Tips dan Idea Hiasan Rumah Simple ala Hotel

Hiasan Rumah

Assalamualaikum and Olla everyone!

  Alang- alang illy dan keluarga berjalan tidur kat hotel banyak juga kami learn tips macam mana nak kasi rumah nampak kemas, sedap mata memandang ala hotel. Today illy nak share sikit few tips yang illy belajar and observe mana tau boleh bantu korang juga kan.

Pertama sekali before nak hias rumah bagi illy kena pilih apa colour code yang korang minat. Penting supaya tak berserabut and berkecamuk. Contoh bila kita dah pilih colour apa yang kita nak hias rumah pilih 2 atau 3 jenis colour yang boleh masuk. Sama ada nak contrast ke atau warm or cold. Bagi illy skang illy tengah minat warna putih, silver. Jadi illy akan stick pada colour tu jer. Jadi bila kita beli barang ke tukar cat atau tukar langsir biar main colour yang senada.

dcf41f321e3637e7c59e974245ecfe6b--modern-living-room-decor-minimalist-living-rooms

living-room-brown-cozy-carpet-floor-stylish

Next kalau nak cari hiasan ala hotel, cari statement piece. instead of banyak hiasan kecik-kecik, cari satu hiasan rumah yang utama. Jadi dia jadi main. Sebab kalau banyak kecik- kecik ni jadi macam serabut bagi illy lah. Better satu yang va va voom. Nak lap pun senang tak banyak sangat habuk dari hiasan kecik – kecik ni.

Kalau ada banyak barang kecik yang kenangan then illy suggest beli hiasan rumah yang boleh two  in one jadi tempat storage. Kira nya yang barang kecik boleh simpan dalam tu kurang lah serabut. Lagi satu tips beli yang ada tutup jadi bila simpan barang tu nampak kemas jer dari luar.

1b910138adc206b3939b5c0f7e759591--living-room-storage-cabinets-cabinet-storage

Hiasan rumah ni yang penting sedap mata kita memandang sebab at the end kita yang nak duduk nak tenangkan fikiran and spend time dengan family. Kita pun selera masing –masing. Cuma kat sini illy share kalau korang nak cari idea hias rumah ala hotel. Sebab kalau kat hotel, kalau perhati betul, barang tak banyak barang penting and functional. Kemas, bersih dan cozy. Sebab illy sekarang ni tengah minat yang feeling macam tu jadi tu illy cuba juga.Banyak lah barang illy bagi derma and buang. Sebab pape kena kasi clear dulu. Kurang barang, confirm senang nak kemas and nak maintain. Sekarang satu rumah cat putih. Nasib husband rajin sama –sama cat.

Anak – anak pun kami dah train lepas baca buku, lepas main simpan balik. Mainan pun yang penting sahaja yang betul dia suka or yang educational. Illy tak manja kan anak beli mainan banyak illy lagi prefer kumpul duit bawa dorang berjalan atau try aktiviti dan pengalaman baru.

Anak main bersepah tu memang lah adat ada anak kecik, tapi bila barang kurang banyak mana lah dia bersepah compare dengan barang banyak kan? Train dia lepas main kemas kalau tak lain kali tak boleh main dah. Awal –awal kami cuba ajar concept tanggung jawab sebab nanti bila dah besar dorang kena belajar berdikari.

Okay tu jer lah illy nak share kali ni. Harap membantu. Nanti dah complete illy hias rumah ala hotel illy snap picture and upload k? Buat masa ni masih in progress. Harap tercapai lah impian kami. Amin!! Thank you for reading this and till next time.

Comments

  1. Suka jenis hiasan rumah ala-ala hotel. Nampak simple tapi kemas

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you so much for taking the time to comment :)

I love reading it <3 Big hug!!

Popular Posts