Jinnjja Chicken, Tak Try Rugi Besar

Nov 28, 2018

LRM_EXPORT_46208025997102_20181106_150247671

Assalamualaikum and Olla everyone!

Sekarang ni, tak payah nak gi Korea dah nak rasa ayam goreng sedap. Pergi Jinnjja Chicken pun dah lepas kempunan. To be honest, illy masa gi Jeju haritu pun geram jer tengok orang makan ayam goreng tapi kita tengok jer boleh sebab majority kat sana tak halal. Good news sebab Jinjja Chicken ni dah certified Halal kat Singapore dan sekarang tengah on the way nak dapatkan sijil halal kat Malaysia.

Kitorang satu family dah try Jinjja Chicken kat Sunway Piramid dan juga outlet baru dorang kat The Gardens. Mana paling best? Bagi kitorang kalau rasa nak tenang sikit, then boleh pergi outlet Garden. Masa kitorang pergi kat Sunway Pyramid ramai orang, kalau datang non-peak hours mungkin okay la. Sebab yang beratur memang panjang. Kalau rasa tak nak beratur lama sangat then pergi Gardens.

20181106_120814

Sunway Pyramid Outlet -  LG- 2.47 (dekat dengan ice skating rink+ depan escalator) Outlet ni kecik sikit compare dengan garden tu pasal yang satu lagi tu rasa tenang sikit. Nampak tak dia punya line beratur? hahaha Tu illy cakpa better kalau nak gi Sunway Piramid cari time yang bukan peak hours.

20181111_115842

The Gardens Outlet - LG-241A (bawah tanah area food yang baru bersambung) Outlet ni besar, nak buat gathering ke, meja panjang ke takda masalah pastu ruang pun luas and selesa. Both outlet memang dorang ada provide baby chair just incase korang plan nak bawa anak.

Both kedai, dari jauh memang senang nak spot sebab warna warni, illy suka sebab banyak spot instagram worthy dan ala – ala hip sikit la. Lampu pun cerah, so tak risau tercekik ke hahaha.

20181106_120857

Okay cerita dia, kena order kat kaunter. Sementara beratur boleh pikir2 dulu nak makan apa. First round kami pergi Sunway Piramid order banyak, nasib adik2 illy dua orang laki datang join kitorang sekali. Harga dia serious berpatutan untuk kualiti dan rasa. Tak cayer? illy tampat menu jer terus. Tengok sendiri.

20181106_120906

20181106_120906

20181106_120906

Macam tak percaya kan? serious illy kalau la dorang ada outlet kat one utama, dah tahu dah hari – hari nak makan lunch kat mana. Tambah cheese sause baru RM2, nak satu meal bawah RM20 dah banyak options yang bagi kenyang.

20181106_121826

Nanti bila dah order, terus dia bagi this buzzer. Makanan kitorang terus terang cakap order banyak and illy impress dengan kitchen Jinjja Chicken, Makanan cepat siap walaupun kedai penuh orang. Tu budak kecik tu sibuk jer nak buzzer, tahu tak mummy ni blogger semua benda nak kena ambik gambar dulu?

20181111_115819

Nanti bila buzzer dah bunyi, boleh pergi kat collection area ni. Nak ambik tong sampah kecik untuk letak tulang ayam, nak ambik sarung tangan ke, tisu, sos cili, sos tomato semua ambik kat kaunter ni sekali. Okay, skang tiba masa untuk makan!

20181106_122602

Kami ambik Big Bang Set RM79.00, husband illy geram ke  cheese tu sebenarnya. Dalam set ni dapat 16pcs Jinjja Chicken Wings, 4 pcs Jinjja Drumsticks, 1 Chicken Kimbap, 4 pcs fried mandu, 2 regular sodas. Dalam gambar ni kami ambik Tteokbokki fries.  Banyak lagi side dishes korang boleh pilih. Ada Sea Salt Fries, Sesame Seaweed Fries, K-Pop Tofu, Kimchii, fried kimchii mandu dan juga tteokbokki.

Lepas tu boleh pilih nak ayam rasa apa. Ada 4 jenis flavour semuanya. KimchiSalt, Soy Garlic, Yangyeon dan yang paling ganas monster. Untuk budak better go with Soy Garlic. Kalau yang berani cuba pedas then go for Monster tapi beware tau dorang bukan main –main, dia cakpa pedas betul pedas dia bagi. First timer, better ambik YangYeon tu la dulu. Start small orang cakap.

