and kutip sayur tepi jalan jer.

P1100464

Illy perasan kat sini dorang banyak betul jual ikan ni. Apa nama entah tapi dia panjang cam ikan parang dia jual dalam packet gini kalau kat supermarket. Seketul dalam RM100. Masa gi superkmarket ni kitorang tengok jer la ikan yang mahal ni teringin gak nak buat assam pedas ke kan, boleh datang korea beli ikan mahal2 pastu masak assam pedas? Last2-last tak beli pun malam tu kitorang beli sayur, mushroom dengan udang frozen. Pastu beli lah telur juga, aku rasa bengang jer bayar telur 10 biji sampai RM35 hinggit. Nasib telur dia gemuk kurang sikit sakit hati tu hahaha

P1100482

Ni bukan kena dera, dia yang berebut nak masak. Ni masalah kitorang dari kat umah sampai lah gi travel. Memasing berebut nak tunjuk skill. Sebab kali ni dating trip campur birthday trip husband ku sayang, jadi illy mengalah bagi lah dia nak masak.  Fine, Tak sedap siap!

P1100483

Menarik juga abang botak masak. Sayur tu taktahu nama sebab kat malaysia tak pernah jumpa sini banyak sayur pelik – pelik. Nampak cam okay bau cam okay then kitorang beli jer buat tambha khasiat and pemanis nak makan tu biar ada nutrient sikit. Johan buat macam sup sayur campur udang. Telur dia buat telus hancur masak sambal. Sepinggan tu pakai3 biji jer telur. Jadi boleh bayang tak telus dia besar mana? Sampai sini kena makan nasi pakai mangkuk pastu tengok citer korea baru ada feel HAHAHAHAH

P1100485

Next day, kitorang memang plan nak kuar satu hari so pagi buat nasi goreng mushroom pastu letak kobis biar ada rasa manis. Pakai sos spicy korean soup yang beli kat market. Masak nasi goreng boleh buat banyak terus. Pagi bantai breakfast then bawa bekal sekali untuk lunch.

P1100487

Ni lah bekal kitorang, nasi goreng mushroom campur kobis, pastu telur rebus sorang sebiji then cherry tomatoes. Kat sini dorang makan cherry tomato tu buat cam buah memang dia buah pun tapi kita dah biasakat malaysia buat masak lauk. Ni lah bekal yang kitorang bawa untuk pergi hiking kat Mount Hallasan.

P1100500

Terima kasih kepada Bro’s sebab sponsor botol air. Sempat lagi masuk iklan HAHAHA serius illy suka botol air brand ni sebab memang BPA free pastu durable design dia pun bagus kalau kat tempat penutup tu ada holder takda lah risau hilang penutup ke apa. Ni belum start hiking air dah tinggal sikit LOL. Ingat dekat? Dari tempat turun bus 3km tau nak kena mendaki sebelum sampai kat entrance point. Baru sampai kat tempat entrance pun memansing dah penat dah start gaduh LOL Next time ah citer asal gaduh, shy2 lah.. Tapi ingat tau kalau nak gi hiking boleh la bawak botol air kalau tak nak kehausan. Bila hiking mana ada kedai tepi jalan, so air memang ibarat emas. 5 jam kot nak mendaki tahan ke dahaga lama tu.

P1100524

Petang tu ada jalan sikit kat area Seogwipo-si pastu kiri kanan jalan memang banbyak kedai jual seafood banyak gak seafood tak pernah jumpa yang nampak kat sini. Yang kiri pink orang tu menda eh? Nak beli tapi risau tak boleh nak telan.

P1100527

Malam tu Johan kembali beraksi dan menunjuk bakat memasak. dia buat spicy hot soup korean style!! Yang ni kira macam one pot wonder. Protein dengan veggies masuk sekali. Illy ada minta resepi tapi chef  botak style kedekut dia cakap rahsia hahahah apa lah?? tapi dia ada cakap nanti dia tulis satu – satu resepi pastu anta kat illy so boleh illy share kat blog untuk korang pun boleh try masak next time kalau teringin. Soup ni dia letak spicy hot soup punya perencah dah baca takda msg so lega pakai. Takda minyak oink oink kitorang rasa yakin. Kalau nak tunggu cop jakim jer baru nak makan boleh lah puasa jer terus senang sikit. Kadang kita nak kena pikir keadaan. Tak kan setiap sayur setiap biji limau nak kena ada cap halal dari jakim Malaysia baru nak makan. Logic di situ.

P1100529

Esok pagi kami makan spicy cheese ramen. Yang ni memang nampak banyak jula kat malaysia so yakin sikit nak beli. Kitorang jarang k makan benda tak berkhasiat camni tapi sekali seklau takpe kot hahaha ada ejr tau alasan kalau nak tu.

