Istana Negara Malaysia |Honest Review|

Sep 3, 2018

20180826_134207(0)

Assalamualaikum and Olla everyone!

Pergh, kali ni lain macam review Istana Negara hahaha.. Kami tak tidur just gi melawat Istana Negara di Jalan Istana sebab sekarang dah di jadikan Royal Museum dan orang ramai serta pelancong boleh masuk tengok sendiri. Kami pergi ahad, pagi tak ramai orang so seronok and tak sesak.

Ticket Masuk untuk Malaysian RM5 seorang. TIcket budak bawah 5 tahun percuma. Jadi kami bayar total RM10 untuk satu family. Okay la, berbaloi sangat. Kita dapat spend time dengan family sekali dapat belajar lagi.  Dah jom sambung, nak tengok tak dalam istana macam mana?

Kalau malas nak membaca, boleh click jer play kat vlog yang illy dah prepare ni. Alang- alang tu jangan lupa like and subscribe k? Nanti ada banyak lagi tempat menarik yang kami sekeluarga akan share dengan korang.

20180826_134232

Okay sambung cerita. Ni tepi pintu masuk istana. Tips pakai baju selesa kalau nak bawa kipas tangan pun boleh.

20180826_135304

Ni lah tempat bilik singgahsana kecil. Dulu tengok dalam movie jer konon –konon. Paling real pun nampak dalam tv tapi tak feel. Nak lagi real pergi sendiri Istana Negara, boleh tengok dengan mata sendiri. Ni lah rupanya tempat Agung punya singgahsana. Kalau zaman dulu ada persembahan menari ke apa kat sini lah kot. Sebab bangunan ni dibuat tahun 1928. Lama giler lebih kurang 90 tahun dulu.

20180826_135643

Ni antara port lepak dalam istana. Kat Istana negara ada banyak sangat bilik untuk menunggu. JAdi Agong, mesti busy sebab asyik ada jer orang nak jumpa. Sementara nak jumpa tunggu giliran tu ada banyak bilik yang boleh tunggu. Kitorang suka tengok detailing kat ceiling dan dinding. Design classic, penat weyh kalau jadi cleaner kat sini banyak tempat nak lap habuk.

20180826_135817

Ni pula bilik bacaan. Illy baca dia tulis dulu ni bilik lain tapi di renovate jadi bilik bacaan masa Permaisuri Aishah duduk sini. Maybe dia jenis suka baca buku kot. Boleh geng nampak nya.. Saya pun suka baca buku. Ada harapan tak jadi permaisuri? hehehe berangan LOL

20180826_140535

Ni bilik paling favourite bagi illy. Nampak cam bilik princess hehe.. Ni sebenarnya bilik Pemangku Agong. Rasa kalau dorang ada meeting then Pemangku Agong akan datang check in kat sini. Ada banyak lagi bilik korang boleh tengok, ada bilik kerabat diraja, bilik office agong, bilik office permaisuri. Tapi dalam banyak bilik yang dorang showcase, illy rasa sebenarnya banyak lagi bilik yang tak tunjuk. Mesti la ada rahsia, tak kan nak tunjuk semua kan? Illy cari kan mana bilik harta karun (vault) hahaha dulu tengok citer nujum pak belalang, kat istana ada bilik harta karun… tu yang sibuk cari tu

Nanti kalau korang datang kat sini, boleh tengok bilir air agong lawa giler, Bagi illy tidur bilik air pun takpa kalau camtu lawa nyer. Asing tau bilik air Agung dengan Permaisuri. Boleh tengok bili dobi, cantik banyak cermin. Pastu bilik bersiap. Macam – macam lah.. Memang kena datang baru puas hati.

20180826_142126

Agung siap ada klinik inhouse. Kalau sakit gigi, or nak scaling dah tak yah gi beratur ambik nombor. Doctor yang datang. Illy nampak bilik rawatan pun ada special khas untuk Agong. To be honest, memang bangunan nampak lama, ada cam seram sikit lah dia punya vibe. Tapi bersyukur sebab boleh juga merasa tengok macam mana kat dalam. Yer la kita ni rakyat marhein orang kata, alang2 boleh la belajar tak sikit sebanyak tengok depan mata. Budak – budak pun enjoy datang sini belajar tentang sejarah negara kita.

20180826_142825

Okay tu jer la nak share kali ni. Sebenarnya banyak port tak boleh ambil gambar or video tapi illy “risk” kan juga sebab rasa rugi nya korang tak dapat tengok. Jadi illy ambik diam2 nak share dengan korang. Nanti boleh la pergi kalau takda idea nak pergi mana. Have lots of fun!!

IMG_20180826_131016_418

Dah sampai area Jalan Istana, boleh singgah lunch ikan bakar ke sotong bakar kat Jalan BellaMy. Betul dekat sangat dengan Istana Negara. Harga berpatutan cuma panas lah atap zink makan tengah hari. Jadi time redup or baru lepas hujan ke then tak panas sangat.

Alright, tu jer la kali ni nak share. Jemput tengok video illy dah buat tu k? Till next, blogpost. Don’t forget to take it easy and smile!

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)