20181106_122736

Entah berapa kali budak ni bantai rice rolls orang korea panggil Kimbap. Bagus tau Kimbap untuk budak sebab dalam tu dia dah masukan sayur.

20181106_122841

Generous ke tak dia punya side dishes portion? Okay kan? Yang ni nama dia Fried Kimchi Mandu. Kat luar ada pastry dalam tu ada kimchii then siram dengan sause sesame. Nyum!

20181106_123001

Close up sikit, Bulgogi Beef Kimbap, jujur cakap ni sedap. Daging dia tu juicy, tak kering. Rasa pula ngam betul dengan cheese dan veggies tu. Sesuai untuk on the go. Satu set panjang macam gambar kat bawah tu RM17.90. Berbaloi kalau jadikan combo just tambah RM5 dapat fries dengan air terus. Kalau nak tambah K-Pop Chicken (small chicken bites) tambah RM10 dapat air juga.

20181106_122148

Untuk yang suka hirup soup, boleh pilih Stews. Kami order Kimchii JJigae RM 19.90 dan juga boleh pilih nak soup base original ataupun monster. Carbo pun boleh pilih nak nasi atau mee hoon atau mee kuning. Soup dia very comforting, kalau layan sambil tengok drama korea memang terbaik.

20181111_120604

Sebab sekarang ni illy tengok focus nak hidup sihat. Jadi illy order lah Chicken Bibimap Salad yang ni RM15.90. Tengok pun dah rasa sihat hahaha.. Illy personally suka the variety of the veggies they used. Lepas tu macam ada few different texture. Ada noogle glass,ada sayur-sayur(timun dia rasa sejuk dan crunchy) then ada pula seaweed (kolagen come to mama!) and the crunchy K-pop chicken. Tak sure apa teknik dorang, tapi lepas 15mins salad sampai the K-pop chicken still crunchy.

20181106_121028

Kat sini kalau korang nak bawa balik sauces dia pun boleh, jadi senang balik rumah tinggal nakgoreng ayam then curah jer kan? Satu botol dia jual RM 12.90 kalau beli 2 botol RM20.90. boleh pilih nak sauces apa adaempat pilihan :-

  •  Ganjang (Soy Garlic Sauce)]
  • Gochujang (Korean All Purpose Hot Pepper Sauce)
  • Yangnyeom (Korean Hot Sauce)
  • Bulgogi (Korean BBQ Sauce)

20181106_124729

Husband illy terlebih berani. Dia pergi order chicken wings monster sauce. Illy pun konon cam berani la nak try. Tengok tu nampak pun cam dah seram lah sikit. Sekali ngap. Keluar asap kat telinga. Baru tahu apa erti pedas. hahaha.. A great convo starter if you ask me. Bagi yang suka pedas memang ini masa nya nak tunjuk hebat. Nanti ada contest tau. Pasal monster sauce ni lah. Kalau menang boleh gi holiday Free! Nanti la illy share details. Tak pun, korang pergi follow Jinjja Chicken punya FB + Instagram terus so biladorang annouce contest korang dapat tahu terus direct. Nanti end of this post illy share links semua.

20181106_134535

Bagi yang manis, kena try soft serve kat Jinjja Chicken. Ada dua jenis satu tu Charcoal Caramel dan satu lagi Blue Vanilla. Dua-dua pun sedap, anak illy suka yang blue Vanilla tu. 

20181111_120611

Bukan main senyum botak kalau depan makanan. Botak ni senang, tak penat tak lapar then good mood lah dia. Kalau tanya budak-budak memang dorang nak datang lagi la kat sini. As for me, I rasa memang boleh repeat. Harga ngam, rasa sedap, service cepat, kedai bersih so memang no reason untuk tak try. 

20181111_115842

Okay tu jer la nak share kali ni. Owh ya before illy lupa dorang ada promotion untuk student. Bagi hari isnin hingga jumaat, dari pukul 10 pagi hingga 6pm boleh dapat RM5 OFF untuk set meals. Just kena tunjuk student card. 

Till next blogpost, nanti ada tempat makan menarik ke, produk best ke nanti illy share lagi.

Maklumat lanjut :  Jinjja Chicken @ The Gardens Mall & Sunway Pyramid

www.jinjjachicken.com

Facebook Jinjja Chicken Malaysia

Instagram Jinjja Chicken

No comments:

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Template Design by illy ariffin (© Copyright)