P1100530

Sedap gak, tapi memang pedas. Bagi kami yang makan pedas ni pun seksa nak habiskan.

P1100533

Makan pedas punya pasal kita selang dengan banana milk version strawberry. Nyum nyum!!

Ni view kat homestay kitorang, cantik ke tak? Dah la murah jer tak sampai rm200 satu malam. Tapi view dia berbaloi. Nanti illy akan tulis review pasal stay kat mana, tunggu k. Nanti dah siap illy link kat sini terus.  

P1100548

Jungmum Market! Yes, seronok giler pergi dorang punya pasar. Kalau nak beli barang basah better pergi pasar yang memang local pergi instead of touristy punya market sebab harga dia jauh beza nak kata murah gilertu takda lah tapi best sebab boleh interact dengan locals. Ni johan posing depan kedai tembikai n buah apa ntah warna kuning tu. Banyak nampak dorang jual kat sini tapi kitorang tak beli sebab cam banyak sangat jer.

Masa kitorang gi market ni memang berbuih lah nak communicate sebab kitorang tak reti cakap korea. Setakat annahey –sayooo tu boleh lah. Jadi pakai calculator app kat phone bila nak tanya harga. Kat sini kitorang perasan penjual dia baik, siap bagi free macam – macam. Ada satu makcik tu kitorang nak beli sayur dia tak nak duit, pergh segan weyh!! pastu husband dia siap bagi seketul besar lobak putih kat kitorang bagi free jer. apesal kat malaysia tak camni sweet lah..

P1100552

Okay ni kalau korang pandai ni ikan apa nama dia? Kitorang tak tahu tapi ni lah ikan yang banyak giler jula kat jeju. Macam ikan parang pun ada kan? Dia jual sekor camni or potong jadi sekeping2. Kami beli dalam 4 keping camtu bawa balik boleh la RM50. Kira murah dari beli kat market seketul seratus.

P1100559

Peti ais dah penuh yes!! Bertambah happy lah chef botak. Makin banyak idea nak masak apa. Tips: Pilih homestay yang peti icedia besar bukan mini bar kalua tak memang tak muat nak letak barang masak, 

P1100560

Alright, apa lagi balik market wajib lah masak barang fresh. Husband illy buat tempura. Pergh2 sedap weyh. Just pakai tepung pancake pastu celup pakai telur buat pelekat dia. kIkut korang lah suka macam mana. Kalau nak mix terus telur dengan tepung jadi yang salut kembang gemuk tu. Illy tak minat yang camtu sebab suka style crunchy sikit. Jadi buat camni lagi best untuk tekak kitorang.

P1100564

Tempura style korea, makan dengan spicy soy paste and also kimchi. Ikan yang panjang tu manis giler weyh. Patut lah orang sini makan mentah buat sashimi. Kitorang goreng tepung pun memang heaven rasa dia. Manis sangat dah nak rasa cam isi ketam pun ada juga tapi dia bayak tulang kecik so kena hati- hati sikit makan. Pastu kami tempurakan sekali mushroom button and also terung. Sayurtu buat kobis goreng telur sekali dengan daun kucai Daun kucai kat sini murah dua genggam dalam 1000 won (RM 3.50).

P1100568

Petang tu kami nak naik basikal pusing tepi pantai and naik bukit. Cita – cita tinggi tu nak bawa basikal 2 jam. Segala peluh dari semua liang roma kuar LOL. So nak bawa bekal yang simple and senang nak makan. Husband illy buatkan koran pancake.

P1100569

Same ke macam dalam gambar hahaha… tak cukup bahan takda sotong dengan cili merah tapi rasa diatak menghampakan tau. Ada cerita kelakang behind the scene sebenarnya. Makcik yang jaga hotel ni siap datang masuk bilik kitorang check kami masak apa bau sedap sangat kot hahahaha

P1100572

Balance tempura yang banyak tadi kita jangan bazir, bawa dalam bekal sekali dengan korean pancake yang baru buat. Bekat sos soya spicy paste pastu limau. Ni limau memang tanam kat jeju island.Rasa dia manis, maybe sebab tanah dorang ni tanah volcanic jadi memang subur pastu banyak minerals.

P1100577

Bercahaya muka johan dapat berkelah picnic lepas naik basikal. Lepas tu depan sikit lagi illy tergolek sekali dengan tepon, nasib baik takda orang nampak kalau tak memang majal hahahah Johan tolong ah masa illy jatuh tu, nasib dia tak gelak dulu before tolong. Kalau dia lah yang jatuh dah sah2 illy akan insta stories dulu, pastu baru tolong HAHAHAHAHA

P1100626

Kali ni illy plak masak breakfast. Buat oriental style sikit. Buat lempeng kosong, pastu omellete with daun kucai and tomatoes pastu buat mushroom saute dengan garlic. All of the good and easily digest protien. Husband illy suka penuh kan bahan letak tengah lempeng pastu balut cam burrito wrap. Then ngap lah apa lagi.

