Hotel Homestay Jeju Island Korea - Dream & Green Pension |Honest Review|

Aug 8, 2018

P1100431

Assalamualaikum and Olla Everyone!

Sambung entri korea, kali ni illy nak share kitorang tidur kat mana. Mana tau korang ada plan nakgi jeju island ke kan, harap boleh la bantu tak banyak sikit. Pulau Jeju ni besar, lagi besar dari langkawi and pasal nak stay ni depends korang suka buat activity apa. Sebab ada yang suka duk bandar jer kalau nak yang camtu then boleh cari hotel dekat airport. Kitorang pula memang dah plan nak cari tempat tenang,duk kat bandar karang vibe dia sama jer cam kitorang kat rumah nak buat apa hahaha.. kami pilih duduk kat area Seogwipo. Dia dalam sejam naik bus dari airport. Kami pilih area ni sebab tempat yang kami nak pergi semua dekat-dekat sini. Ada taman, ada Jungmun Beach, ada banyak giler museum pastu paling penting ada yellow cafe. Museum k-pop pun taksampai 10minit jalan kaki dari hotel. Pastu tempat nak belibarang basah tak jauh and ada market jungmun tempat local dia beli barang dapur.

Kami pilih stay di Green and Dream Pension House. Alamat dia di 65, Cheonjeyeon-ro, Jungmun Beach, 63534 Seogwipo, South Korea. Masa kami pergi tu rate untuk seminggu tukar duit malaysia dalam RM900 boleh la dah murah sangat tu kalau bandingkan apa kemudahan. Tips kalau nak cari hotel kalau boleh cari yang dekat station bus kalau nak guna publictransport. Kat sini public transport tip top. Hotel yang kami stay ni turun jer depan hotel memang bus stop.

image

Kalau nak lagi murah ni click link booking.com  illy bagi ni untuk dapat 10% total bill. Kalau korang bayar rm900 dah boleh jimat rm90 banyak tu boleh buat beli kimchii hahaha.. Pakai tau link tu, jujur cakap memang illy dapat commision sikit kalau korang pakai link tu. Win win lah… korang dapat 10%, illy pun share comission sikit. Ni salah satu cara blogger cari duit. Penat kot menulis, kalau korang pakai link tu boleh la illy pakai duit tu beli diaper anak – anak. Terima kasih in advance!

P1100441

Ni kitorang ambik bilik double room. Ada 4 jenis kat sini, ada yang ada dua bilik, adayang family room sampai muat 14 orang pun ada. Dah pergi berdua ambik double room paling murah sudeyhhh. Janji selesa. Illy compare dah harga hotel yang dekat ada jer lagi murah tapi takdatempat masak pastu bilik sempit karang. Kita nak pergi tempat payah cari makanan halal kalau boleh biar luas sikit nakmasak pun asap tak stuck satu bilik. Mula tu cari juga mana lah dia punya almari ni.Then rupanya, tempat sangkut ni jer hahahaha

P1100442

Lagi best bilik ni dia punya beranda tu besar, malam nak lepak hirup udara segar best. Lagi pula depan hotel ni takda bangunan tinggi jadi view tu luas cantik sangat. Untuk harga tak sampai rm200 satu malam memang berbaloi view dia. Kalau boleh request higher floor. Lagi tinggi bilik lagi cantik view. Kalau duk area bandar view nampak bangunan jer la.. kalau duk kat sini dapat view nature.

P1100449

P1100457

Kitorang pergi musim summer,dia ada sediakan ubat nyamuk sekali hahaha.. kalau winter takda la kot sangat nyamuk. Towel dia comel jer, kalau tutup atas nampak bawah LOL. Pastu ada hair dryer okay la comel.

P1100445

Dapur dia. Lengkap. Tu jer illy nak cakap. Memang antara main factors kami pilih tempat ni. Even billik paling kecik pun dia punya dapur lengkap. Nak tahu apa makanan halal kami kat sana boleh check out previous post illy. for those yang was – was boleh bawa sabun tanah liat, ada jual dah sekarang mud soap untuk halal travellers. Tak payah nak angkut kuali baru ke pisau baru ke. Sedup asap dia pun simple jer masuk sekali dalam cabinet so tak nampak tapi first class dia punya sedut.

P1100451

P1100452

Memang di sediakan periuk nasi sekali dengan perkakas basic. Puas hati la, nak masak apa pun boleh ikut kreativiti. Dulu kami rajin bawa mini steamer cooker, tapi cam terbatas lah juga, sebab nak mengoreng tak boleh. Kat sini dah lengkap segala apa pun ada.

P1100439

Kat Korea standard lah memang takda bagi kunci or hotel key memang kebanyakan hotel kat sini even airbnb memang pakai konsep pincode. Dia bagi code korang masuk then nanti dia auto tutup. Takda risau hilang kunci ke apa. Senang citer.

P1100460

Plug dia camni. Kalau nak beli universal plug kan mahal, boleh jer beli small extension yang bentuk camni. Tunjuk gambar  ni kat kedai letrik dia tahu la nak bagi korang yang mana. Pastu sambil tu bawa extension dari malaysia so nak charge phone ke camera ke sekali gus.

P1100437

Water heater dia macam kat Vietnam punya. Nampak classic jer tapi accurate dia punya suhu. Ada sekali tu illy lenguh muscle sebab hiking punya pasal memang spray air sejuk dia dah macam ais pun ada. Bathtub takda takpe la janji selesa bersih luas.

P1100461

Ni best. Dorang sediakan washing machine. YES!! Kami kalau tak bawa family memang jenis travel light. Tak bawa baju banyak sangat. Kalau bawa budak2 then baru lah beg cam nak pindah rumah hahaha.. Ada washing machine ni memang happy jimat duit dobi. Sabun basuh kain dan softener pun disediakan. Berbaloi tau tidur sini banyak jimat.

P1100462

Di main area ada juga microwave, tapi tak kan kita nak basuh plak microwave before pakai. Kalau makanan bekas tertutup then pakai jer la. Okay tu jer la nak share kali ni. Harap membantu. Nanti illy buat recap and share banyak lagi tips untuk ke Pulau Jeju.

Have fun planning korang punya holiday. Terima kasih sudi singgah blog illy. Till next blogpost, don’t forget to takwe it easy and smile!

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)