Pengalaman Raya 2017

19554507_10155335306715030_8266826446594972553_n

Assalamualaikum and Olla everyone!

Sempena tengah mood raya lagi ni, illy nak share pengalaman raya kami sekeluarga.Tahun ni giliran raya kampung ayah illy kat Perak. Actually, dari illy kecik lagi memang akan raya ke Perak setiap 2 tahun sebab gilir. Sampai lah dah kahwin ni pun masih kekal kan tradisi. Tahun depan raya kampung suami illy pula di melaka. Raya melaka pun seronok sebab boleh jumpa mak sedara,sepupu dan anak-anak sedara belah suami. Anyway, kali ni nak cerita pasal Kampung Perak.

Ayah illy kampung kat lengong,grik perak. Terkenal dengan tasik raban yang sangat lah cantik. Korang tahu tak yang Perak man jumpa kat sini lah sebab tu unesco warta kan tempat ni as wolrd heritage because pre-historic punya kawasan. Tempat nya cantik, segar dan sebab location di antara bukit bukau kat sini kalau  tengah hari pun sejuk jer. Awan memang cantik kalau pukul 10 pun masih ada kabus. Nanti nak tengok details boleh check out vlog yang illy ada buat.

19399536_10155329957710030_333626868639601694_n

Taaaa daaaaaaaaaaa… cantik tak?

Disebabkan rumah kampung dah usang tiada yang jaga plus kami pun semua dah beranak pinak, kami semua tidur di resort. Yang penting boleh visit kubur, berkumpul dengan sanak saudara dan boleh sembahyang raya bersama. Tak silap illy adalebih 20 tahun dah kami memang balik kampung tidur resort. Dulu tidur kat Lengong Rest House then dah 2 trip tidur di Tasik Raban Resort. Takpe lah yang penting dapat eratkan silaturahim kan?

Kat resort ni dia ada bilik jenis villa dan juga jenis banglow dom. Ada few family yang ambik dom sebab dalam dom tu ada lagi 4 bilik. JAdi bagi family yang ada anak yang dah kahwin ada cucu sesuai lah. Lebih rapat rasa duduk sekelompok tapi masih selesa sebab ada bilik asing. Kurang masalah aurat ter dedah dan lain – lain.

Kami sampai 2 minit before buku puasa hari akhir.Ngam – ngam, sempat lah buka puasa beramai dengan family. Malam tu aktiviti free and easy jer. Ayah illy dah bertahun jadi organizer di sebabkan ayah illy anak lelaki paling tua yang masih hidup. Jadi kira in charge lah. Adik beradik ayah 10 orang semua nya. Dua dah meninggal tinggal lagi 8.

_1050149

Bukan main sengih husband illy pagi raya haha..

19437426_10155338562035030_3392448129963859191_n (1)

Sebenarnya kan, pagi raya tu illy nak gosok baju husband and anak-anak then korek beg baru perasan illy tertinggal kain baju kebaya. HAHAHAHAHA sabor jer la husband illy bukan main lagi seronok gelak – kan.nasibada bawajubah spare sama warna dengan husband kalau tak lagi naya hahaha.. ni jumpa masa mengandung zandria dulu, okay lah tu ada hikmah. Yang penting selesa, anak suami pakaian cukup illy dah happy dah.

Sebelum balik kampung bukan main panjang tulis list, bawak philips cooker lah bawa nasi impit lah segala benda tapi tang baju sendiri lepas pandang. hahahaha

Aktiviti raya pertama pergi sembahyang raya then bergambar dengan family. Lepas tu balik kat resort sambung makan. Then free and easy lagi. Ada yang pergi kubur ada pergi beraya rumah sedara yang ada and macam-macam. Kami tak pergi satu group besar sebab kesian lah pula tuan rumah kalau sambut kami datang lebih 70 orang. Jadi pergi asing- asing lagi bagus.

Malam raya first tu keluarga kami ada buat family game, tahun yang dulu – dulu kami buat second night tapi sebab kali ni ada family yang  balik awal jadi kita awal kan. Dalam family game ni memasing buat treademark pastu main game. Ada penyampaian hadiah dan juga acara bagi duit raya. Nak tengok kami main game apa boleh tengok vlog kat bawah nanti k? Seronok sekali sekala bergurau dengan family.

19424379_10155333749760030_3957775460164129280_n

The next day pagi tu game lagi hahaha.. Family acik yang arrange kan. Terima kasih sebab susah payah arrange game untuk kami semua.

19510131_10155333749640030_7023294974165294397_n19420662_10155333749575030_6033529284356186193_n

19400059_10155333749840030_7857362083493902150_n19430076_10155333750095030_3248122874185472837_n

Sebab kami ramai jadi masing- masing dah assign tugas. Sepupu illy yang besar-besar pun banyak main peranan pastikan majlis berjalan lancar.Ada macam – macam game dah macam family day pun ada.

19424061_10155333772465030_7178689211980261308_n

Antara yang paling menarik balik kampung ayah illy sebab berhampiran dengan air terjun. Kawasan bukit mesti lahada air terjun kan? Illy ingat lagi dari kecik tang pergi air terjun mandi dengan sepupu and saudara ni part paling best. Banyak kenangan manis. Tak sangka tuhan bagi peluang bawa anak illy pula mandi kat sini. Pejam celik mata umur dah banyak dah ada anak dua. Masa pergi dulu ingat lagi time budak –budak sangat lagi.

19437784_10155334149525030_2218004319363517855_n

More or less macam t u pengalaman raya kami sekeluarga.Sempat bergambar tepi tasik ni minta tolong sepupu tolong ambik gambar.Ada sepupu illy juga tengah teman suami memancing time tu. Sajer la mengedik simpan kenangan, next time lagi 2 tahun harap ada rezeki raya bersama lagi.

Next year turn belah mertua illy pula, nanti illy share yang tu pula k? Anyway, alang tulis pasal raya ni.. illy nak minta maaf kat korang semua segala salah silap illy yang sengaja atau tidak. Harap maafkan. Till next time dont forget to take it easy and smile!

Comments

  1. cantiknya kawasan dia. buat photoshoot pun cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mommy cici sudi singgah blog illy :) a ah tempat dia memang cantik tenang jer tu yang kitorang posing bukan main lagi haha <3

      Delete
  2. Love the view there, so picturesque!!! Btw, Slmt Hr Raya Illy & family <3 <3 <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. even better in real life babe! :) nanti la ada rezeki boleh bawak you jalan kampung my dad <3 thanks for the wish Selamat Hari Raya to you and family tooo <3 <3

      Delete
  3. t,kasih atas info...masa baca ni tngh menginap d raban resort..semoga famliy illy bahagia selalu

    ReplyDelete
  4. t,kasih atas info...masa baca ni tngh menginap d raban resort..semoga famliy illy bahagia selalu

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Popular Posts