P1100644

Yang ni dessert tema Hallasan Mountain. Sebenarnya green tea cake. Atas tu sweet dairy souce. Nampak canggih ada showmanship okay lah not the best not the worst. Tapi masa ni memang dah start rindu malaysian food. So, bagi illy roti canai lagi sedap. Kalau korang teringin nak rasa boleh pergi kat Innisfree Jeju House ada kat kawasan ladang teh. Situ ada cafe macam- macam lagi dessert ada.

P1100730

By far ni adalah soup paling sedap husband illy pernah masak. Dia rebus ikan bilis dulu bagi keluar rasa, then dia masuk lobak putih (bagus untuk kesihatan banyak khasiat) then letak mushroom then letak sayur hijau pastu masuk sotong lepas dah gelegak. Jangan masuk sotong awal sangat nanti rasacam selipar jerterus kenyal. Kena masuk last. Makan dengan nasi panas memang terbaik.. Dae bakk orang korea kata! 

P1100731

Weyh apesal kat Malaysia takda distributer bawa masuk ice cream ni. Sedap, tak baik tau sedap sangat dah la kau tu jauh, kalau teringin kempunan camne? Dah nak kena pergi balik ke apa ni? Damm…

P1100737

Pasar lagi, ke Pasar aje kerja nyer. Tengok Johan kalau gi pasar dia memang bahagia lain macam ni. Senyum pun dah sampai tak nampak mata hahahaha..

P1100739

Kali ni kami gi pasar yang tourist spot dekat tengah bandar. Sejam gak lah dari tempat kami stay. Kitorang suka stay dekat dengan pantai tu jauh sikit. Tapi best sebab scenic. Kalau korang jenis nak semua benda dekat then better duk dekat area airport ada banyak pasar yang touristy. Pastu boleh cuci mata tengok even more exotic seafood. Seafood sini dia jenis tak reti nak size kecik. Semua size jumbo.

P1100749

Ni ice cream apa ni> Apesal cam biji-biji plak? Dia kaut cam beras masuk dalam cup. Illy rasacam ice cream tapi bentuk dia tu pelik tak da pula nampak kat kl. Kalau korang nak try boleh lah try dia bayak jual kat dalam mall. Yang ni illy jumpa kat underground market kat town jeju. Secawan dalam RM3.50 boleh lah.

P1100750

Tak puas hati lagi tu, duk sana entah berapa kali beli air packet ni tuhan jer lah yang tahu. Kejap try flavour tu kejap flavour ni. Al-maklum sakai.

P1100751

Dah nak last tu kami takda lah restock barang dapur sangat sebabdah nak balik kan. JAdi just masaka habiskan stock apa yang ada. Pastu beras kat sini pun boleh tahan harga cam nak bunuh orang rm70 sekilo, ni berassalut emas ke hape? So, kitorang bantai cheese ramen ni jer lah buat carbo load. Kasi ada lauk sikit buat mushroom saute garlic and daun kucai. Pastu ada limau fresh buat dessert. Janji ada kimci dah perasan korea sangat dah.

P1100758

OMG korang, starbuck kat sini comel kot dia buat barang. Bagi collectors korang akan jadi physco tengok. Illy chill jer sebab takda lah collector just suka tengok comel. Kat sini punya starbuck ada jual anggur fresh dalam cup tau. Comel jer. I think dorangp un dah move towards healthy consumption. Bagus ini macam lah baru style.

P1100775

Asyik gambar makan jer, belanja sikit gambar kitorang. HAHAHAHA penat kot tulis blog bagi chance lah sikit. Kalau nak tengok lagi muka kami yang mintak sepak ni or muka anak – anak kitorang boleh follow illy kat insta memang spam gambar anak jer kerja dah macam bukan insta illy pun ada gak.

Insta : http://instagram.com/illyariffin

YT channel : youtube illy ariffin.com

Nanti dalam masa terdekat ni illy up vlog gi Jeju k. Tangan dua jer kot, siang kerja lagi pastu dengan part time study lagi, dengan nak jaga laki lagi nak jaga anak, so take time sikit lah nak edit. Pape pun korang follow jer dulu pastu boleh check out video2 kitorang gi jalan tempat2 menarik pastu video2 illy perasan cantik. LOL Iklan jangan tak iklan!

P1100777

Okay tu jer lah nak share kali ni. Gambar sweet lah satu. Biar korang hafal sikit muka kitorang HAHAHAHA nanti kalau terserempak kat airport ke ke pasar malam boleh tegur. “Eh.. ni ke illy yang gedik pastu husband dia johan, botak yang kuat makan pastu suka masak tu?” HAHAHA Alright, till next blogpost. Don’t forget to take it easy and smile!

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)